Part 26

841 66 22
                                    

Jeon Jungkook berjalan menuju ke arah satu meja yang berhampiran dengan kaunter pembayaran. Dia membetulkan sedikit hoodie yang dipakainya. Jungkook segera mendekati lelaki yang sedang khusyuk menaip sesuatu pada skrin Iphone miliknya.

" Hyung!! " Sergah Jeon Jungkook

" Ohhh meletup kebomm kebabomm !! "

Melentus tawa Jeon Jungkook melihat reaksi Kim Taehyung. Dia mengambil tempat duduk yang berhadapan dengan Kim Taehyung.

Kim Taehyung pula menghadiahkan satu jelingan yang tajam. " Kamu ni kan memang suka sangat kenakan hyung. "

" Alah bukannya selalu Kookie kenakan hyung " Jeon Jungkook menayangkan muka yang tidak bersalah.

Kim Taehyung mencebik, " Banyaklah kau, ni hyung nak tanya bila kamu nak masuk pejabat ?? Asyik holiday je, tahulah ada si jantung hati sepahit hempedu " Taehyung mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum sinis.

'' Amboi hyung, perli nampak. Tahulah jealous haha. "

'' Kookie pun tak tahu lagi, hyung jelah yang uruskan semua tu. Macam tak biasa , hyung kerja bukan baru setahun tapi bertahun-tahun. Lagipun bagilah ruang Kookie nak bersweet-sweet dengan princess Kookie tu. " Bila disebut ' Princess ' , wajah polos serta senyuman Park Seul mula terpancar seakan-akan dia ada di depan mata.

Terukir senyuman di bibir Jeon Jungkook.

Kim Taehyung yang melihat reaksi Jeon Jungkook terus menggeleng-gelengkan kepalanya.

" Angau di siang hari macam ni lah . " Kata Kim Taehyung.

Dia cuba memetik jarinya di hadapan muka Jeon Jungkook tetapi tidak berhasil. '' Aku guna tektik kotorlah. "

" Jungkook !! Tu bini kamu ada dekat kedai tu. Cuba kamu tengok " Kim Taehyung menundingkan jarinya pada arah tingkap yang bersebelahan dengan mereka berada sekarang.

Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Kim Taehyung, dengan pantas dia mengalihkan pandangan matanya kearah tingkap tersebut. Mukanya yang jelas terpancar kegembiraan mula bertukar menjadi mendung.

Jeon Jungkook merenung tajam kearah lelaki yang ada di hadapannya. Lelaki itu ketawa terbahak-bahak.

Tak guna punya hyung, buat malu aku je. Nak sangat aku sepak sampai loji kumbahan baru dia rasa.

Jeon Jungkook mencebik.

'' See, apa yang hyung cakap dulu tu betul. Kamu mula-mula je benci bini kamu. Benci tu sampai nak telan kalau boleh tapi bila dah lama kamu tinggal dengan dia, kamu nak pergi mana-mana pun asyik terbayang muka bini kau tu kalau nak dikatakan hari-hari nak berkepit. '' Kim Taehyung tersengih, dia mengambil secawan kopi yang ada di atas meja lalu menghirupnya.

Kata-kata itu bagaikan satu batu bersaiz besar yang menghempas atas kepalanya. Deep gila. Menusuk kalbu dengar kata-kata itu. Mulut hyung ni berbisa, harap je muka comel. Pffftt

Dia berdehem, lidah dia mula kelu untuk berkata-kata. Jeon Jungkook menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

Melihat reaksi Jeon Jungkook, Kim Taehyung seakan-akan mengerti.

'' Jungkook, kamu pernah suprise tak dekat bini kamu ?? ''

Dengan selamba badak Jeon Jungkook menggeleng-gelengkan kepalanya. '' Tak pernah, buat apa nak suprise bagai-bagai ni. ".

Kim Taehyung mengecilkan kedua-dua belah matanya. '' Alah tak boleh dibuat laki lah kamu ni, tak sweet. Macam mana lah Park Seul terbuka hati nak kahwin dengan kamu ''. Kim Taehyung ketawa kecil.

Jeon Jungkook menggetap bibirnya. Hyung ni dari tadi lagi bagi ayat pedas-pedas. Terasa hangit dah aku ni.

Terukir satu senyuman yang dibuat-buatnya. '' Pahtu hyung nak suruh Kookie buat apa?? ''

'' Kamu rasa ?? ''. Kim Taehyung menongkat dagunya sambil memandang Jeon Jungkook.

'' Taknak lah hyung, hati Kookie ni tak terbuka untuk siapa-siapa lagi. Buat apa nak bagi suprise dekat dia. Kan Kookie cakap Kookie akan ceraikan dia. ''

Cerai ?? Jeon Jungkook sendiri tergaman dengan apa yang keluar dari mulutnya.

Walaubagaimana pun dia akan ceraikan Park Seul. YA, dia harus ceraikan Park Seul kerana itu adalah salah satu yang ada pada kontrak dia bersama isterinya.

Kim Taehyung menggeleng-gelengkan kepalanya. '' Kamu tak patut buat dia macam tu, kamu ingat perceraian tu boleh buat kamu happy huhh?? Kamu tak ada ke selumat rasa kasih sayang dekat dia ?? '' Soal Kim Taehyung yang menginginkan kepastian.

Jeon Jungkook meraup mukanya. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya terhadap Park Seul. Tanpa menjawab soalan Kim Taehyung, dia bingkas bangun dari tempat duduknya.

'' Hyung, Kookie balik dulu. Nanti ada masa Kookie cerita dekat hyung. Lagipun Kookie sendiri tak tahu dengan perasaan Kookie ni. "

Kim Taehyung turut bangun lalu dia menempuk-nempuk lembut bahu kiri Jeon Jungkook. '' Hyung faham, kamu balik lah ni pun dah nak dekat pukul 6. "

Jeon Jungkook mengangguk.


=======================


Park Seul mengambil Iphonenya lalu menyumbatkan earphone di telinga. Dia mengagahkan diri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Dia takut si harimau tu akan memarahinya, baik dia sediakan payung sebelum hujan.

Pintu utama rumah dikuak dari luar. Jeon Jungkook menghayunkan kakinya kearah ruang tamu. Dia menghampiri sofa yang berhadapan dengan televisyen lalu dia merebahkan badannya di atas sofa tersebut.

Matanya mula tertancap pada satu susuk tubuh badan yang sedang khusyuk mengemaskan rumah. Dia terdiam seketika. Otaknya mula teringat akan kata-kata Kim Taehyung.

'' Kamu tak ada ke selumat rasa kasih sayang dekat dia ?? ''

Jeon Jungkook mengeluh. Dia sendiri tidak tahu dengan perasaannya.

Park Seul yang khusyuk melakukan kerja-kerja rumah terhenti apabila melihat suaminya sudah pulang.

Aishhh mamat ni balik rumah tak bagitahu, tengok-tengok dah ada depan mata. Fikir diri tu halimunan ke apa sekejap tak ada sekejap ada.

Dia menanggalkan earphone yang di pakainya. Park Seul berjalan menuju kearah suaminya. Dia melihat Jeon Jungkook sedang termenung jauh.

'' Awak ''

Panggilan Park Seul tidak disahut.

Park Seul mengambil tempat duduknya di hujung kaki Jeon Jungkook. '' Jeon Jungkook, awak okey tak ni ?? '' Park Seul memandang tepat kearah muka suaminya. Terukir senyuman pada bibir Park Seul sehinggakan menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.

Jeon Jungkook mula tersedar dari lamunannya. Dia membalas pandangan sepasang mata yang berwarna hazel itu. Jeon Jungkook tersenyum.

'' Sa..ya.. Eh tak, aku okey je ''

Dia memerhati wajah polos Park Seul, bayang-bayang orang yang disayanginya dulu mula berlegar. Dengan lekas Jeon Jungkook memeluk isterinya. Air matanya mula gugur.

Park Seul tergamam dengan sikap Jeon Jungkook yang tiba-tiba memeluknya. Hati dia mula tidak keruan.

'' Awak.. Awak okey ke ni ?? ''

Jeon Jungkook mendiamkan dirinya. Lekas dia merungkaikan pelukan tersebut. Jeon Jungkook bingkas bangun dari tempat duduknya lalu diayunkan kakinya untuk meniti anak tangga ke bilik. Dia tidak menoleh sedikit pun untuk melihat isterinya. Dia tahu yang Park Seul masih bingung apa yang terjadi pada dirinya.

Park Seul mengerling sekilas kearah Jeon Jungkook. Apa yang tak kena dengan mamat ni, mengigau ke apa. Park Seul mengangkat kedua-dua belah bahunya. Biarkanlah dia. Baik aku sambung kerja aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 20, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ONLY YOU [ On-Going ]Where stories live. Discover now