Part 21

2K 170 17
                                    

Park Seul menyiram pokok-pokok bunga yang sedang mekar di halaman rumah miliknya. Eh silap ! Bukan rumah miliknya tapi milik suaminya si harimau tidak bertamadun. Kekeke. Sambil dia menyiram pokok-pokok tersebut tangan kanannya lincah menyumbat earphone pada ke dua-dua belah telinga.

'Why is it so dark where you're not here?~~'

Park Seul menyanyi dengan penuh bersemangat. Dia menghalakan wayar getah yang dipegangnya kearah muka. Ala-ala mikrofonlah kononnya.

Jeon Jungkook yang menuruni anak tangga terus mencari kelibat isterinya. Dia menghayunkan kaki ke arah halaman rumah apabila dia telah menjumpai mangsa yang ingin ditelannya. Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil berpeluk tubuh.

"Kalau jiran tanya perempuan tu siapa. Aku tak nak mengaku perempuan yang tengah menyanyi tu isteri aku. Cakap pembantu rumah pun jadilah. Suara boleh mengalahkan pontianak yang bergayut atas pokok. Sakit gegendang telinga aku. Mungkin gegendang telinga jiran aku pun boleh pecah." kutuk Jungkook di dalam hati.

"Fuh! Kejam kan aku, mengata isteri sendiri." kali ini lelaki itu tersenyum sumbing.

"Wei Park Seul!" Jeon Jungkook melaung kuat memanggil isterinya. Tetapi panggilan itu tidak didengari oleh Park Seul.

It's dangerous how wrecked I am
Save me because I can't get a grip on myself~ OHHH!'

Ishh! Ishh! Ishh! Boleh lagi kau buat highnote kat part tu. Dah lah siap berjoget lagi. Malu wehh, dahlah ada jiran yang tengok lepas tu duk pandang pelik si Patrick bodoh tu. Adoilah, terpaksa tebalkan muka dapat isteri yang suka memalukan suaminya sendiri.

"Wei Patrick bodoh! Kau dengar tak ni?" .

Masih tiada respon dari Park Seul. Jeon Jungkook mula menggetap bibirnya.

Haishh mak minah pekak badak ni. Sakitnya hati aku dengan kau mak minah oii. Geram je aku nak tanam Iphone dengan earphone kau dalam tanah. Mana tahu keluar bunga.

Dengan nekadnya, Jungkook memakai selipar dan menuju ke arah Park Seul.

Amboi-amboi, aku ada kat belakang kau pun kau tak perasan. Geram ni geram.

Jeon Jungkook merampas dengan kasar earphone yang dipakai oleh isterinya. Iphone yang ada pada tangan kanan Park Seul juga telah dirampas.

Park Seul segera memusingkan badannya. Renungan tajam dihadiahkan kepada Jeon Jungkook. Jungkook tersenyum sinis.

"Hah? Apasal kau pandang aku macam tu? Nak baham aku? Hahaha."

Dengan geram bercampur sakit hati, lengan lelaki itu dicubit sepuas-puasnya.

Wah! lengan sado. Lagi best cubit.

Bertempik Jeon Jungkook kesakitan. Tangan Park Seul ditepis kasar.

"Kenapa dengan kau ni hah? Sakit tahu tak!!"

"Awak tanya saya kenapa? Yang awak rampas iphone dengan earphone saya tu kenapa? dan lagi satu, padan muka!" Park Seul menjelirkan lidahnya kepada Jeon Jungkook.

"Oww, kau nak tahu kenapa aku rampas barang kesayangan kau ni. Kau tahu tak mak minah, tekak aku ni dah sakit duk panggil nama kau. Tapi kau ni yang jenis pekak badak sumbu, tak dengar. Kau tahu tak!". hambur Jeon Jungkook lantas mencepuk kepala Park Seul dengan sekuat hatinya.

Hah! Rasakan. Ada ubi ada batas, kau tengok ni aku dah balas.

"Arkkk!! Sakitlah!!!! Dahlah tangan tu macam tapak kaki gajah." Park Seul separuh merengek sambil menggosok-gosok dahinya yang mula terasa perit dan merah.

"Amboi-amboi, sedap kau mengata suami kau ek. Tangan yang macam gajah ni lah yang buat kerja keras nak sara hidup kau bagai dan lagi satuㅡ tangan ni jugalah yang sarung cincin dekat jari manis kau yang kurus macam ranting tu." balas Jeon Jungkook

Park Seul memuncungkan bibirnya.

Hekheleh. Setakat sarungkan cincin, aku pun sarungkan cincin juga dekat jari gajah dia tu. Macamlah dia sorang je. Nak juga makan penumbuk si harimau ni.

"Tak payah nak muncungkan sangat bibir kau tu. Kau ingat bibir kau macam Angelina Juling ke?"

Dek lawak tersebut, serta merta tawa Park Seul meletus. Dirinya cukup tercuit hati dengan sikap Jungkook.

Jeon Jungkook memandang dengan reaksi tidak puas hatinya.

"Apasal kau ketawa hah? Lucu ke? Lucu sangat ke?"

Park Seul menepuk-nepuk lembut bahu kanan suaminya.

"Macam mana saya tak ketawa. Awak sebut nama Angelina tu salah. Bukan Angelina Juling tapi Angelina Jolie. Hahahaha. Lawaklah awak ni. Kesian dekat Angelina tu."

Mendengarkan penjelasan dari isterinya, muka Jeon Jungkook mula berubah menjadi merah.

Malu k ! Malu dengan Park Seul.

"Lantaklah, kisah apa aku dengan nama dia tu. Dahlah, aku nak bersiap-siap pergi kerja. Malas nak layan kau lama-lama.'' Jeon Jungkook segera beredar dari situ. Park Seul yang masih tercegat di tempatnya terus tersenyum sinis.

"Nak cover malu lah tu. Hahahaha." omel gadis itu lantas menyambung kembali menyiram pokok bunga.

P/s: ok,dh siap..mian..bru publish..thanks for readers yg sudi vote and bca ff ni..Saranghae..🙆,,and tbh,,gmbr girl yg author ltk kt media tu adlah org yg sma..dia tu ulzzang..kekeke..k..sekian.. xD

ONLY YOU [ On-Going ]Where stories live. Discover now