BAB 13

3.7K 133 4
                                    


"Morning ibu"sapa Ecah ceria

Puan Zarina tersenyum...air teh yang sedang dibancuh itu dirasa...takut manis sangat..

"Ecah okay?"tanya Puan Zarina

Ecah mengerutkan mukanya ...pelik dengan soalan ibunya sebentar tadi..

"Ecah okay je bu..happy je ..kenapa?"balas Ecah , sandwich buatan ibunya yang tercinta itu disuap ke dalam mulutnya

"Ibu kalau boleh tak nak Ecah buat macam tu dekat ayah lagi ye..ayah tak bersalah..ibu nak Ecah faham ye..mungkin setakat ni je jodoh ibu dengan ayah.."kata Puan Zarina sayu

Ecah menundukkan kepalanya...perasaan bersalah,marah,sedih semua ada..tapi die tak boleh tipu yang sebenarnya rasa sayangnya terhadap ayah tak pernah hilang...cuma perasaan tu diselubungi dengan rasa marah je..tu je..

"Sorry ibu.."kata Ecah

"Bukan dengan ibu tapi dengan ayah..ibu tak pernah marahkan Ecah..tapi Ecah jangan buat macam tu lagi ye...janji dengan ibu"kata Puan Zarina

Ecah mengangguk faham...

"Dah pergi sekolah cepat...dah lambat ni..nanti kena denda kutip sampah pulak.."kata Puan Zarina

Ecah menyalam tangan ibunya lalu mencapai basikalnya yang diletakkan di tepi pagar rumahnya..kakinya laju mengayuh basikal itu..nak cepatlah katakan..hari ni die harap bukan Faiz yang jaga pagar..Amin

*********************

Ecah berhenti tepat di hadapan pagar sekolah..nak intai dulu sapa yang jaga pagar harinie..

"Ok cun..jom kita masuk sekolah..hehe"kata Ecah riang

"Ecah"

Ah sudah ! Siapa pulak yang tegur ni...daripada suara macam lelaki..tah , tah..FAIZ kot

"Ecah"

Alamak...

Die panggil lagi lah..betul ke Faiz ni...aduhai...takut pulak nak pandang belakang..

"Woi..aku panggil kau ni..dengar ke tak?"siapakah gerangan pemilik suara tu?

Eh, jap..'aku'?Faiz tak guna 'aku' die guna 'saya'...siapa ni? Ecah mengumpul keberanian untuk pandang belakang...ececeh , dah macam citer hantu jangan pandang belakang pulak..

"Adam?" Ecah terkejut

wow , first time jejaka idaman Malaya dekat Tadika Sri Emas tegur aku..ni kena catat dalam sejarah ni..pastu suruh radio Klasik masukkan peristiwa ni dalam segmen 'Hari ini dalam sejarah'...ok tau over..

"Kau nak apa?"tanya Ecah tenang..padahal dalam hati Allah je lah yang tau..

"Ermm"

"Cakap je lah...tadi kemain lagi beria nak cakap dengan aku.."kata Ecah lagi

"Erkk...kau dengar apa aku nak cakap ni betul-betul...aku cakap sekali je..kalau tak dengar or kau tak faham aku anggap kau tak setuju je..faham"kata Adam panjang ...muka die serius giler nak mati...

"Ha..yelah aku dengar ni.."balas Ecah , tangannya disilangkan didadanya..lagak macam kak yong kawasan mintak hutang

"Tolong ajar aku math..."kata Adam tenang

Ajar? Math? aku? Hahaha...lawaknya ...diri sendiri pun tak berapa pandai math inikan pulak nak ajar anak orang..silap-silap haribulan markah math aku dengan die kembar...kalau die Adam tak pandai math , si Ecah ni lagi ,lagi , lagi lah tak pandai math...yang formula haritu pun sebab die sempat selak buku rujukan math...stand by takut cikgu tanya...muahkakakka

"OH ENCIK SUAMI" [HOLD]Where stories live. Discover now