'Han georeum Closer nae mam.Han ppyeom Closer To You.Ireoke geuriun naren~'
Park Seul mengambil Iphone 5 yang berada bersebelahan dengannya.Dengan keadaan yang masih mengantuk Seul membuka matanya lalu bingkas bangun.
"Hurmm Halla,kau nak apa?asal call aku pagi-pagi buta ni?.".Soal Park Seul sambil menguap.
"Pagi!!!!!!!pagi buta kepala hotak kau!!!Kau datang sini cepat.".Arah Jung Halla dengan tegas.
"Apasal pulak aku kena pergi kedai awal-awal ni??".Park Seul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Park Seul,kau tahu tak sekarang dah pukul berape?cuba kau tengok jam kat rumah kau tu.".Jung Halla mendengus.
Park Seul hanya mendengar arahan yang dikeluarkan oleh kawan karibnya.Terbeliak mata Park Seul apabila memandang jam dinding di rumahnya."Wehh,,aku lewat wehh!!!"
"Tahu pun kau.Dah-dah,pergi bersiap-siap cepat."
"Okey.Aku nak mandi dulu,jumpa kau kat kedai.Bye."
Park Seul memutuskan talian.Dia mengambil kain tuala yang berada di atas katil dan berjalan menuju ke arah bilik mandi.
Park Seul memandang kearah langit.Kelihatan awan-awan hujan mula berkumpul.Dia mengambil payung yang tersandar di dinding bersebelahan dengan kasut.Seul memandang jam tangannya."Arghh,aku kena cepat ni.Tak pasal-pasal Pn.Min membebel macam nenek moyang.".Bisik hati Park Seul.
Seul membuka payung tersebut.Dengan pantasnya dia berlari.Jarak masa dari rumah untuk sampai ke tempat dia bekerja hanya mengambil masa selama 20minit.
Dalam keadaan yang tergesa-gesa,tanpa disedari Park Seul telah melanggar seseorang sehingga air coffee yang dipegang seseorang itu tertumpah tepat di bajunya.
"Woiii!!"
Park Seul memberhentikan langkahnya.Dia menoleh badannya kebelakang.Seul kelihatan sedikit terkejut.
"Oiii perempuan!!kau buta ke ahhh???kau tengok apa dah jadi dekat baju aku.Oh shit!.".Jeon Jungkook memandang tajam kearah gadis tersebut.
Park Seul mengambil tisu yang berada di dalam begnya.Lantas dia mengelap baju Jeon Jungkook."Saya betul-betul minta maaf encik.Saya tak sengaja langgar encik."
Jeon Jungkook merentap kasar tangan Park Seul.Dia memandang muka Seul dengan muka yang agak bengis.
"Kau jangan sesekali sentuh aku!!.Kau ni memang pembawa malang bagi aku.Haritu kat airport kau paksa aku beli bunga kau yang layu tu.Sekarang,kau tumpahkan air coffee ni dekat baju aku!.".Jungkook mula meninggikan suaranya.
Mamat harimau ni masih ingat dekat aku.Fuhh,dahsyat..Yang paling dahsyat,kau dah tumpahkan minuman dia.Padan muka kau,Seul.Bisik hati kecil Park Seul.
"Oiii perempuan,kau dengar tak ni?Asal kau mengelamun hahh??.".Marah Jungkook lagi.
Park Seul tersedar dari lamunannya apabila mendengar suara Jeon Jungkook."Encik,please..Saya betul-betul minta maaf.".Park Seul menundukkan sedikit kepalanya.
"Lantak kau lah.Aku takde masa nak layan.Baik aku pergi balik rumah then tukar baju dari duk hadap muka kau ni.".Jeon Jungkook menolak kasar tubuh kecik milik Park Seul sehingga Seul terdorong sedikit ke belakang.
"Hurmm,malang betul nasib aku harini.".Park Seul menutur kata-katanya dengan nada yang tidak beberapa kedengaran.
Jung Halla yang memerhati Park Seul yang mahu menolak daun pintu dan memasuki kedai itu terus berjalan mendekati kawannya."Seul,kau okey tak ni?Aku nampak kau macam sedih jer?.".
"Aku okey jer Halla.".Balas Park Seul.Dia berjalan kearah rak kasut dan meletakkan payungnya.Seul yang keletihan akibat terpaksa berlari untuk cepat sampai ke kedai terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdekatan dengan kaunter pembayaran.
Jung Halla kelihatan sedikit risau melihat reaksi muka Seul yang agak muram.Halla melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhadapan dengan Seul.
"Seul,kalau kau ada masalah.Kau cerita lah dekat aku.Aku sedia mendengar. ".Jung Halla memegang lembut tangan kanan Park Seul.
Park Seul mengeluh.Dia memandang tepat kearah muka Jung Halla."Tadi aku terlanggar dengan seorang mamat."
"Mamat??mamat mana tu?.".
"Mamat harimau.hmm..".Park Seul membuang pandangnya kearah pintu masuk kedai tempat dia bekerja.
"Then,apa yang mamat tu buat kat kau??.".Soal Jung Halla yang ingin tahu.
Park Seul mendengus."Kau tahu tak,aku tak sengaja pun langgar dia.Then air coffee tu tumpah tepat kat atas baju dia.Apa lagi beb,marah sakan lah dia.Dia cakap aku ni pembawa malang bagi dia.Aku dah banyak kali minta maaf dekat dia tapi still marah dengan aku.Yang aku takleh blahh,dia tolak kasar badan aku."
Jung Halla memegang erat kedua-dua belah tangan Park Seul."Seul,sesetengah manusia memang macam tu,tak ada belas kasihan.Aku nak sangat kau tabah dengan dugaan yang melanda.Aku tahu kau seorang perempuan yang kuat.".
Park Seul menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada Jung Halla.Seul bingkas bangun dari kerusi lantas memeluk tubuh Halla."Terima kasih Halla,kau lah bestfriend forever aku.Aku sayang kau."
Jung Halla membalas pelukan Seul."Sama-sama,aku pun sayang jugak.".Halla mengusap lembut belakang badan kawannya."Dah-dah,jum kita start kerja.Nanti tak pasal-pasal Pn.Min potong gaji kita.".Sambung Halla lagi.
"Hahaha.orait boss kecik."
"Hahahaha.."
Mian kalu x best..U.U