"Ecah tunggu kejap..."panggil Faiz
lengan Ecah dipegang kuat...penat die berlari mengejar Ecah...dah nak dekat dua minggu Ecah taknak bercakap dengannya..salah apa kali ni pun die sendiri tak pasti..
"Hey..apa pegang-pegang ni Faiz?kalau cikgu nampak macam mana?kang tak pasal-pasal jatuh imej saya"kata Ecah tegas , die melepaskan gengaman Faiz pada lengannya
"Dah awak tu taknak cakap saya...ni je cara nak buat awak cakap dengan saya.."balas Faiz , tangannya disilangkan di dada ...marahlah konon
"Faiz saya bukan tak nak cakap dengan awak , saya cuma nak fokus dekat belajar je sekarang ni...saya ulang saya nak FOKUS belajar sekarang ni..harap awak faham"terang Ecah
Faiz diam...wajah Ecah yang putih itu dipandang..
"Apahal? cucuk mata tu kasi buta baru tau"kata Ecah
Faiz menguntum senyuman kecil...senang dengan lawak gangster Ecah tadi
"Bla dulu lah kalau tak de pape nak cakap.."pamit Ecah
Belum sempat Ecah melangkah satu tapak , tudung sekolahnya ditarik...kuajaqq punya Faiz kau tarik tudung sekolah aku !!!
"Saya suka awak Ecah"luah Faiz , suaranya perlahan namun cukup untuk didengari Ecah yang berada kira-kira 1 meter dengannya..
"Faiz awak jan..."
"Saya tau awak pun suka saya kan?"pintas Faiz , tudung Ecah masih dipegang..takut Ecah lari lah katakan
"Tak..saya tak suka awak..saya anggap awak kawan je.."nafi Ecah
Faiz diam....tak sangka mungkin dengan kenyataan itu
"Tipu"balas Faiz
"Faiz tolonglah...behave sikit kita dekat sekolah dan untuk apa saya nak suka dekat awak?sedangkan kita SPM pun belum lepas..kalau awak cakap 'awak suka saya' tu sepuluh tahun akan datang maybe saya bole bagi jawapan...tapi"Ecah mengeluh panjang, tak sanggup nak teruskan lagi
"Lepaskan tudung saya...dah lambat nak masuk kelas ni..."arah Ecah , tudung yang dipegang Faiz dilepaskan...Ecah berlalu pergi tanpa melihat muka Faiz..Ecah harap Faiz faham apa yang cuba die sampaikan
******************
"Buat apa sini?bestfriend forever until jannah you mana? "tanya Faddy , terkejut sebab tiba2 je Ecah lepak dekat PSS , sorang pulak tu
Ecah memandang muka Faddy..
"You nangis ke?hah?"soal Faddy risau , kerusi disebelah Ecah ditarik
"Mana ade aku nangis..kau ni merepek je"nafi Ecah
"You jangan nak tipu I lah..apahal?pasal lelaki ke?sapa mamat tu meh sini I seliki die"kata Faddy
Ecah hanya tersenyum pahit...tak de mood nak gelak dengan lawak yang Faddy buat tu..
"Aku buat benda yang betulkan Faddy?"soal Ecah tiba-tiba
Faddy berhenti membebel..mukanya berkerut..pelik dengan soalan cepumas Ecah
"I don't know beb..cuba you cerita dulu dengan I apa yang terjadi ?"tanya Faddy sekali lagi
"Kalau I cerita you jangan gelak...dan jangan cerita dekat orang lain okay"kata Ecah
Faddy mengangguk tanda setuju dengan syarat itu
"Faiz ...die suka aku"luah Ecah , bila teringat hal tadi airmatanya jatuh..sebenarnya die pun keliru , die nangis kegembiraan atau sedih..
"Oh my god..die suka you..so you nangis ni sebab happy la?"
"Tah..aku cakap aku tak suka die"
"Really? ruginya ...ahaha"
YOU ARE READING
"OH ENCIK SUAMI" [HOLD]
Romance"Adam.."kata Ika Ecah mengangkat mukanya memandang tepat ke mata Ecah...die mengangkatkan keningnya... "Are you sure, Ika?"tanya Ecah serius Ika mengeluh panjang...degil kawannya ni... "Yes...two hundred percent sure...."balas Ika "Die buat apa deka...