"Selamat malam juga, sayang."
Jeon Jungkook menampar beberapa kali pipinya dengan kuat apabila teringat kembali apa yang diucapnya kepada Park Seul semalam.
Bagaikan tidak percaya.
"Haishh, betul ke aku yang cakap macam tu semalam? Eh tak. Mungkin aku mamai atau berhalusinasi je." Jungkook cuba menyedapkan hati sendiri.
"Sekejap! Bukan ke aku kucup dahi dia juga ke semalam?" sepasang mata milik lelaki itu sedikit membuntang. Kepalanya yang tidak gatal turut digaru. Park Seul yang baru sahaja menjejakkan kakinya di laman belakang rumah mula berasa pelik apabila melihat si harimau jadian tersebut termenung jauh.
"Amboi Pakcik Harimau, jauh bebenar dia termenung. Dah sampai dekat kutub utara, kutub selatan agaknya. Boleh jumpa dengan penguin." tebak Seul di dalam hati.
"Kalau tak kutub utara, kutub selatan..mesti melencong ke Bangladesh. Ayoyo, amma appa! kat situ banyak minah yang cun melecun. Sesuai sangat dengan manusia yang bernama Jeon Jungkook. HAHAHA." tiba-tiba sahaja tawa gadis itu meletus.
Jeon Jungkook tersentak apabila telinganya dapat menangkap bunyi tawa seseorang.
Macam langsuir. Sebijik.
Renungan tajam yang dilemparkan oleh Jungkook membuatkan tawa Seul terhenti. Rasa kurang selesa dipandang sedemikian rupa.
"Kau nak apa hah? Tiba-tiba datang menyibuk kat sini. Kacau daun betul." marah Jungkook lantas menguak rambutnya ke belakang.
Bajet macho la tu.
Tanpa membalas, Park Seul berjalan menghampiri suaminya. Segera lelaki itu mengubah pandangan ke arah lain.
Hairan. Jeon Jungkook hairan.
"Apasal kau berdiri depan aku ni? Menyemaklah. Nak tengok pemandangan indah kat luar ni pun tak boleh." rungut Jungkook hingga bibirnya memuncung.
"Eomma ajak makan." tujuan kehadirannya diberitahu acuh tidak acuh. Sapaan angin dingin yang terasa hingga ke tulang membuatkan gadis itu menggigil kesejukkan.
"Eomma ajak makan? Pftt! Kau ni macam tak ikhlas je bagitahu dekat aku." Jungkook menghadiahkan jelingan maut kepada isterinya.
"Eh! Eh! Pakcik sekor ni. Tak payahlah nak jeling-jeling, tahulah mata tu sama besar dengan mata ikan lolong." rungut Seul di dalam hati. Demi ibu mertuanya, dia terpaksa jugak melakukannya.
"Wahai Encik Husband yang saya cintai, isteri yang tidak dicintai ini minta encik husband masuk ke dalam dan makan bersama-sama." perli Seul. Jeon Jungkook mula ketawa.
"Kalau aku tak nak, kau nak buat apa?" soal Jungkook sambil kening kanannya dijongket.
"Tak nak ye?" Park Seul bercekak pinggang sebelum dengan daya yang dia ada, lengan Jeon Jungkook disambar dan ditarik. Tetap Jungkook tidak berganjak dari situ.
"Badan kecik, ada hati nak tarik aku." Jeon Jungkook bingkas berdiri dari tempat duduknya. Dahi Seul dicepuk kuat lantas lelaki itu melarikan diri. Bimbang isterinya naik angin dan mengamuk.
"Kurang asam jawa palembang betul." marah Seul. Dahi yang terasa perit digosok perlahan.
Takpe, ada ubi ada batas..ada hari boleh balas. Huh!
**********
Suasana di meja makan hanya ditemani bunyi sudu dan garfu. Hairan dengan tingkah anak dan menantunya, Puan Jeon memandang pasangan yang sedang khusyuk makan di hadapannya silih berganti.
Tiada komunikasi di antara mereka berdua. Masing-masing sekadar mendiamkan diri.
"Jeon Jungkook, eomma nak tanya boleh?" wanita itu memulakan bicara.
"Apa dia?" wajah ibunya dipandang sekilas. Gelas berisi jus oren dicapai.
"Bila kamu nak bagi cucu pada eomma dan appa? Kami berdua teringin sangat nak merasa pegang baby yang comel, kiut-miut tu. Nak harapkan abang kamu tu memang tak lah." hasratnya diluahkan. Suaminya yang berada di sebelah turut tersenyum dan mengiyakan kata-kata tersebut.
"Uhuk! Huk! Huk! " mendengarkan hasrat ibunya, air yang diteguk tersembur keluar. Terbatuk-batuk jejaka itu menahan perit tekak.
"Ayok! Eomma dah tanya soalan yang sangat cliche. Naya lah kau En. Harimau nak menjawab. Aku tak nak tolong." ejek Seul di dalam hati. Gadis itu tersenyum sinis.
'Eomma ni, kenapa tanya Kookie. Tu haa, tanya Seul." jari segera ditunding kepada isterinya. Mata Park Seul membuntang luas. Terkumat-kamit mulutnya cuba memberitahu sesuatu.
"Haa, jawab Seul jawab. Sekarang giliran kau pula." Jungkook tersengih bagaikan menganjing.
"Tak guna punya suami. Aku juga yang kena." perlahan Seul menyumpah-seranah. Wajah diangkat dan gadis itu memberanikan diri menatap wajah ibu mertuanya.
"Eomma, bukan kami tak nak bagi. Tapi takde rezeki. Lagipun anak kesayangan eomma ni selalu buzy dekat pejabat. Asyik layan kertas kerja dia je." bohong Seul sambil mengusap-usap lembut paha suaminya sebelum mencubit geram.
"Sakitlah!" menyeringai Jeon Jungkook kesakitan. Dihadiahkan gadis itu dengan renungan yang cukup tajam.
"Tak guna punya ada isteri macam ni, si suami juga yang menjadi mangsa. Huh! Siap kau, Patrick. Nak je tonyoh-tonyoh muka kau dengan berus besi. Biar takde lelaki nak kat kau." kembang-kempis hidung Jungkook menahan marah.
"Padan muka! Lain kali jawab sendiri." Seul menjelirkan lidahnya kemudian tertawa kecil. Melihat sikap mereka berdua, Puan Jeon dan suaminya sekadar menggeleng-gelengkan kepala.
********
"Kau, kalau tak kaitkan aku dalam apa-apa hal boleh tak?" dengus Jungkook lantas membawa diri ke balkoni. Dari melihat wajah Seul yang tidak ubah seperti Patrick dungu itu, baik dirinya memandang langit kelam tidak berbintang.
"Dah tu, awak yang nak sangat saya jawab. Bila saya jawab macam tu awak pula membebel macam nenek kebayan." balas Park Seul demi mempertahankan dirinya.
"Masalahnya boleh tak kau jangan babitkan aku. Aku tak suka tahu tak! " hambur lelaki itu.
"Awak suka atau tak suka itu bukan masalah saya. Awak ingat saya nak ke jawab macam tu? Awak ingat saya nak sangat ke kaitkan awak dalam apa-apa hal? Hah!" Seul tergelak.
"Kenyataan tetap kenyataan. Awak selalu sibuk. Tak pernah nak ambil tahu pasal saya." sambung gadis itu lagi. Melihat Jungkook yang membelakanginya dan asyik melepaskan keluhan, Seul tersenyum sinis. Namun senyuman itu tidak kekal lama apabila pernafasannya terasa berat dan tersekat-sekat.
Nafas ditarik dan dihembus dengan perlahan-lahan. Turut dirasakan cecair hangat mula mengalir dari rongga hidungnya. Dunianya terasa kelam, lantas gadis itu terjelepuk ke lantai tidak sedarkan diri.
"YA! memang aku sibuk. Sibuk cari duit untuk kau. Bagi makan minum kau!" balas Jungkook geram. Dalam menanti balasan dari Park Seul, lelaki itu membelek-beleknya kukunya sebelum melemparkan pandangan ke arah bandar Seoul yang diterangi lampu neon.
"Apasal diam?" hairan lelaki itu apabila keadaan menjadi sepi, tiada kedengaran rungutan dari Park Seul.
"Woi Park Seul, bisu ke?" Jungkook segera berpaling ke belakang dan terus menjengah masuk ke dalam kamar tidur utama miliknya. Kelihatan sekujur tubuh terbaring di atas lantai.
"Seul!" dia menerpa ke arah gadis itu. Tubuh kaku Park Seul dipangku.
"Seul, bangun." melihatkan darah yang masih mengalir keluar dari hidung Seul, Jungkook mula cuak.
"Tak boleh jadi ni." tubuh Park Seul diangkat dengan berhati-hati lantas dibaringkan ke atas katil.
"Kau kenapa Seul? Bangunlah."
-TBC-
P/s: holla,,,im back.. :3