"Huk...kau?"Ecah menekup mulutnya dengan tangan
"Buat apa sini?"tanya Ecah , dia betul-betul terkejut melihat manusia depannya itu
"Kau pemandu pelancong kami tu?"tanya Ecah lagi
"Ke kau skodeng aku?hah?"
"Weh, tolong dulu baru tanya soalan boleh tak !!"marah Adam , kaki kanannya dipegang ...sakit
"Nak tolong macam mana?"tanya Ecah gelabah
"Ala, kau ni...angkat lah jerat ni dulu...cepatlah"arah Adam
Ecah dengan rela hati mengangkat jerat yang terkena pada kaki Adam itu...
"Pastu?"tanya Ecah mengaru kepalanya
"Ya Allah, kau ni tak pernah tolong orang ke? asal blurr sangat?"sindir Adam
Ecah mencebik...sakit-sakit pun ada hati nak marah orang...tolak masuk gaung kang baru tahu
"Oi...apa kau tunggu lagi tu. Cepatlah tolong papah aku"arah Adam
"Choii...bukan muhrim okay...haram"kata Ecah , gayanya persis Faddy...oh Faddy sesungguhnya aku terlampau rindu dekat kau.huhu
"Darurat kan...cepatlah"paksa Adam
Ecah menggeleng tak nak
"Okay , fine...kau tak nak tolong aku kan...nanti sebarkan dekat orang kampung sini yang kau cuba nak bunuh aku"gertak Adam , dibibirnya terukir satu senyuman sinis
"Apahal pulak? kau yang cuai sangat ...jalan tak pandang atas bawah..asal aku yang kena?"kata Ecah , tangannya disilangkan ke dada
Jeda seketika diantara mereka...mungkin Adam dah tak mampu nak melawan dan mencantas kata-kata Ecah tadi
"Yelah...yelah aku tolong...tapi ni last aku tolong kau"Ecah menghulurkan tangannya yang sudah dilapikkan dengan sapu tangan
Ya Allah ampukan lah hamba-Mu ini kerana memegang tangan lelaki yang bukan suami dan tiada pertalian darah dengan ku ...huhuhu
"Kau be..."
"Aku tak nak cakap apa-apa dengan kau"pintas Ecah
Adam akur...nampaknya Ecah masih marah pasal hal dulu
**********************
"Hah...ye ...ye...nanti aku balik ..ye...hah okay..bye"
"Susah betul cakap dengan mak cik sorang ni...dah terang banyak kali pun tak faham-faham lagi...haih pening-pening"bebel Ecah
Adam yang duduk tidak jauh dari Ecah tersenyum melihat gelagat Ecah yang sedang bengang...sama macam dulu , waktu Ecah bengang dekat dia...habis semua benda di bebelkan
"Apa senyum-senyum...dah teringin sangat nak makan penumbuk ke?"kata Ecah
"Mulut aku...kau susah apahal?"balas Adam
Ecah mencebik
"Kau nak balik macam mana ni? dah malam ni?"tanya Adam
"Eh , halau ke?"sindir Ecah , kening belah kanannya diangkat
"Bukan menghalau ...just tanya je"jawab Adam
"Yelah tu"
"Ecah"kata Embah Diah
Ecah mengalihkan pandangannya kepada Embah Diah
"Ye Embah...ada apa-apa boleh Ecah bantu?"tanya Ecah
Embah Diah tersenyum...senang dengan keperibadian Ecah
"Enggak ada apa-apa...cumanya Embah mau kamu tidur di sini aja hari ini...lagipun, udah mau malam ni...bahaya kalau kamu pulang sendirian"kata Embah Diah dengan slanga jawanya
YOU ARE READING
"OH ENCIK SUAMI" [HOLD]
Romance"Adam.."kata Ika Ecah mengangkat mukanya memandang tepat ke mata Ecah...die mengangkatkan keningnya... "Are you sure, Ika?"tanya Ecah serius Ika mengeluh panjang...degil kawannya ni... "Yes...two hundred percent sure...."balas Ika "Die buat apa deka...