BAB 34

3.1K 102 13
                                    


"Lawa kulit adik ni...putih bersih bla bla bla..."puji mak andam terlajak lembut tu.

Ecah hanya tersenyum dan kadang-kadang dia membalas pertanyaan mak andam itu. Dari tadi potpetpotpet je kejenya.

Tok...tok...tok...

"Masuk ye."pintu dikuak sedikit. Terpancul muka Lucy.

Ecah sedikit terkejut dengan kehadiran Lucy. Tak sangka minah Sabah ni sanggup datang jauh-jauh. Woahh, terharunya.

"Wahh...cantiknya kawan aku sorang ni. Berseri-seri."puji Lucy

Ecah tersenyum malu mendengar pujiam Lucy itu. Nak bercakap takut mak andam ni marah . Kami kalau dah bersembang memang takkan habis.

"Tengoklah siapa yang make up kan. Ady kan " ah sudah , masuk bakul angkat sendiri nampak.

"Eh, kau nikah dekat mana ? masjid ke dekat rumah ?"tanya Lucy

"Hmm...masjid"jawab Ecah

"Ooo.."mulut Lucy membentukkan 'O'.

"Wah , bestnya."kata Lucy dengan riak yang gembira.Eeh, Ecah yang nak kahwin dia yang happy.

"Eh, kau nanti duduk je dalam bilik aku ni. Ke kau nak duduk dekat bawah ?"tanya Ecah. Yelah, Lucy ni kan bukan Islam ...takkan dia nak masuk masjid kot. So, alternatif yang terbaik ialah offer dia duduk dalam bilik or dekat ruang tamu.

"Kenapa pulak bah " keluar Sabahnya.

Ecah terkejut . Dah tahu tanya pulak.

"Kau kan buk..."

"Aku...aku dah masuk Islam."kata Lucy seraya tersenyum menampakkan giginya.

Ecah sekali lagi terkejut. Nasib baik tak cacat make up.

"Bila beb ?" Tanya Ecah yang terlebih excited.

"Ermm...sebulan lepas...hehe"jawab Lucy.

"Sebab ?"tanya Ecah

Lucy menarik nafas dalam-dalam.

"Nantilah aku story."kata Lucy

Ecah mencebik.

"Okay siapp...lawa aku make up kau dikk. Okay sekarang tinggal pakai tudung je lepastu kau dah boleh nikah dik oiiii..."kata mak andam , gembira.

Lucy dan Ecah pelik dengan perlakuan mak andam tu. Excited sungguh.

"Oklah beb. Aku keluar tunggu kau dekat bawah. "Pamit Lucy. Dia tak mahu menganggu Ecah bersiap.

Ecah mengangguk.

****************

"Ma, sampin ni macam mana nak pakai ?"jerit Adam dari dalam bilik.

Puan Ain yang sedang sibuk  mengatur hantaran tergesa-gesa ke bilik Adam. Hai , budak sorang ni pakai sampin pun tak tahu. Macam mana lah nak ajar anak nanti.Pintu bilik Adam dikuak oleh Puan Ain.

"Ya Allah. Kamu ni lambat betul bersiap. Sedara semua dah tunggu dekat bawah tu. " rungut Puan Ain.

"Ala, lagi sikit je. Tinggal pakai sampin lepastu kita gerak. Okay"kata Adam tersenyum menunjukkan sebaris giginya yang putih melepak tu.

Puan Ain segera mencapai sampin dari tangan Adam lalu dia tunjukkan cara untuk pakai. Mujur Adam jenis budak yang cepat tangkap. Tak de lah berjam-jam nak ngajar pakai sampin.

"Mama. Terima kasih tau jaga Adam selama ni." Kata Adam , bahu mamanya dipegang

Puan Ain tergamam. Hatinya mula tersentuh. Sedih. Lepas ni dia akan terasa sangat sunyi. Tanpa Adam dan...Nina.

"OH ENCIK SUAMI" [HOLD]Where stories live. Discover now