"Okay ke bilik ni?"tanya Adam. Dia masih rasa bersalah dengan Ecah .
Ecah mengangguk acuh tak acuh.
"Kita duduk sini 3 hari 2 malam je kan?"soal Ecah
Adam mengangguk. Tak kan nak balik dah kot...
"Saya sakit hati dengan awak."kata Ecah terus terang.
Adam tersentak. Pengakuan jujur dari Ecah sedikit mengejutkan dirinya. Lama dia tenung mata Ecah. Sebenarnya dia sudah perasan mata Ecah berair dari dalam kereta tadi. Dan dia tahu dia bersalah.
"Sorry..."kata Adam.
Ecah mengeluh. Kadang-kadang cakap dengan Adam macam cakap dengan mesin. Tiap kali dia buat salah , asyik cakap sorry ,sorry dan sorry. No pujuk pujuk...
"Sorry again ?Okay."kata Ecah mendatar. Mukanya masih masam.
Jeda seketika antara mereka.
"Sayang..."Adam memegang tangan Ecah . Hatinya rasa tak sedap selagi Ecah merajuk. Dah lah susah nak pikat cinta hatinya yang sorang ni.
"Abang mintak maaf ye. Okay abang janji lepasni tak de gurau-gurau dengan Nina lagi"kata Adam
Ecah masih lagi dengan egonya itu. Hatinya masih sakit. Orang lain pergi honeymoon happy happy , kita pergi sakit hati pulak.
"Harini cakap tak buat , esok esok abang tersengih-sengih jugak dengan budak tu. Hipokrit."kata Ecah. Tangannya direntap dari gengaman Adam. Menyampah !!
Adam sedikit terkejut dengan sikap Ecah...tapi dia tahu Ecah cemburu. Perempuan kalau dah cemburu dengan suami sendiri pon dijeling.
_____________________________________"ma, Nina keluar dulu. Asalamualaikum."pamit Nina. Dia tergesa-gesa keluar rumah. Katanya takut tertinggal bas. Bila ayahnya offer nak hantar ke bandar , dia menolak.
"Waalaikumussalam. Hati-hati ,na."balas Puan Ain. Dia menghantar anaknya sampai ke pintu.
Buat seketika dia teringatkan peristiwa anak perempuannya itu menghilangkan diri semasa hari pertunangannya. Malunya hanya Tuhan yang tahu. Pengorbanan Adam sebagai abang memang besar, walaupun mereka bukan keluarga kandungnya. Alhamdulillah kini semuanya baik-baik saja. Di ekor matanya sudah berair apabila mengenangkan kejadian itu.
"Ya Allah. Budak Nina ni tak bawa turun baju kotor dia sekali ke. Nanti tak cukup baju riuh satu rumah."rungut Puan Ain setelah tiba di dapur. Dia mengorak langkah menuju ke bilik anak perempuannya itu.
Sesudah mengutip semua baju kotor Nina ,Puan Ain mengemas bilik Nina yang bersepah.
"Benda apa pulak ni. Macam su..."Puan Ain tergamam . Dia tidak pasti dengan benda yang dia lihat sekarang ni.
______________________________________Ecah dari tadi memandang susuk tubuh belakang Adam yang kehulu kehilir menjawab panggilan dari mama. Ada hal mustahak sangat ke sampai kena telefon Adam. Haih geleng kepala je lah.
"Sayang , kita kena balik."kata Adam
Ecah mengerutkan dahinya. Asallah kena balik pulak ni. Tak sampai sehari pon duduk sini.
"Kenapa pulak?"tanya Ecah
"Nanti dekat rumah abang cerita eh. Sekarang kita kemas kemas then balik dulu okay"kata Adam
Ecah masih terpacak memandang Adam. Tak puas hati pulak dengan jawapan Adam tu. Makin membara hati.
"No. Awak tak cerita saya taknak balik."kata Ecah.
Adam mengeluh. Minah sorang ni banyak songeh pulak time time macam ni.
"Meh sini"Adam memanggil Ecah supaya rapat denganya.
Ecah bertambah pelik. Besar sangat ke rahsianya sampai nak cerita dekat dekat. Merepek. Tapi diikut jugak arahan suaminya itu.
"Apa??"soal Ecah. Dia dah ready nak pasang telinga ni.
Adam tersenyum. Dia dengan tak semena-mena memeluk isterinya itu. Ecah terkejut. Lama Adam peluk Ecah...terasa semua bebannya hilang tatkala memeluk Ecah.
"Too much questionlah ,sayang"kata Adam. Dia tersengih.
"So ? I'm your wife ,and I deserve to know it" Jawab Ecah
"Sorry sayang."kata Adam
"Adam, please jaga hati saya. Saya cemburu , geram ,sakit hati semualah."kata Ecah
"Siyes abang tak tau. Selalu Ecah relax je."jawab Adam selamba.
"Hmm...dah lah tu. Kata nak balik , ni peluk lama-lama nanti lambat pulak sampai rumah."kata Ecah. Adam melepaskan pelukannya. Wajah Ecah dipandang. Wajah itulah yang amat dia cintai.
"Dah lah tu. Nak pandang pandang pulak. Debik satgi baru tau."usik Ecah.
Adam tersengih. Satu masalah settle !!
Hello !!!!
Setelah sekian lama menyepi akhirnya dapat jugak update cerita ni. Mintak maaf sangat kepada sesiapa yang tunggu cerita ni update lama sangat🙏
Harap2 seronoklah bab baru ni. Jangan lupa vote dan...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA🤗🤗🤗
YOU ARE READING
"OH ENCIK SUAMI" [HOLD]
Romance"Adam.."kata Ika Ecah mengangkat mukanya memandang tepat ke mata Ecah...die mengangkatkan keningnya... "Are you sure, Ika?"tanya Ecah serius Ika mengeluh panjang...degil kawannya ni... "Yes...two hundred percent sure...."balas Ika "Die buat apa deka...