Ding dong.
Ding dong.Park Seul yang ralit menonton rancangan kartun favouritenya iaitu Spongebob lekas bangun dari pembaringan apabila dia terdengar bunyi loceng yang ditekan oleh seseorang.
"Siapa pula yang kacau line ni? Dahlah aku tengah syok layan Spongebob. Geram betul" omel Seul. Dengan keadaan yang malas, dia menghayunkan juga kakinya ke muka pintu.
Daun pintu rumahnya segera dikuak. Park Seul tersenyum serta-merta apabila melihat Makcik Kim yang tercegat di hadapan pintu rumah sambil mendukung bayi yang masih kecil. Makcik Kim juga mengalas beg yang diisi dengan barang-barang keperluan bayi.
Park Seul mula kebingungan. Kenapa Makcik Kim dukung baby Taekwan. Jangan-jangan dia lari dari rumah. Aishh. Park Seul, fikir positif please. Park Seul menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
"Apa khabar Makcik Kim." sapa Park Seul.
"Khabar baik je. Seul, Makcik nak minta tolong boleh?" Makcik Kim kekal tersenyum walaupun pada masa itu riak wajahnya kelihatan gundah..
"Apa dia makcik? Kalau saya mampu, saya tolong." balas Seul sambil matanya tidak lepas merenung bayi dalam dukungan Makcik Kim.
"Boleh tak Seul jaga Tae buat sementara waktu? Makcik nak ke hospital, appa Tae sakit. Nak suruh orang gaji jaga budak comel ni, orang gaji pula tengah cuti." terang wanita itu sambil melepaskan satu keluhan berat.
"Takpe makcik, Seul faham. Biar Seul je jaga budak comel ni." laju Seul bersetuju. Pipi bayi Makcik Kim itu dicubit geram.
"Tapi Seul, suami kamu tak kisah ke?" soal Makcik Kim inginkan kepastian.
"Aishh. Takdelah Makcik. Suami saya okey je. Dia suka sangat dengan budak-budak ni." bohong Seul untuk menyedapkan hati wanita itu.
Hah, pandai- pandai je aku mereka cerita. Jangan-jangan mamat harimau tu tak suka budak-budak. Tak lama ada juga orang yang nak makan penumbuk.
"Eloklah. Kalau macam tu, Makcik tinggalkan Tae dekat kamu. Dalam beg tu Makcik dah letak semua barang keperluannya." Makcik Kim menyerahkan Taekwan dengan beg yang digalasnya itu kepada Park Seul.
Park Seul menyambut bayi tersebut dengan gembira.
"Makcik pergi dulu ya." pamit wanita itu dan beredar segera dari rumah tersebut. Seul sekadar memerhati sehinggalah kelibat Makcik Kim hilang dari pandangannya.
*****
Sambil mendukung Taekwan, kakinya di atur ke arah ruang tamu.
"Aigoo." dia menghenyakkan punggung ke atas sofa."Kamu tahu tak auntie tengah geram sekarang? Rasa macam nak gigit-gigit je pipi pau kamu ni." Seul mencubit lembut pipi bayi dalam ribaannya itu.
"Woi Patrick, anak siapa pula yang kau culik ni?" Jeon Jungkook yang baru muncul terus mendapatkan isterinya.
"Mana ada saya culik. Awak ingat saya ni penjenayah ke apa? Sedap mulut je menuduh orang." bibirnya diketap, sakit hati dengan tuduhan tidak berasas oleh jejaka itu.
"Habis tu, kau dapat dari mana?" soal Jungkook ragu-ragu.
"Makcik Kim suruh saya jaga anak dia buat sementara waktu. Suami dia sakit, masuk hospital." terang Seul serba ringkas. Mendengarkan penerangan itu, Jeon Jungkook mengangguk tanda faham.
"Comel juga baby ni." dia berpeluk tubuh dan mata tidak lepas mengamati bayi dalam pangkuan Park Seul.
"Comel kan? Saya pun teringin nak ada baby secomel Tae dalam rumah ni. Takdelah saya boring sangat dari asyik mengadap muka awak yang tak hensem tu." sempat Seul menjelirkan lidah kepada Jungkook.