Part13

1.9K 192 7
                                    

"Kau biar betul Seul!!!!!" Jung Halla menjerit. Dia seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata yang baru keluar dari mulut Park Seul.

Park Seul mencebik. "Kau tengok muka aku ni macam main-main ke?" Seul memandang serius muka kawan karibnya itu.

Halla menepuk lembut bahu Park Seul. "Bukan apa Seul, kau dah fikir masak-masak ker?"

"Nak buat macam mana Halla, dia tu bos kita. Kalau aku tolak nanti dia pecat aku dan kau tahukan dekat sini susah nak dapat kerja. Aku nak makan apa kalau takde duit. So, aku kena juga terima dia." Park Seul mengeluh panjang.

Halla, alangkah bagusnya kalau kau tahu tentang penyakit aku ni. Aku kahwin dengan dia sebab aku nak juga merasa ada suami macam mana dan mendapat pengalaman berumah tangga sebelum aku pergi. Maafkan aku Halla kerana aku terpaksa menipu kau Bisik hati Park Seul.

Jung Halla memegang erat kedua-dua belah tangan Park Seul. "Seul, apapun keputusan yang kau buat, aku setuju dan aku sentiasa akan sokong kau."

Seul melemparkan senyuman yang manis kepada Halla sehingga menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya. "Thank you so much, Halla.Thanks sebab sokong aku." Park Seul bingkas bangun dari sofa dan memeluk tubuh Halla.

Halla mengangguk dan membalas pelukan Park Seul. "Dah-dah, jum kita pergi keluar makan. Nanti kau lapar kebulur pulak."

Seul melepaskan pelukan. "Hahaha, ya-ya. Aku lupa."



Kim Taehyung mengeluh perlahan. "Kamu serius ke ni Kookie?." soal Taehyung yang menginginkan kepastian.

"Yelah hyung. Takkan Kookie buat lawak antarabangsa pulak." Jungkook mencapai secawan coffee latte yang berada di atas meja dan menghirupnya.

"Bukan apa, kamu kahwin dengan budak tu bukan berdasarkan cinta. Nanti tiba-tiba dia berharap dekat kamu macam mana?" Taehyung menongkat dagunya.

Jeon Jungkook meletakkan kembali air yang dihirupnya di atas meja. "Lantak dialah hyung. Kookie tak ambik kesah pun. Lepas 9 bulan, Kookie akan ceraikan dia. So lepas cerai tu, suka hati dialah nak buat apa.Tidur bawah jambatan ke." jawab Jungkook selamba.

Taehyung menggeleng-gelengkan kepalanya seakan-akan tidak percaya dengan sikap Jeon Jungkook yang agak tak berperikemanusiaan itu. "Suka hati kamulah Kookie. Hyung ikut je. Tapi hyung berharap yang kamu akan bahagia dengan dia."

Bahagia dengan perempuan tu? Jeon Jungkook tersenyum sinis. "Kookie tak akan bahagia dengan dia. Lagipun Kookie takde sedikit pun rasa cinta dekat dia."

"Well, mula-mula memanglah kamu takde perasaan dekat dia. Mana tahu one day kamu yang tergila-gilakan dia sampai nak berjauhan dengan dia sikit pun tak boleh." perli Kim Taehyung.

Jungkook mencapai snek dan menyumbat ke dalam mulutnya. "Ni Jeon Jungkooklah hyung. Kookie takkan sesekali jatuh cinta dengan perempuan yang macam tu. Menjengkelkan."

"Perempuan yang menjengkelkan tulah yang kamu nak dibuat bini Jeon Jungkook woii." bidas Kim Taehyung.

Jeon Jungkook mencebik. "Hyung ni macam backup minah tu pula."

Aikks. Si budak biskut ni, aku pula yang terbabit dalam hal ni. Kurang asam betul.

"For your information, hyung tak backup sesiapa pun. Hyung just cakap je". Taehyung bingkas bangun dan mencepuk dahi Jungkook.

Jungkook mengaduh kesakitan. "Asal hyung cepuk dahi Kookie pulak ni?!!" marah Jungkook.

Kim Taehyung mengambil walletnya di atas meja. "Tu balasan sebab kamu cakap yang hyung backup budak tu. Dah-dah, hyung nak balik. Nanti tak pasal-pasal eomma hyung marah." Taehyung berlalu pergi.

Jungkook memandang Taehyung sehingga kelibat lelaki itu hilang dari cafe. Dia mengambil kembali secawan coffee latte. Fikirannya terbayang-bayang wajah polos Park Seul semasa dia terlelap di dalam kereta.

Haishh. Apasal aku terfikirkan dia pula. Jeon Jungkook mencubit kedua-dua belah pipinya. "Tapi,betul ke apa yang aku buat ni?" dia mengeluarkan beberapa keping not dari walletnya dan diletakkan ke atas meja. Jungkook bingkas bangun dan keluar dari cafe tersebut.




Jungkook menghempaskan tubuhnya di atas katil tersebut. Dia mengeluarkan Iphone dari poket seluarnya dan mendail nombor seseorang.

Cepatlah angkat,bodoh.

"Hello~Seul bercakap. Ni siapa?"

Ni siapa? Dia tanya aku ni siapa. Bukan ke aku dah call minah ni ke hari tu. Haishh tak guna betul, ni mesti tak save nombor telefon aku.Bentak Jeon Jungkook di dalam hati.

"Aku ni bakal suami kaulah bodoh!!!"

"Ah? Maaf encik, saya tak tahu." terang Park Seul di hujung talian.

"Kau ni asal bangang sangat hah? kenapa kau tak save nombor telefon aku?" Jungkook mendengus kasar.

"Maaf encik. Saya betul-betul minta maaf.Saya dah save dekat contact phone tapi Iphone saya tiba-tiba rosak then saya beli yang baru. Nombor encik pun takde."

"Banyaklah kau punya alasan. Dah!! esok aku tunggu depan apartment pukul 9. Kau kena sampai tepat pada jam tu." arah Jungkook selamba.

"Nak pergi mana?"

"Pergi beli barang." Jungkook membalas acuh tak acuh dan terus mematikan panggilan tersebut. Jungkook meletakkan Iphonenya di atas meja lantas dia memejam kedua-dua matanya.

P/s:Sorry cause dh lama x update..otak patik xleh keluar idea..Tp mujur lh smlm time 1pgi,patik dpt siapkan part13 ni..mian kalu x best.. u.u

ONLY YOU [ On-Going ]Where stories live. Discover now