BAB 30

3.2K 98 7
                                    


"Ada apa call aku malam-malam ni ?"tanya Adam

Ecah mencebik. Dia ingat aku nak sangat ke call dia malam-malam ni.

"Mak aku nak jumpa kau."kata Ecah lurus

"Hmm"gumam Adam

"Oklah tu je nak cakap dengan kau...Assalamualaikum"kata Ecah ingin menamatkan perbualan

"Eh kejap...ermmmm"

"Apa lagi?"tanya Ecah lembut. Lembut bukan kerana dia mengalah tetapi penat .

"Good night sweetheart. Mimpi yang indah dan kalau boleh berdengkur tu jangan kuat sangat. Aku takut satu taman ni bergegar...hehe "usik Adam

Talian dimatikan.

Ecah mengetap bibirnya tanda geram. Tak pe tak pe. Ada ubi ada batas , ada hari aku balas!!

*******************

"Kau yakin ke nak kahwin ni ?"tanya Faddy

Ecah mengangkat kedua-dua bahunya. Tudung yang dipakainya sedikit serabai. Al-maklumlah orang tengah serabut.

"Hmm..kalau tak yakin baik kau putuskan je pertunangan ni."cadang Faddy

"Hmmm"gumam Ecah

"Hoi...aku cakap dengan kau ni. Dengar tak?"tanya Faddy

Ecah mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Tapikan...kau rasa siapa yang bawa lari adik dia eah ? Gempak giler citer ni. Kalau masuk surat khabar ni mau malu cikgu Hafiz tu."kata Faddy

"Cittt... kau ni tak baiklah. Orang tengah dalam kesusahan tu. Mulut tu jaga sikit. Kalau kena dekat batang hidung kau yang tak berapa nak mancung tu baru padan muka."kata Ecah layu seraya memukul lembut tangan Faddy

Faddy hanya tersengih-sengih mendengar teguran Ecah tadi. Betul juga apa yang Ecah katakan tu.

"Eh,ni kau tak kerja ke harini ?"tanya Ecah

Faddy menggeleng laju.

"Cuti ? atau dah diberhentikan...muahaha"usik Ecah , keningnya diangkat persis Ziana Zain

Faddy membulatkan matanya. Gurauan tak berinsurans betul si Ecah ni.

"Cuti le...aku bukan macam kau anak orang kaya nak berhenti-berhenti kerja. Hmm"balas Faddy

"Eleh, majuk lah tu. Dah lah aku nak siap-siap ni. Kejap lagi aku ada hal sikit. Kau nak lepak sini ke ?"tanya Ecah , kini dia sudah berdiri menghadap Faddy yang masih duduk.

"Hmmm... yelah aku balik but.."

"Apa ?"tanya Ecah malas

"Malam ni belanja aku makan burger "jawab Faddy

Ecah buat muka selenga.

"Hah..yelah. Sekarang ni kau balik dulu. Bye"kata Ecah lalu menolak sedikit badan Faddy keluar.

*********************

"Kau boleh Ecah. Kau boleh. Bismillahhirrahmannirahim."bisik hati Ecah

Berat kakinya melangkah keluar dari teksi. Aduhaii !!! Nebesnya nyah. Dah lah cikgu Hafiz ni garang. Nak -nak kalau bertentang mata dengan dia lepastu dengan misai A.Galak dia. Perghhhh !!! Macam mana lah Adam dapat hidup dengan dia . Mesti Adam kena rotan kalau buat salah. Auchh 😵 sakitnya kena pukul dengan rotan.

"Ehem...kamu nak berdiri macam tiang lampu dekat situ je ke ?"

Ecah masih lagi dengan lamunannya. Haish, Ecah dan angan-angan berpisah tiada.

"OH ENCIK SUAMI" [HOLD]Where stories live. Discover now