Part12

1.9K 196 7
                                    

Park Seul menundukkan sedikit kepalanya pada Puan Jeon, tanda hormat pada ibu majikannya itu.

Puan Jeon tersenyum. Dia menarik lembut tangan Park Seul dan menyuruh gadis itu duduk di atas sofa.

Seul hanya menuruti sahaja kehendak Puan Jeon. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Wahh, ni sofa ke apa? Empuk mehh, untunglah jadi orang kaya. Getus hatinya.

Jeon Jungkook pula melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Park Seul. Dia memandang Seul dan tersenyum manis.

Amboi, senyum-senyum bagai. Macamlah aku tak tahu yang kau tu tengah berlakon depan ibu kau. Bisik hati Seul.

"Park Seul, boleh kamu ceritakan sedikit latar belakang kamu? Auntie nak tahu sebab tak lama lagi kamu akan jadi menantu auntie." Puan Jeon memulakan bicaranya.

"Ohh, hurmm. Nama penuh saya, Park Seul. Umur saya baru 20 tahun. Parents saya dah meninggal masa saya berumur 7 tahun. Saya tinggal dengan nenek saya tetapi dia pula tinggalkan saya tahun lepas." terang Park Seul.

Puan Jeon merasa sedikit sebak apabila mendengar kata-kata yang keluar dari gadis tersebut.

"Puan~makanan dah siap. Encik Jeon dah menunggu puan dekat meja makan." maklum orang gaji yang agak berusia itu kemudian berlalu pergi.

Puan Jeon bingkas bangun dari tempat duduknya. "Seul, makanan dah siap. Jom kita ke meja makan. Uncle Jeon pun dah tunggu." Puan Jeon memegang tangan Park Seul dan jalan beriringan untuk ke meja makan.

Jeon Jungkook mencebik bibirnya apabila dia melihat kemesraan ibunya dengan Park Seul.

Haishh eomma, Seul je yang dia ajak makan. Aku? macam tunggul kayu pun ada. Rungut Jungkook

Mereka bertiga melabuhkan punggung di atas kerusi. Encik Jeon tersenyum apabila memandang Park Seul. Cantik, sesuai sangat dengan anak terunanya itu.

"Abang~sebelah abang siapa tu? cantiknya, macam angel." Jeon Juniel memandang Park Seul tidak berkelip.

"Girlfriend abanglah.Kamu apa tahu." Jeon Jungkook menjelirkan lidahnya pada Juniel.

Tercuit hati Park Seul apabila melihat Jeon Jungkook yang menjelirkan lidah pada adiknya itu. Comel!

"Seul, boleh uncle tahu. Sejak bila kamu dengan anak uncle tu bercinta?." soal Encik Jeon yang ingin tahu.

"Saya tak.."

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, dirasakan ada kaki yang memijak kakinya dengan kuat dari bawah meja.

Aduii~sakitnya kaki aku. Tak guna punya harimau. Wait, aku ada terlepas cakap ke? Dia menyumpah seranah di dalam hati. Park Seul memandang Jungkook tanpa berkelip seperti menginginkan penjelasan.

Jeon Jungkook menutup sedikit mukanya dengan tapak tangan agar tidak dilihat oleh kedua ibu-bapanya. "Kau dah nak terlepas cakap, bodoh. Aku kata kan menyamar. Buat-buatlah kau dah lama kenal aku. Ishh, kenapalah kau bodoh sangat arhh! Macam patrick." Jungkook separuh berbisik.

Bibir diketap kerana geram dengan mulut puaka jejaka tersebut.

"Seul~Kamu belum jawab soalan uncle."

"Maaf uncle. Hmm, Seul dah lama bercinta dengan anak uncle. Esok anniversary kami yang ke-2."

Jeon Jungkook yang mendengar terus tersenyum.

Wuhh, terbaik la kau ni Seul. Aku ingat orang bodoh macam kau ni tak pandai menipu. Patrick sebelah aku dah ada kemajuan dari asyik dengan perangai bodoh dia je. Perlinya di dalam hati.

"Kalau macam tu, apa kata kamu berdua kahwin cepat. Bolehlah eomma dengan appa timang cucu." Puan Jeon memberi cadangan.

"Kookie okey je."balas Jungkook acuh tidak acuh.

"Seul, kamu pulak macam mana. Setuju tak?." tanya Encik Jeon yang menginginkan kepastian.

Gulp! Kahwin. Aku tak sangka perkara ini akan terjadi. Takkanlah aku nak berumah tangga dengan harimau jadian tu? Okey Park Seul~Rileks~rileks~ini cuma lakonan jer.

Park Seul hanya sekadar mengangguk-menganggukkan kepalanya.

"Yeayhhh!!!!! abang nak kahwin!!!! nanti Juniel dapat anak buah!!!." Juniel menjerit keriangan.



Muka Jeon Jungkook kelihatan tenang apabila memandu kereta. Sesekali dia mengerling Seul yang dari tadi diam tidak berkutik.

Macam orang bisu pun ada.

"Wei Patrick, pandai kau berlakon tadi." puji Jungkook kemudian tertawa sinis.

Park Seul menghadiahkan jelingan tajam pada jejaka itu.

Haishh, harimau gila suka sangat panggil aku Patrick. Tak guna betul.

"Patrick macam saya ni pandai berlakon ke? rasanya bodoh adalah tak sama macam encik." sindir Park Seul.

"Hahh! tengok tu, dah pandai menjawab. Wuu, patrick dah ada kemajuan. Awesome." makin galak Jungkook ketawa.

Eeee, geram aku nak cekik-cekik leher mamat ni. Kasi masuk ICU buat 2 atau 3 hari. Baru puas sikit hati aku.

"Ehmm encik, pasal wedding tu macam mana?" soal Seul.

Jeon Jungkook menjongket keningnya sebelah. "Well, kita kahwin je. Nanti lepas 9 bulan,kita cerai. Apa susah-susah." dengan selamba badak Jungkook membalas.

"Encik, perkahwinan ni bukan boleh dibawa main." terang Seul.

"Suka hati akulah, kau tak perlu nak ajar aku. Lagipun aku ni bos kau and kau kena ikut kata-kata aku kalau kau tak nak gaji kau kena potong. Baik kau ikut je lagipun dekat sini bukan senang nak dapat kerja."

Park Seul mengeluh. Nak tak nak dia terpaksa berkahwin dengan harimau jadian dan jadi isteri cuma di atas kertas.

"Okey.."

"Good. By the way, kita dah sampai rumah kau." beritahu Jungkook sambil mengeluarkan Iphone dari poket seluarnya.

Tanpa sepatah kata, Park Seul keluar dari perut kereta dan berlalu pergi dengan hati yang pedih.

"Amboi minah ni. Keluar macam tu je. Aku kahwin dengan kau ada sebablah. Kalau tak, aku tak ingin nak kahwin" Jungkook mendengus kasar.

Harimau <3 Patrick

P/s:Okey readers,part 12 dh siap..alang2 cuti skolah,karang jelah ff ni..maafkan patik kalu tak best..*bow* u.u

ONLY YOU [ On-Going ]Where stories live. Discover now