BAB 25

3.2K 107 6
                                    


"Kau yakin ke nak balik hari ni?"tanya Lucy

Ecah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya....tangannya ligat melipat baju masuk ke dalam beg

"Tak payah balik lah ...nanti siapa nak teman aku?"pujuk Lucy

"Sorry lah Lucy...aku memang nak teman kau tapi aku tak sanggup nak seksa diri aku lagi"kata Ecah

"Ala...dia kisah silam kau kan"kata Lucy

Ecah berhenti mengemas bajunya...dia duduk di birai katil memandang wajah Lucy

"Dia bukan kisah silam aku , Lucy"kata Ecah

Lucy pelik

"Dia tak pernah terima aku"kata Ecah sayu

Lucy terkejut + keliru

"Memang aku suka dia...bukan setakat suka je tapi aku cintakan dia..tapi dia tak pernah terima aku dari dulu lagi"

"Tapi korang kawan kan...ermm , bukan kau kata dia pernah jadi anak murid kau kan masa sekolah dulu?"tanya Lucy

"Kawan?"kata Ecah

"Aku tak pasti dia anggap aku kawan dia ke apa?mungkin hubungan aku dengan dia lebih kepada bekas cikgu tuisyen dengan anak murid je"

"Ish..ish..ish..korang ni pening lah"kata Lucy , kepalanya digaru-garu

Ecah diam...dia yakin Adam tak kan pernah terima Ecah dalam hidup dia...baik bawa diri ni pulang ke Malaysia...Ecah sendiri takut dia tidak dapat menahan diri lagi...kehadiran lelaki bernama Adam Ashraff betul-betul mengelirukan hatinya kembali

"Suka hati kau lah...aku dah pening nak layan kau ni"kata Lucy pasrah

"Sorry Lucy"kata Ecah

Lucy tundukkan kepalanya...orang nak pergi jangan dihalang , mungkin itu lebih baik

"Kalau aku...aku tak kan sia-siakan peluang yang ada ni"kata Lucy seraya bangun dari tempat duduknya

Ecah tersentak

sia-sia?peluang?

"Mungkin ni lah masanya untuk kau buang title bekas kawan sekolah kepada bakal isteri"kata Lucy lagi ,dia kini sudah berada di depan pintu bilik mereka

Ecah diam

"Jangan cepat putus asa beb...tuhan tak kejam dengan kita"kata Lucy lagi

Ecah sekali lagi tersentak...ada betul kata-kata Lucy tu...Allah S.W.T tak pernah kejam dengan hambanya...tapi sebaliknya kita yang kejam sebab tak tunaikan perintahnya...Ya Allah , ampunkanlah hamba-Mu yang hina ini

**********************

"Okay...Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...hari ni saya nak bawa anda semua pergi Bukit Love "kata Adam

"Wahhh...macam best je.."kata Meen

"Mestilah best ...sini semua tempat best"kata Adam mesra

"Tapi panas sikit lah"sampuk Mona seraya mengipas-gipas mukanya

Adam mencebik...tu baru panas dekat dunia kalau dekat neraka lagi panas cik adik oiii...lagi satu , mana tak terasa panasanya kalau pakai baju pun tak cukup kain...dengan topi kembang + spek mata hitam tu..cehh diva lah konon tu

"Maafkan saya Encik Adam...nak tanya sikit boleh?"tanya Zita , spek matanya ditolak ke atas

"Ye saya...silakan"jawab Adam

"Bukit love tu dekat mana?jauh ke dari sini?"tanya Zita

"Ermm...jauh tu tak de lah jauh mana , dalam setengah jam boleh sampai...untuk pengetahuan semua , Bukit Love ni dekat Desa Karimunjawa Dusun Jatikerep "terang Adam

"OH ENCIK SUAMI" [HOLD]Where stories live. Discover now