"Ibuuuu"meleret Ecah memanggil ibunya
"Hmm"gumam Puan Zarina
Ecah menarik nafas sedalam-dalam yang boleh. Harap ibu tak terkejut dengan berita ni.
"Ecah nak cakap something ni." Ecah sudah duduk di sebelah ibunya yang sibuk menguli tepung
"Ecah nak cakap apa? Ada masalah dekat butik ke? "Tanya Puan Zarina
Ecah menggeleng.
"Sebenarnya . Ecah dah pu..."
"Ibu dah jumpa dengan Adam tengah hari tadi" kata Puan Zarina
Ecah terkejut lalu oppss..
"Untuk apa dia jumpa ibu?"tanya Ecah
"Ala, malu-malu kucing pulak anak ibu ni. Mestilah dia jumpa ibu sebab nak bincang hal kahwin kamu berdua"kata Puan Zarina ceria
Ecah menjadi bertambah terkejut. Kepalanya digaru.
"Ibu suka dengan budak Adam tu. Baik , hormat orang tua , hensem pulak tu."
Hensem ????
"Errr...tapi Ecah nak putus dengan dia"
Kelengkanggggg...terjatuh bekas berisi doh ke atas lantai
"Ecah cakap apa ni ?"tanya Puan Zarina serius
Ecah berkali-kali menelan air liurnya...matanya terkedip-kedip...cuak lah tu
"Ecah mintak maaf ,bu. Bukan Ecah taknak kahwin tapi Ecah bla bla bla..."
Puan Zarina mengurut-urut lembut dadanya...didalam hatinya dia berishtifar
"Ibu tak kira Ecah kena kahwin jugak !" Senafas Puan Zarina mengatakan kata putus
Ecah yang sedang bercakap tersentak...
"Apa ??"tanya Ecah inginkan kepastian
"Ecah kena kahwin jugak dengan Adam "ulanag Puan Zarina
"Ibuuuu...kenapa ?"
"Sebab ibu dah jemput saudara mara kita pergi kenduri kahwin Ecah."
Whatttt !!!!
******************
"Abang lepaskan Nina sekarang jugak...menyesal Nina kahwin dengan abang. Kalau Nina tahu semua ni akan terjadi...memang Nina takkan bagi peluang dekat abang..."jerit Nina diiringi tangisan
Faiz berdiri dihadapan pintu biliknya sambil mengepal penumbuknya.
"Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau ? Hey perempuan, aku kahwin dengan kau sebab nak balas dendam dekat abang kau je tau." Jari telunjuk Faiz tajam dihalakan ke arah Nina.
Nina tersentak. Dia tidak menyangka Faiz tidak mencintainya.
"Sampai hati abang kan...rupanya abng ni manusia bertopengkan SYAITAN !!"jerit Nina sekuat hati. Dia sudah tidak tahan menanggung penderitaan ini.
"Kau tu yang syaitan. Disebabkan abang kau aku tak dapat cinta Ecah. Tu ayah kau tu yang sakit telantar dekat rumah tu pun satu hal...kalau kau nak tahu sebab dia lah aku malu waktu sekolah dulu. Aku kena tindakan disiplin sebab bapak kau tu..." Faiz menggengam kuat rambut Nina yang sudah mengerang kesakitan dek kerana perbuatan Faiz itu.
"Sekarang kau tahukan sebab apa aku beria-ria nak kahwin dengan kau ni...dengan perempuan yang tak ada apa-apa macam kau ni. Heh, mulai sekarang kau duduk dalam rumah ni diam-diam."arah Faiz
Nina mengesat airmatanya yang berjurai-jurai mengalir keluar.
"Ceraikan aku..."
Langkah Faiz terhenti.
YOU ARE READING
"OH ENCIK SUAMI" [HOLD]
Romance"Adam.."kata Ika Ecah mengangkat mukanya memandang tepat ke mata Ecah...die mengangkatkan keningnya... "Are you sure, Ika?"tanya Ecah serius Ika mengeluh panjang...degil kawannya ni... "Yes...two hundred percent sure...."balas Ika "Die buat apa deka...