"Apa bising-bising ni ? Ada cerita hot ke ?" sampuk Lucy yang baru turun dari tangga mendapatkan Ecah."Eh, cik Lucy rupanya. Meh lah duduk sini. Boleh kita borak-borak sambil-sambil tu boleh kenal-kenal...hehe mana tahu hati berkenan ke..ahaiii" usik abang Man.
Ecah mencebik. Gataii sungguh...
"Tak payah layan mamat tiga suku ni Lucy. Dia ni memang gataii nak mampus. "Kata Ecah pedas
"Ish...mana kau tahu aku ni gatal orangnya. Aduhh kantoii"kata abang Man poyo.
Ecah sekali lagi mencebik. Orang nak kenakan dia , last-last kena balik dekat batang hidung yang tak berapa nak mancung ni.
"Ada-ada saja je lah korang ni. Ermm...Adam dari tadi senyap je tak join dorang sembang sekali ke?" Tegur Lucy.
Adam menggeleng. Memang nak join tapi dia lebih suka mendengar. Lagipun dia suka tengok cara Ecah layan sepupu. Comel...sangat comel.
"Dah lah malas layan...masuk bilik pastu tidur lagi best. Jom lucy." Ajak Ecah. Nasib baiklah malam ni ibu dengan mama pesan supaya tidur asing-asing dulu. Ibu kata tak berseri pengantin kalau sebelum bersanding dah tidur sebilik. Bukan tak boleh cuma nak kekalkan seri tu je.
"Good night"kata Ecah kepada Adam. Ihiks...amacam calon isteri mithali kan. Calon je lah...
Adam membalas dengan senyuman yang manis sekali.
****************
"Ahh...penatnya." Ecah melemparkan badannya di atas katil.
Matanya dipejam perlahan-lahan. Badannya terasa lenguh sekali. Mana taknya sehari suntuk kena berjalan layan tetamu , pakai kasut tumit tinggi pulak tu. Haih, lepasni memang taubat lah nak pakai kasut tumit tinggi. Boleh tercabut kaki dibuatnya.
Beberapa minit kemudian pintu bilik Ecah dikuak.
"haih, mesti Adam...sebuk je dia ni. Ah, buat bodoh je lah" bisik hati Ecah
"Dah solat ?"kaki Ecah digoncang-goncang lembut.
"Ermmm..."gumam Ecah.
"Tak elok tidur waktu maghrib. Bangun-bangun. Pergi mandi " arah Adam.
"Ermm..." gumam Ecah lagi.
"Ish, budak ni degil betul."bisik Adam.Tiba-tiba muncul idea jahat dalam otaknya. Bibirnya tersenyum sinis.
"Sayang. Abang kira sampai tiga je. Kalau sayang abang ni tak bangun...nanti abang ter.."perlahan-lahan Adam, mengesotkan badannya mendekati Ecah yang terbaring .
Dengan sepantas kilat Ecah bangun. Matanya digosok-gosok. Kacau betullah !! Matanya tertangkap kepada sepasang mata yang betul-betul tengah merenung Ecah.
"Apahalnya ni ? Orang penat tau tak." Marah Ecah. Tangannya menolak lembut badan Adam supaya jauh sedikit darinya.
Adam menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Tak tidur rupanya. Tau lah awak tu penat tapi janganlah sampai tak solat. Allah marah tau " nasihat Adam
Ecah mengeluh. Haih, bab-bab ni yang lemah sikit ni.
"Yelah. I'm sorry encik suami. Huarghh" kata Ecah acuh tak acuh, lalu mengatur langkah untuk membersihkan diri.
"Good girl..."puji Adam . Rambut Ecah di gosok spontan.
Ecah mencebik. Berani betul dia rosakkan rambut kpop aku ni.
****************
"Kurang ajar...arghhhhhhhhh"pekik Faiz .
Menggeletar tubuh Nina mendengar pekikan Faiz yang datang dari ruang tamu. Apalah hal yang dimarahkan kali ni .
"Nina...ninaa..."jerit Faiz
Nina tersentak apabila namanya dipanggil. Jantungnya berdegup laju mendapatkan Faiz yang sedang duduk dengan mukanya yang bengis.
"Aku nak kau balik rumah mak ayah kau"kata Faiz
Nina terkejut. Dia mencubit pipinya berkali-kali. Sah!! Bukan mimpi... Faiz dah bertaubat ke ?
***************
"Ala, susah-susah Adam je pagi-pagi dah tolong ibu dekat dapur"kata Puan Zarina lembut.
Adam tersenyum. Tangannya ligat mengacau nasi goreng hasil tangannya itu.
"Bukan susah pon ,bu. Setakat nasi goreng apalah sangat. Kalau umi nak suruh Adam masakkan nasi briyani plus kambing pon bole..."kata Adam seraya mengangkat-angkatkan keningnya.
"Iyeke ? Kalau macam tu bolelah ibu merasa makan nasi briyani hari ni...hihi"usik Puan Zarina.
"Ahhh...harini tak bolelah ,bu. Esok ke lusa ke boleh kot...hehehe"balas Adam
Puan Zarina tersengih dengan keramahan menantu lelakinya itu. Patutlah Ecah suka sangat dengan si Adam ni.
"Baik tak yah buat langsung. Esoklah , lusalah, tulatlah...banyak benor alasanya. Tak retilah tu...bwekkk" sampuk Ecah . Lidahnya dijelirkan kepada Adam
"Eh, makcik awal bangun. Baik tak yah bangun. Huhh" perli Adam
"Sapa suruh tak kejutkan. Tup tup orang tu dah hilang je. Tu kalau orang poteh kata selfish "balas Ecah.
Terjengil mata Adam mendengar kata-kata isterinya itu. Aik ...patutnya isteri kejut suami bukan suami kejut isteri. Ini tidak adilll !!!
"Sudahlah tu. Tak baik gaduh depan rezeki .Ecah mintak maaf dekat Adam. "Kata Puan Zarina cuba meleraikan perang mukut diantara Ecah dan Adam.
"Tak nak . Tengok tv lagi best. Bwekkk"kata Ecah lantas angkat kaki dari dapur ke ruang tamu sebelum ibu marah.
"Oii...permohonan maafnya mana?" Tanya Adam
Puan Zarina hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Ornag baru kahwin sweet-sweet...ni tak baru je kahwin dah sour.
***************
"Cah...cah"
Ecah tersentak. Telinganya mengesan suara seseorang. Siapa pulak lah tu ?
"Cah.." suara itu memanggil lagi.
Aduh. Jadi seram pulak. Suaranya serak-serak tak berapa nak basah gitu. Ecah memalingkan wajahnya ke arah suara itu datang.
"Ayah." Ecah bangun mendapatkan ayahnya yang duduk di atas kerusi roda.
"Kenapa , yah?"tanya Ecah
Encik Azman memegang tangan Ecah erat. Airmatanya mengalir laju dipipi. Dia menyesal kerana tidak memberikan kasih sayang seadanya kepada anaknya yang sorang itu. Mujur Ecah sudah mula menerimanya semula.
"Aa...yah min...tak maa...af , Cahh" kata Encik Azman .
Ecah tersentak. Ah sudah, nak buat drama pulak dah.
"Apa ayah ni. Benda dah lepas tu dah lah. Ecah cuba maafkan ayah...tapi"kata-kata Ecah terhenti. Dia menahan airmatanya. Dia tidak mahu airmatanya jatuh dihadapan ayahnya.
Ecah melepaskan pegangan tangan ayahnya. Kakinya laju masuk ke dalam bilik. Peritnya hanya tuhan yang tahu.
Bambambammmmmm...
Selamat hari rayaaa aidiladha guysss
Lama tak tunggu ?
Sorry sangat2 yok...teman busy ingat nak update tapi tetiba tak de idea pulak...kohkohkoh
Harap2 korang suka lah ek.
Kalau tak best tu maaapp lah sangat.
Bab ni dah berkurun dalam wattpad ni...ohohoho
*terbanyak pulak taip*😆
Jangan lupa komen & vote okeng
YOU ARE READING
"OH ENCIK SUAMI" [HOLD]
Romance"Adam.."kata Ika Ecah mengangkat mukanya memandang tepat ke mata Ecah...die mengangkatkan keningnya... "Are you sure, Ika?"tanya Ecah serius Ika mengeluh panjang...degil kawannya ni... "Yes...two hundred percent sure...."balas Ika "Die buat apa deka...