BAB 31

3.2K 99 13
                                    

"Uarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh" jerit Ecah sekuat hati

Dia mahu lepaskan semuanya hari ni. Biarlah orang sekeliling kata dia gile. Dorang tak tahu penderitaan dirinya. Dia menekup mukanya berkali-kali. Hatinya berbelah bahagi. Dia tak pasti sama ada dirinya gembira ataupun menyesal dengan tindakannya tadi. Tapi yang pasti hatinya kini sakit.

"Puas jerit ?"sapa satu suara

Ecah mengesat airmatanya lalu menoleh kebelakang.

"Awak siapa ?" Tanya Ecah. Dahinya berkerut melihat lelaki dihadapanya itu

Lelaki itu hanya tersenyum. Di berjalan menghampiri Ecah .

"Jangan dekat !!!" Kata Ecah. Dia mulai takut dengan kewujudan lelaki itu.

Lelaki itu berhenti lalu tersenyum sinis sambil membetulkan cermin mata hitamnya yang sudah jatuh ke hidung.

"Baik kau cakap kau nak apa ? Saya ada silat + taekwando tau"kata Ecah . Jantungnya sudah berdegup laju. Takut punya pasaiii

"Hoi, kau tak ingat aku ke ?"tanya lelaki itu

Ecah menggeleng laju. Ah tak ada masa nak ingat-ingat masa ni.

"Serius ah" kata lelaki itu

"Kau siapa ? Cakap je lah nama kau?" Kata Ecah geram. Lambat sangat nak reveal siapa diri tu sebenarnya. Dia ingat ni drama pukul 7. Debikk kang baru tahu.

"Ok lek lek. Ala kau ni gurau sikit pun tak boleh. Sama macam dulu. Sensitif sangat."balas lelaki itu

Ecah mencebik. Okay sekarang ni kau nak kata aku 'sensitif 'pulak. Ade yang kena hayun jugak jap gi.

"Hehe. Ni akulah Naim. Bestfried boyfriend kau dulu tu? "Kata Naim

"Huh ?? So??"tanya Ecah

Naim mengangkat kedua-dua belah bahunya.

Krik...krik...krik...

"Aku ingat nak buat surprise dekat kau. Tu je" kata Naim seraya tersengih-sengih

"Kau bukan penting pon. Serius tak terkejut"jawap Ecah selamba . Dengan rasa yang berat dia berjalan meninggalkan Naim keseorangan.

Naim terkejut dengan tindakan Ecah lalu mengejar Ecah yang jalan macam kura-kura tu. Mujur dapat kejar.

"Well kau tak nak tanya khabar aku ke ? Yelah, even kita tak rapat masa sekolah dulu tapi takkan kau tak de soalan nak tanya aku."kata Nakm becok

"Kau nak aku tanya apa ?" tanya Ecah lemah longlai

"Ermmm...ala soalan simple-simple je . Contohnya macam kau sihat ? Ke Sekarang kau buat apa ? "

"Oklah, sekarang kau buat apa?" Balas Ecah pasrah. Layankan jelah orang macam ni. Nanti tak buat nangis pulak.

"Hehe. Aku buat bisnes"jawap Naim

Ecah berhenti berjalan begitu juga dengan Naim.

"Kau tak sambung belajar ke? "tanya Ecah curiga

Naim menggeleng.

"Aku habis sekolah je terus belajar cara-cara nak uruskan bisnes family aku."jawab Naim

Oh ya !! Lupa pulak yang keluarga si Naim ni ada bisnes family. Kalau tak silap family dia ada syarikat tekstil .

"Untunglah"kata Ecah perlahan.

"Huh. Apa yang untungnya ? Bosan tau hari-hari kena tengok kain. Lepas tu kena check kualiti kain, pekerja tu belum masuk bab kewangan lagi. Huii serabut "rungut Naim

"OH ENCIK SUAMI" [HOLD]Where stories live. Discover now