"Ala encik, saya nak tinggal satu bumbung dengan appa, eomma dengan Juniel. Kalau saya dengan encik je mesti saya akan sunyi kalau encik pergi kerja." rungut Seul sambil memuncungkan bibirnya.
Jeon Jungkook menjeling isterinya. "Banyaklah kau punya alasan. Kau cakap jelah yang kau tak nak tinggal berduaan dengan aku kan?" tebak Jungkook.
Memang! memang aku tak nak tinggal berdua-duaan dengan kau. Mana tahu kot-kot kau telan aku ke. Nanti temu ajal cepatlah aku. Dia membalas di dalam hati. Park Seul membuang pandangannya ke arah tingkap kereta milik suaminya.
"Kenapa diam? Pekak? Bisu? Oh well, Patrick star kan takde telinga. Aku lupa." Jungkook mencepuk kepala Seul dengan kuat.
"Sakit tau tak!" Park Seul menggosok-gosok kepalanya akibat dicepuk oleh Jeon Jungkook.
"Marah nampak? Tak baik tinggikan suara dengan suami. Nanti jadi isteri derhaka dan tak pasal-pasal hidup kau merana kelak. Padan muka." meletus tawa Jeon Jungkook.
Hahh! Tu dia. Tak guna punya harimau jadian. Mentang-mentanglah ada kuasa veto. Ni saja je nak buat aku sakit hati. Ada suami tapi suka perli, dahlah asyik-asyik aku yang kena. Park Seul menyumpah seranah di dalam hati.
Kereta milik Jeon Jungkook memasuki perkarangan rumah yang agak mewah, bercat warna coklat dan putih. Kereta diparkir dibahagian garaj yang sememang sudah tersedia.
"Dah, kita dah sampai. Kau jangan nak buat bibir muncung sedepa bagai. Aku tengok pun dah macam burung bangau. Kan tak pasal-pasal aku cium kau pulak." Jungkook membuka tali pinggang keledar yang dipakainya lantas keluar dari perut kereta.
Park Seul yang terkebil-kebil terus keluar dari kereta dan mengekori suaminya memasuki ke dalam rumah mewah itu. Terbuntang mata Park Seul apabila memandang keadaan di dalam rumah tersebut.
Wahh! besarnya rumah. Ada swimming pool, garden yang luas, pokok-pokok bunga yang segar bugar dan tidak dilupakan, rumah ni juga ada lif. I can't believe beb yang aku akan tinggal kat sini.
"Encik, ni rumah encik ke?" soal Park Seul kepada Jeon Jungkook manakala matanya masih ralit memandang dekorasi di dalam rumah itu.
Jeon Jungkook menjungkit keningnya sebelah. "Well, ni rumah akulah. Lagipun aku jarang jenguk plus jaga rumah ni so sebab tulah aku ajak kau tinggal kat sini dan jaga rumah aku sebaik mungkin." terang Jungkook sambil matanya sesekali memandang Park Seul yang kelihatan begitu teruja.
"Okey encik. Saya akan jaga baik-baik rumah encik ni." Park Seul menghadiahkan senyuman kepada suaminya.
Jeon Jungkook memandang Park Seul tanpa berkelip.
She is so beautiful when she's smile with her cutedimples. Puji Jungkook di dalam hati.
"Encik~ saya nak tanya something boleh?
"Apa dia?" acuh tidak acuh Jungkook membalas. "and for your information, aku tak suka kau panggil aku 'encik' " luah Jeon Jungkook sebelum mengatur langkah ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di atas sofa kulit berjenama Lorazo.
"Bilik kat mana? Saya nak letak barang-barang saya yang banyak ni." tanya Park Seul ingin tahu.
"Kau pilih je bilik mana yang kau suka, tingkat atas atau tingkat bawah, bilik yang dekat dapur tu." kata Jungkook sambil dia menekan-nekan punat remote tv yang berada di tangannya.
Aikk. Aku dengan dia tak tidur sekali tapi, wuhuu! Ini yang best ni. Nanti boleh aku kuasai katil sorang-sorang plus tak payah hadap muka harimau jadian tu 24 jam. HAHAHA. Better aku pilih bilik tingkat bawah. Dekat sikit dengan dapur.
"Encik..hmm..erkk. Silap-silap..Awak saya pilih bilik yang dekat bawah ya?."
Jeon Jungkook hanya sekadar mengangguk. Park Seul menarik bagasinya dengan riang kerana tak perlu berkongsi satu bilik dengan suaminya itu.
"Kau jangan lupa pula masak. Aku dah lapar ni. Bahan-bahan semua ada dalam peti ais dan kabinet." laung Jungkook sekuat-kuatnya.
"Saya tahu lah Mr.Husband oii~ Janganlah nak laung-laung kuat macam tu. Nanti tak pasal-pasal jiran marah."
"Eleh, kalau jiran dengar pun mesti dia cair dengan suara aku yang merdu ni. Hoho. Kau ni bertuah tau tak dapat kahwin dengan orang yang ada golden voice ni." kata Jungkook dengan penuh bangga.
"Alahai. Perasannya harimau jadian ni. Kononnya golden voice. Kalau keluar emas dari mulut takpe juga. Boleh aku banggakan." omel Park Seul perlahan.
"Aku dengar apa yang kau cakap. Sesedap kau kutuk suami sendiri ek?. Aku campak dalam kolam baru tahu." ugut Jungkook.
"Alamak. Dia dengar pulak. Haishh, mulut ni. Takboleh duduk diam." Park Seul menampar-nampar mulutnya.
"Awak, kejap lagi saya masak. Awak nak makan apa?"
"Apa-apa jelah." balas Jungkook sambil matanya masih ralit menonton televisyen.
P/s: Okey!!dah siap!!xD..kalu xbest,,komen jer..u.u..nanti boleh baiki..sekian