"Ecah...pergi negara orang nanti jaga diri tau , jangan lupa solat, makan kena cukup , jangan nak gaduh-gaduh tau , jangan lupa check dulu makanan yang nak dimakan nanti bla...bla...bla..."pesan Puan Zarina panjangEcah hanya mengangguk-angguk faham...senyumannya tak lekang dari bibirnya yang comel itu..nak ke luar negara lah katakan
"Dan lagi satu...jangan lupa bawa balik menantu untuk ibu.."usik Puan Zarina
Ecah tercengang...dalam nasihat pon boleh ada gurauan
"Ibu nak ke bermenantukan om puteh? kalau nak, Ecah boleh je cari dari sekarang...hehe"gurau Ecah
Mendengar jawapan dari Ecah membuatkan tangan Puan Zarina ringan memukul bahunya lembut...kalau boleh die nak tatap muka anaknya itu buat kali terakhir anaknya itu di Malaysia...lepas ni kalau nak tengok Ecah lagi kena tunggu lama...al maklumlah, kalau dah belajar mana sempat nak balik rumah ...kalau Australia tu dekat dengan rumah bolehlah jugak ulang-alik hujung minggu
"Ibu...ibuuu"tangan Ecah dihayunkan di hadapan muka Puan Zarina
Puan Zarina tersedar...lamunanya terhenti
"Mengelamun eah? fikir siapa? hah! Ecah tau...mesti tengah teringat-ingat dekat pakcik Samad kan?"usik Ecah, die tersenyum nakal
Puan Zarina mengerutkan dahinya sejuta...mana datang pulak 'Pakcik Samad'ni?die tak masuk cerita ni lah...sesiapa tolong keluarkan 'Pakcik Samad tu'
"Ish, kamu ni Ecah...merepek je lah...ibu cubit mulut tu karang baru tau" kata Puan Zarina sambil menunjukkan lagak seperti ingin mencubit
"Ala, usik sikit pon tak boleh...majuk lah camni"kata Ecah , tangannya disilangkan didadanya
Ni lah jadinya kalau sampai dekat airport terlebih awal...Ecah usik ibu , ibu usik Ecah..hai lah,lantaklah asalkan dua insan ini gembira
"Assalamualaikum"sapa satu suara
"Waalaikumussalam...ermm kalau tak silap makcik...ni Faiz kan?"tanya Puan Zarina lalu berdiri mendapatkan Faiz
Faiz tersenyum manis kepada Puan Zarina kemudian senyumannya itu diberikan kepada Ecah pula
"Saya nak jum..."
"Jumpalah...ni Ecah , ibu pergi tandas kejap ye"kata Puan Zarina , satu senyuman nakal diberikan kepada Ecah
Ecah diam...alahai, kekoknya rasa sekarang ni...tempat duduk sebelah Ecah yang tadinya milik Puan Zarina diduduki Faiz
"Awak sihat?"tanya Faiz setelah dia melabuhkan punggungnya disebelah Ecah
"Sihat"sahut Ecah , mukanya sengaja dielak-elakkan daripada memandang Faiz..malu siott
"Sampai hati nak pergi luar negara tak cakap...nasib baik Faddy terlepas cakap kalau tak...tak sampailah saya ke sini"kata Faiz
Huh!!!dasar mulut murai betul si Faddy ni...ketip mulut die yang tak berapa nak mungil tu nanti baru tahu
"Awak study apa nanti?"tanya Faiz , kali ni die membuka cermin mata hitam yang dari tadi menutupi matanya itu...tah nampak jalan ke tidak pakai spek mata hitam tu
"Kulinari"jawab Ecah
Mereka masing-masing diam...otak dah tak boleh proses apa lagi yang nak ditanya lagi
"Awak memang tak nak cakap dengan saya ke?"tanya Faiz
Aik??die ni nak kata pekak tak...takkan lah tak dengar aku jawab segala soalan die tadi...tu kira bercakaplah tu..nak jawab lagu mana lagi
"Awak okay?"tanya Ecah ...hah! Kan dah keluar soalan tak masuk akal
Faiz memandang Ecah pelik
"Awak okay tanpa Ika?"tanya Ecah lagi
YOU ARE READING
"OH ENCIK SUAMI" [HOLD]
Romance"Adam.."kata Ika Ecah mengangkat mukanya memandang tepat ke mata Ecah...die mengangkatkan keningnya... "Are you sure, Ika?"tanya Ecah serius Ika mengeluh panjang...degil kawannya ni... "Yes...two hundred percent sure...."balas Ika "Die buat apa deka...