Jeon Jungkook menuruni anak tangga satu persatu dengan berhati-hati dan melangkah kakinya ke ruangan dapur. Apron berwarna pink yang tersangkut di sebelah kabinet disarungkan ke tubuhnya. Segera sayur-sayuran yang berada di dalam peti dikeluarkan lalu dia memotongnya cermat. Bertungkus-lumus lelaki itu cuba menyediakan bubur untuk isterinya.
Lebih kurang 45 minit dia bertarung bersama periuk dan senduk, akhirnya bubur yang dimasak siap jua.
Jungkook menatang dulang yang berisi semangkuk bubur segelas susu dan air kosong serta ubat dengan berhati-hati. Kakinya di atur ke arah bilik Park Seul.
Tombol pintu dipulas dan Jungkook melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Dulang diletakkan ke atas meja kecil bersebelahan dengan katil.
Jungkook melabuhkan punggungnya ke atas kerusi lantas bahu isterinya disentuh.
''Oitt, bangun." arahnya.
Namun tiada respon dari Park Seul. Mahu tidak mahu lelaki itu mengambil gelas berisi air kosong dan merenjis-renjisnya ke muka Seul.
''Bangunlah oi. Ke nak tunggu aku jirus air sebaldi dulu. '' rungut Jeon Jungkook.
Serta-merta Park Seul terjaga dari lenanya yang cukup lama. Perlahan-lahan gadis itu bangkit dan menyandarkan badannya pada kepala katil. Dalam keadaan pandangan yang masih kabur, dia masih nampak lelaki yang tersengih-sengih bak kerang busuk itu.
''Awak siapa?' soal Park Seul sambil mengerutkan dahinya.
Jeon Jungkook yang mendengar soalan Park Seul terus tersenyum sinis.
''Wuu, dengan suami sendiri pun kau dah tak kenal. Dahsyat betul.'' perli Jungkook.
Mendengarkan kata-kata tersebut, Seul menenyeh-nenyeh kedua belah matanya. Penglihatan gadis mula jelas dan pulih seperti biasa.
''Awak rupanya. '' Park Seul tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya.
Jungkook sekadar tersenyum sumbing.''Apa yang dah berlaku sebenarnya?'' soal Park Seul ingin tahu.
''Kau lemas tadi tapi mujurlah aku sempat selamatkan kau. Kalau tidak dah lama kau dah jadi arwah.'' balas Jeon Jungkook selamba.
''Kenapa awak selamatkan saya. Biarkan je saya mati. Boleh saya ikut appa, eomma dan halmeoni saya. Takdelah saya menyusahkan awak lagi.'' sayu gadis itu berbicara.
''Kenapa kau cakap macam tu? Kau ni berkira nasib baik sebab umur kau dipanjangkan. Aku selamatkan kau pun sebab kau isteri aku, takkanlah aku nak biarkkan kau tenggelam dalam tu jer. '' Jeon Jungkook memandang isterinya yang kelihatan sedikit muram tanpa berkalih.
''Dah! dah! Aku nak kau makan bubur tu then makan ubat. Kalau kau tak makan nanti, sakit kau bertambah teruk. Tak pasal-pasal aku pula yang kena marah dengan eomma aku nanti sebab tak jaga isteri dengan baik.'' Jungkook mula membebel.
Jungkook mengambil semangkuk bubur yang berada di atas meja lalu menghulurkannya kepada Park Seul.
"Awak ke yang masak bubur ni?" tanya Seul lalu menyambut semangkuk bubur dari suaminya.
''Hurmm, aku yang masak. Aku pun tak tahu sedap ke tidak. Well, aku bukan pandai memasak pun. Setakat bubur tu boleh lah sikit-sikit.'' terang Jungkook dengan nada penuh bangga.
Terukir senyuman Park Seul mendengarkan butir bicara yang keluar dari mulut suaminya. Walaupun Jeon Jungkook seorang yang keras kepala tetapi dia juga ada sifat baik hati.
Park Seul menyuapkan sesudu bubur ke dalam mulut. Dia memandang tepat pada suaminya.
''Sedap, pandai awak masak.'' puji Park Seul. Serta-merta muka Jungkook berubah menjadi merah apabila mendengarkan pujian tersebut. Ditambah pula dengan senyuman manis dari Park Seul, Jungkook terkesima seketika.
''Thanks.'' ucap Jungkook acuh tidak acuh. Jeon Jungkook bingkas bangun dari duduknya
''Hurm, aku nak mandi dulu. Kau jangan lupa makan ubat.'' malu untuk berlama-lama di situ, kaki dihala ke arah pintu.''Jungkookie~ '' panggil Park Seul. Laju Jungkook menoleh.
''Apa?'' sepatah Jungkook menyoal.
Park Seul memandang tepat pada anak mata suaminya.
''Terima kasih sebab selamatkan saya, dan terima kasih sebab saya dapat lagi peluang untuk menjadi isteri awak walaupun..awak..awak tak pernah cinta kan saya. Terima kasih untuk segalanya." suara Park Seul kedengaran sedikit sebak.Jungkook sekadar diam. Entah kenapa tiba-tiba dia merasakan ada satu perasaan asing menyelinap di hatinya. Segera dia melangkah keluar dari bilik tersebut.
Sebaik ketiadaan lelaki itu, Park Seul mula menangis. Dia tahu yang suaminya tidak akan mencintai dia. Cukup mustahil.
''Saya nak sangat-sangat merasai kasih sayang awak dan saya teringin menjadi isteri yang dicintai oleh suami sebelum saya pergi untuk selama-lamanya.'' rintih Park Seul sambil menahan sebak di dada..
P/S:Mianae readers coz dh lma x update..sy busy dgn exam..ulangkaji sbb thun ni sy Spm..neomu2 mian..u.u..hope readers suka dgn part 18 ni.. :'D..
..