Jeon Jungkook melangkah masuk ke dalam rumah keluarganya.Dia meletakkan beg kerja di atas meja dan merebahkan badannya di atas sofa yang empuk sambil tangannya memegang remote televisyen.
Puan Jeon yang menyedari anaknya sudah pulang dari pejabat terus berjalan meluru ke arah Jungkook. Puan Jeon mengambil tempat duduk yang berhadapan dengan Jungkook. Di tangan wanita itu terdapat satu sampul yang berwarna coklat.
Jungkook memandang pelik ibunya yang melemparkan senyuman manis.Ada udang di sebalik batu ni.bisik hati Jungkook.
"Jungkookie~" Puan Jeon memanggil lembut nama anaknya.
"Ya,eomma?" balas Jungkook sambil dia membetulkan posisi duduknya supaya lebih selesa.
Puan Jeon membuka sampul yang berwarna coklat itu lalu mengeluarkan beberapa keping gambar dan meletakkannya ke atas meja.
Jeon Jungkook yang melihat tingkah laku ibunya terus mengeluh.Dia dah agak yang ibunya akan menyuruh dia memilih calon isteri.
"Jungkook, eomma nak kamu pilih salah satu gambar yang kamu berkenan. Semua perempuan tu anak kawan eomma." terang Puan Jeon kepada anaknya.
"Maksud eomma?" Jungkook berpura-pura tidak faham dengan kata-kata dari wanita itu.
Puan Jeon tersenyum. "Eomma nak kamu kahwin dengan calon pilihan eomma. Di atas meja tu ada beberapa keping gambar. So kamu pilih lah yang mana satu kamu berkenan."
Jungkook melihat gambar-gambar tersebut. "Eomma, Kookie tak nak kahwin lagi. Eomma fahamlah Kookie ni."
Air muka Puan Jeon serta merta berubah. "Jeon Jungkook, eomma selalu faham kamu. Kamu je yang tak faham eomma. Semua benda yang kamu mintak dari kecil sampai ke besar, eomma tunaikan. Bila eomma minta dari kamu satu perkara je, iaitu kahwin dengan calon pilihan eomma, kamu taknak tunaikan." suara Puan Jeon kedengaran sedikit sebak.
Jungkook berasa serba salah dengan ibunya. "Eomma, okey dengar Kookie nak cakap dulu. Kookie tak nak kahwin paksa-paksa ni. Semua tu dah lapuk. Lagipun Kookie dah ada girlfriend." bohong Jeon Jungkook. Tetapi hakikatnya dia masih tidak berpunya selepas kematian kekasihnya dulu.
"Okey, kalau macam tu Kookie bawa girlfriend Kookie then jumpa dengan eomma. Eomma teringin sangat nak jumpa dengan dia." suara Puan Jeon berubah menjadi ceria.
Jeon Jungkook hanya sekadar mengangguk.
Park Seul mengangkat pasu bunga yang berat itu dengan berhati-hati. Kalau jatuh, boleh dipotong gajinya oleh harimau jadian tersebut. Seul meletakkan pasu itu disudut kedai.
Jungkook yang baru sampai terus melangkah masuk ke dalam kedai miliknya. Matanya tertumpu pada seorang gadis yang sedang menyusun pasu-pasu bunga supaya kelihatan cantik dan rapi. Mungkin dia sesuai. Jungkook mengangguk kepalanya. Dia berjalan mendekati Park Seul.
"Ehemmm.."
Park Seul terus menoleh badannya dan berdiri apabila mendengar seseorang berdehem. Seul sedikit terkejut memandang Jungkook yang tersengih-sengih. Alahai, mamat ni tak makan ubat lagi ke. Sengih-sengih macam orang gila. Park Seul menundukkan sedikit kepalanya. "Selamat pagi, Encik Jungkook."
Jeon Jungkook melabuhkan punggungnya di atas kerusi. "Ohh,selamat pagi. Halla mana?" soal Jungkook.
Apasal tanya Halla ni. Seul mencebik bibirnya. "Halla tak dapat datang hari ni, dia kena balik kampung. Nenek dia sakit." Seul mengeluarkan sampul surat dan menyerahkannya kepada Jungkook.
Jungkook mengambil surat itu dari Park Seul. Alang-alang Halla takde, ini peluang keemasan aku untuk mintak pertolongan dengan dia.
"Weii perempuan, kau duduk sekejap."
Park Seul menggetap bibir apabila mendengar panggilan yang kasar dari bosnya itu. Seul melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan Jungkook. "Encik nak apa?"
"Aku nak kau."
Serius, harimau jadian ni dah tak betul. Park Seul berasa tidak selesa kerana di dalam kedai itu hanya ada dia dan majikannya. "Okey, cuba encik cakap betul-betul dekat saya apa yang encik nak."
"Hahaha. Tapi kau jangan ingat yang aku cakap tadi tu betul. Aku sebenarnya nak suruh kau menyamar jadi girlfriend aku."
"Apasal saya pulak?"
"Wei, kau tolong aku please?" rayu Jungkook sambil memandang tepat kearah gadis itu.
"Tak naklah saya."
"Kalau kau taknak, aku potong gaji kau for 9 months. Aku nak kau pilih antara dua, jadi kekasih aku atau kena potong gaji?"
"Apa ni? Nanti-nantilah saya fikirkan." kata Park Seul.
"Aku taknak kau fikir 2 or 3 hari. Aku nak kau fikir sekarang jugak."
Haishh! Harimau ni dah melampau. Kalau aku tolak, nanti dia potong gaji aku then aku nak makan apa. Woi, takkan makan pasir pula. Park Seul mengeluh. "Yelah-yelah."
Jungkook memetik jari kananya. "Okey. Malam nanti aku jemput kau."
"Pergi mana?" soal Seul.
"Pergi mana-mana jelah. Aku dah lewat ni. So aku nak pergi pejabat dulu." Jeon Jungkook bingkas bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi.
Park Seul mendengus.Tak pasal-pasal aku yang kena menyamar jadi girlfriend harimau jadian tu. Sekejap, aku lupa nak tanya kenapa dia suruh aku menyamar jadi girlfriend dia tu. Lantak lah, asalkan gaji aku tak kena potong~lalala~
P/s:Sorry cause lama dh x update..mian kalu xbest..v.v