Tidak tahan dengan panahan matahari menerobos masuk ke dalam bilik, Park Seul terjaga dari tidur. Dia bingkas bangun dari pembaringan dan turun dari katil. Sempat Seul berdiri di hadapan cermin sambil membetulkan rambut yang kusut-masai sebelum melangkah keluar dari bilik dan menghayunkan kakinya ke ruang tamu.
"Kenapa sunyi sangat ni?" meliar matanya mencari sesusuk tubuh dari segenap ruang tamu hingga ke taman dan kolam.
"Lupa!" dahi ditepuk kuat kerana dirinya terlupa yang hari ini bukan cuti hujung minggu. Punggung dihenyak ke atas sofa mewah lagi empuk.
"Ahhhh! Boring nak mampus!" jerit Seul sekuat hati. Siapa peduli alang-alang tiada orang selain dirinya dan hanya ditemani oleh perabot-perabot yang tidak bernyawa.
"Apa aku nak buat ek? Nak berenang, aku tak pandai." Park Seul mula memikirkan aktiviti untuk mengisi masa lapang.
"Lantaklah, rendam kaki dan main air kolam sambil menikmati udara yang segar pun syok". ibu jari dipetik. Tanpa membuang masa, dia bingkas bangun dan meluru ke arah kolam renang.
Walaupun baru pukul 8:15 pagi, langit kelihatan cerah. Park Seul segera mengambil tempat duduk di hujung sudut kolam dimana paras airnya yang agak dalam. Sepasang kaki miliknya yang putih mulus tanpa sebarang cela dimasukkan ke dalam air. Sejuk air kolam terasa hingga ke tulang tidak diendahkannya.
"Indahnya dunia." langit biru dan awan putih menjadi tatapannya buat seketika. Kicauan burung pipit membuatkan Park Seul semakin teruja. Badan ditundukkan sedikit dan tangannya mula lincah merenjis-renjis air kolam. Park Seul kelihatan seronok buat seketika hinggalah rantai leher yang dipakainya terjatuh ke dalam kolam tersebut tanpa diduga."Alamak!" Seul mula panik kerana rantai itu adalah satu-satunya pemberian terakhir dari kedua-dua ibu-bapanya. Dia bingkas berdiri dan cuba mencari kalau-kalau terdapat kayu atau objek yang panjang.
"Hah, tu dia pun kayu. Come to eomma, sayang." Seul tersengih lantas berlari mendapatkan kayu sepanjang 1.5 meter itu dan segera kembali ke kolam renang.
"Kenapalah susah sangat?" keluh Park Seul. "Sikit je lagi. Tolonglah." berkerut dahinya fokus mengait rantai yang berada di dasar kolam.
"Dapat!" hati gadis itu melonjak gembira apabila rantai lehernya mula tersangkut pada hujung kayu tersebut. Sekarang, dia perlu berhati-hati menarik kayu itu ke permukaan agar ia tidak terjatuh lagi ke dasar kolam tersebut. Langkah sedikit dibuka. Malang tidak diduga apabila kakinya tergelincir dan tidak dapat mengimbangkan badan lalu Park Seul terhumban ke dalam kolam tersebut.
"Tolong! tolong!" terkapai-kapai gadis itu kelemasan.
Bbumm! Pintu rumah ditutup dengan tergesa-gesa. Jeon Jungkook yang baru pulang untuk mengambil briefcase yang tertinggal terus bergegas untuk menaiki tangga tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar suara seseorang yang meminta tolong. Hatinya mula tidak keruan. Dia mematikan niatnya untuk mengambil briefcase dan menuju ke arah suara yang meminta tolong itu.
Semakin hampir dia menghampiri kolam semakin kuat jeritan seseorang itu. Jungkook meluru ke arah kolam tersebut. Terbeliak mata Jeon Jungkook apabila melihat isterinya yang tenggelam timbul kelemasan.
"Seul!" tidak mahu membuang masa, kot yang tersarung pada badan segera ditanggalkan dan terus dirinya terjun ke dalam kolam tersebut. Jungkook berenang ke arah isterinya dan mengapai kemas tangan Park Seul.
Dengan kekuatan yang ada, Jungkook mengeluarkan Park Seul dari kolam tersebut. "Seul, bangun." pipi gebu gadis itu ditampar lembut namun tiada reaksi. "Sedarlah, Seul" kali ini tangan kirinya diletakkan pada dada Seul. Tangan kanan menindih tangan kiri. "1, 2, 3!" dada Park Seul ditekan berkali-kali.
"Uhukk." gadis yang basah kuyup itu memuntahkan air yang ditelannya.
"Kau okay?" tanya Jungkook sedikit lega.
"A..awak..saya ta..kut." perlahan Seul bersuara sebelum matanya yang separuh celik kembali tertutup rapat.
"Seul." tubuh kaku isterinya segera dicempung.
Park Seul dibaringkan ke atas katil dengan berhati-hati. Tuala yang tersangkut di ampaian pantas dicapai. Jeon Jungkook melabuhkan punggungnya di birai katil. Tangan kiri Park Seul digenggam kemas dan tubuhnya yang basah kuyup dilap sehingga kering. Sesekali Jungkook melirik mengamati wajah isterinya yang kelihatan sedikit pucat.
"Aku tak nak benda ni berulang lagi." keluh Jungkook.
So i'm gonna love
Like i'm gonna lose you~~Kedengaran sayup-sayup Iphonenya berbunyi. Baru dia ingatkan akan tujuannya pulang ke rumah. Segera Jungkook keluar dari bilik dan mendapatkan Iphonenya yang berada di atas meja berhampiran kolam renang.
"Jeon Jungkook bercakap." nada jejaka itu kedengaran serius.
"Yahh Kookie!!! Kamu dekat mana hah? Cakap nak ambik briefcase, ini dah berjam-jam hyung tunggu kamu. Kamu tahu tak dalam masa sejam lagi klien akan sampai." hambur Kim Taehyung.
"Hyung, Kookie rasa Kookie tak dapat join meeting pagi." balas Jeon Jungkook jujur
"Kenapa pula? Jangan main-main Kook, meeting penting tau." desak Taehyung seakan tidak senang duduk.
"Park Seul, dia lemas tadi, jatuh kolam." ringkas jawapan diberikan. "Dekat rumah ni takde orang. So.." Jungkook kematian kata-kata. Antara kerja dan isteri, kedua-duanya begitu penting.
"Isteri kamu lemas?Kenapa boleh jadi macam tu?" bertubi-tubi Taehyung menyoal.
"Entahlah. Urmm, hyung datang sini boleh tak? Ambil fail dan dokumen, then handle meeting dengan Mr. Jung. Boleh?" pinta Jungkook.
"Ok, ok, nanti hyung datang. Pasal meeting tu kamu jangan risau ya?" Taehyung cuba menyakinkan Jungkook.
"Terima kasih ya, hyung."
"Sama-sama."
''Hyung, kalau ada apa-apa hal, jangan lupa call Kookie.''
''Orait Mr. Jeon." Taehyung tergelak dihujung talian. Jeon Jungkook turut ketawa kecil. Usai perbualan mereka tamat, Jungkook kembali ke bilik dimana Park Seul berada.
Sekujur tubuh kaku Park Seul dipandang penuh risau. Jungkook duduk dibirai katil. Tangan kiri gadis itu digenggam kemas dan rambutnya dibelai lembut.
''Walaupun kau tak sama dengan dia, kau adalah tanggungjawab aku.'' gumam jejaka itu perlahan kemudian bingkas bangun. Kakinya di atur ke arah pintu. Sekilas Jungkook berpaling ke belakang sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut.
P/s: Whai readers,,maafkan sy,,dh sbln x update..sy busy dk focuskan study..maklumlh Spm candidate..mian sngt2 sbb buat readers t'tunggu lma2..T.T..........