Ceria semacam je , kak Ecah "tegur Nina yang sedang menyusun pinggan di atas meja makan.
Ecah senyum dengan pertanyaan Nina. Busybody betul dia ni , pelangkung dengan pinggan tu baru tahu.
"Mestilah kena ceria ceria. Kalau tak ceria , tu yang suka sibuk hal orang lain. Hee"kata Ecah seraya tersenyum menunjukkan sebaris giginya yang putih melepak itu.
Nina terdiam. Dia tersenyum pahit. Hatinya pedih dengan kata kata Ecah yang seakan-akan memerlinya itu. Nampaknya kakak iparnya itu belum kenal siapa Nina lagi. Sekarang senyum , esok esok menagis airmata darah dibuatnya.
"Duduklah dulu...biar Nina panggil abang Adam turun makan." Kata Nina.
"Eh eh...tak payah panggil abang Adam. Dia dah tido , lagipun dia ada pesan dekat akak tadi yang dia tak nak makan malam. Takut gemuk..."kata Ecah , tangan Nina dipegangnya...takut takut budak miang tu naik atas jumpa Adam.
Nina sekali lagi terdiam.
"Dan...akak pun tak rasa nak makan malam ni. Nina makanlah dengan mama abah. Biar akak panggilkan dorang. Okay"sambung Ecah
"Haa...okay"balas Nina mendatar.
Ecah tersenyum dapat kenakan Nina. Baru dia tahu siapa Ecah. Nak main main dengan laki orang , hadap mem besar ni dulu. Muahahhaa...
***********************
"Nah" Adam menghulurkan sekeping sampul surat kepada Ecah yang sedang ralit main game.
Ecah termangu-mangu .
"Apa ni ?"tanya Ecah keliru.
"Tengoklah dulu. Benda tu muktamad tau "kata Adam , dia mencapai tuala mandinya yang tergantung . Dia tersengih sebelum masuk ke dalam bilik mandi.
"Apa benda lah yang muktamad sangat...bagitau je lah."bebel Ecah , dia membuka sampul surat yabg diberikan oleh Adam dengan perasaan yang berdebar. Dibuatnya dalam sampul surat tu ada surat nak kahwin satu lagi...tak pon surat cerai. Ahh !! Macam macam yang bermain difikirannya.
"Bismillahhirahmannirahim..."
"..."
Ecah terdiam. Suspen apakah ini ??
"Tiket bulan madu ??" Kata Ecah seperti berbisik. Dalam diam dia tersengih.
Ting...telefon Ecah berbunyi menandakan ada mesej masuk
Setuju kan...😊 saya nak anak lelaki - Adam
Ecah tersengih membaca mesej Adam. Dia bangun lalu menuju ke arah bilik mandi. Bilik mandi itu diketuk...
"Nak mandi tu jangan bawa fone. Nanti masuk lubang jamban , susah"kata Ecah , dia tergelak kecil.
"Ai ai kapten !!"jerit Adam
Ecah mengeleng-gelengkan kepalanya. Adam sudah tergelak di dalam bilik mandi , mungkin dia sendiri fikir yang tingkah lakunya tadi lucu.
********************
"Bang..."tegur Puan Zarina . Dia memegang bahu suaminya yang dari tadi merenung ke arah tingkap bilik mereka . Suaminya memegang erat sekeping gambar .
"Tak ngantuk ke bang ? Dari tadi Ina tengok abang asyik termenung je. Dayana datang nak main dengan abang pon , abang buat tak layan."kata Puan Zarina
Encik Azman kaku. Hanya kelopak matanya yang berkedip dari tadi. Fikirannya melayang entah ke mana. Entah dia memikirkan keadaan dirinya ataupun orang sekelilingnya.
...
...
...Suasana malam itu tenang sekali. Mereka berdua melayan perasaan masing-masing. Encik Azman menghulurkan sehelai kertas kepada Puan Zarina. Kertas itu dicapai Puan Zarina , dia tersenyum melihat tulisan suaminya yang seperti cakar ayam itu dek kerana keadaan nya yang masih sukar untuk menulis.
Sayang...
Abang mungkin bukan suami yang sempurna , bukan juga ayah yang baik ...tapi abang minta Ina dapat menerima dan memaafkan abang. Semua yang berlaku ni berpunca dari kesilapan abang sendiri. Abang sesih tengok Ina yang kena tanggung kesilapam abang selama ni. Mungkin abang tak layak meminta semua ini ,tapi kalau kata abang dah tak ada nanti tolong doakan abang setiap hari , jangan lupakan abang . Dan abang harap hidup Ina selepas ketiadaan abang lebih ceria dan senang. Maafkan abang Ina...
Sekian ...
Suamimu yang berdosaPuan Zarina menoleh. Dia tidak dapat menahan sebak. Melihat suaminya saja boleh membuatkan hatinya luluh. Entah mana silapnya dia diduga begini. Kadang kala dia menyalahkan penciptanya di atas kesengsaraan ini namun...dia tahu Allah maha adil. Terdengar esakan halus Encik Azman. Airmatanya sudah mengalir membasahi pipinya yang semakin berkedut itu.
"Ina akan sentiasa ingat abang. Abang dah ada depan mata Ina pon dah cukup mengembirakan Ina."kata Puan Zarina
Encik Azman memejamkan matanya seketika. Dia menahan airmatanya.
"Sudahlah tu , bang. Kita tidur ye. Dah malam ni esokkan kita nak pegi tengok Dayana koir dekat sekolah. "Pujuk Puan Zarina. Dia tersenyum.Encik Azman mengangguk setuju.
********************
"Dah siap semua ?"Tanya Adam.
Ecah mengangguk. Dia sempat lagi membetulkan tudungnya yang dah senget benget masa angkat beg turun tangga tadi.
"Ala...mesti sunyi rumah ni kalau abang tak ada "kata Nina yang tiba-tiba tercongok depan pintu.
Ecah menjeling. Naik muak dia tengok si Nina tu. Gedik.
"Mama dengan abah kan ada"jawab Ecah dingin.
"Tapi kalau ada abang Adam lagi best...kan mama ?"kata Nina. Dia tersengih jahat.Puan Ina membalas dengan senyuman.
"Ha yelah...sunyi tak ada tempat nak bermanja kan?"kata Ecah . Suaranya mendatar. Cemburu lah tu ...
"Sudahlah tu. Bergaduh pulak kamu berdua ni. Haih, macam ada dua bini pulak kamu ni Adam "usik Encik Hafiz , dia dan Puan Ina tergelak kecil. Si Nina pulak tersipu-sipu malu...dah macam ulat bulu kena gegata pulak.
"Abah ni ada je lah."balas Adam lalu tersenyum malu.
Muka Ecah dah masam mencuka. Nak kena cepuk jugak si Adam ni sengih-sengih . Seronoklah tu !!! Minah ulat bulu ni pun kemain seronok lagi. Hishhh...
"Kalau Nina jadi isteri abang Adam , semua benda Ecah sediakan. Satu benda pun abang tak payah susah-susah. Bila abang pergi kerja semua dah siap. Tak payah bising-bising pagi-pagi.Amacam??" Kata Nina , seraya merangkul tangan Adam yang duduk sebelahnya saja.
"Ha , okay jugak tu. Lepas ni tak payah abang susah-susah nak kejut kak Ecah pagi-pagi...hee"usik Adam , dia tersengih.
Ecah yang berdiri disebelahnya mula terusik. Dia terasa dengan kata-kata Adam. Bukan dia tak tahu yang Ecah ni pun berkerja. Sekurang-kurangnya baju Adam tak pernah dia tak gosok. Setakat bangun pagi , pun nak berkira. Cakap depan mak ayah dia pulak tu. Selfish betul dia ni.
"Jomlah gerak sekarang. Nanti lambat pulak sampai...mama abah ,Ecah pegi dulu. Assalamualaikum."pamit Ecah lalu menyalam tangan mertuanya itu.
Wajahnya tiada senyuman. Pahit sepahit pahitnya. Mereka semua terdiam. Mama sempat mengusap-usap belakang Ecah supaya bersabar. Dia tahu kadang-kadang gurau Adam tidak boleh diterima oleh Ecah. Dia isteri jadi dia faham benar situasi seperti ini. Seusai bersalam dengan mama dan ayah , kakinya laju masuk ke dalam kereta. Dia ternampak mama memukul lembut lengan Adam. Yang si Adam pulak nampak macam rasa bersalah. Huh!! Dah cakap baru menyesal.
Yuhuu...
Apa habak semua ? Dah lama tak update citer ni. Ada yang baca lagi tak ni ?angkat kaki sikit
Sebenarnya author dah update semalam tapi dia macam tak update..jadinya author update sekali lagi..huhuhu
Tak harap lebih cuma harap kalian yang sudi baca cerita ni terhibur...
Dannn terima kasih dekat korang yang sudi baca😀
YOU ARE READING
"OH ENCIK SUAMI" [HOLD]
Romance"Adam.."kata Ika Ecah mengangkat mukanya memandang tepat ke mata Ecah...die mengangkatkan keningnya... "Are you sure, Ika?"tanya Ecah serius Ika mengeluh panjang...degil kawannya ni... "Yes...two hundred percent sure...."balas Ika "Die buat apa deka...