BAB 44

891 22 0
                                    

"Sayang ...jom turun makan. Ibu  dengan papa datang tu. "Kata Adam.

Sejak balik dari hospital tempoh hari Ecah tak pernah keluar rumah. Dia asyik berkurung dalam bilik. Bila time makan pun kadang-kadang Adam yang hantar sampai bilik.

"Sayang..."panggil Adam lagi. Tangan Ecah disentuh.

"Jangan sentuh saya."kata Ecah

Adam tersentak. Apa pula lah masalah kali ini.

"Saya ada kanser. Mesti awak menyampah dekat saya" kata Ecah

Adam meraup wajahnya. Dia letih dengan semua masalah ini.

"Sayang , kanser bukan penyakit berjangkit. So ,don't worry ."kata Adam.

"Tak berjangkit...tapi"
"Awak boleh ceraikan saya. Saya mungkin tak boleh nak bagu zuriat untuk awak."

Adam terdiam. Dia menarik nafas. Dia bangun , berdiri membelakangi Ecah.

"Cinta abang pada Ecah tak pernah berubah apatah lagi hilang. Biar susah senang kita bersama. Itu janji abang" kata Adam lalu keluar dari bilik itu meninggalkan Ecah sendiri.
_________________________________
Setahun kemudian

"Abang"

Adam tersentak. Dia memandang  ke belakang. Kelihatan wajah Nina yang terpampang di matanya. Dia tersenyum.

"Kopi" kata Nina sambil menghulurkan secawan kopi hangat untuk Adam.

"Thanks"

"Sorang je. Kak Ecah mana?"soal Nina

"Dekat atas. Penat kot...tadikan dia ada appointment dengan doktor"kata Adam

"Alah, jumpa doktor pun penat sangat. Hari-hari asyik duk dalam bilik je. Ni dah masuk setahun dah bang, macam tak ada perubahan je" kata Nina. Dia saja mahu membakar hati Adam.

"Nak buat macam mana. Itu pilihan dia."balas Adam. 

"Hmm...kan bagus kalau abang kahwin je lagi satu. Ada jugak yang boleh jaga makan pakai abang. Kan"

Adam diam. Dia malas mahu memikirkan hal itu. Hampir setiap hari dia mendengar tawaran itu dari mulut Ecah sendiri. Sejujurnya, dia sendiri sudah terlalu letih dengan perjalanan hidupnya ini. 

"Abang sayang kak Ecah lagi"tanya Nina, dia mendekatkan jarak antara Adam dan dirinya. Badannya terlenggok-lenggok ketika mendekati Adam, pasti niatnya ingin mengoda Adam ketika itu.

"Kalau nak cerita pasal sayang tu memanglah sayang bang. Tapi cuba abang fikir, dia dah tak mampu nak layan abang. Nak bagi Anak pun dia tak mampu, bang. Nak bahagia macam mana?" Hasut Nina lagi. 

"Kalau macam tu kau kahwin dengan Adam..." satu suara yang lemah kedengaran. Sedikit demi sedikit bayang wanita berbaju biru kelihatan.

Adam dan Nina masing masing terkejut. 

"TAPI kau langkah mayat aku dulu. Kalau aku nak Adam kahwin sekali pun, wanita tu bukan kau  !."kata Ecah.

"Kadang aku tak faham...kenapa Adam yang kau nak. Jangan ingat aku tak tahu sejarah silam kau, Nina " ugut Ecah.

"Apa yang kau tahu pasal aku? Cukup cukuplah nak bohong dengan aku. Aku ni tak bodoh lagi"Jawab Nina. Suasana ketika itu agak tegang. Ecah dan Nina saling berpandangan, masing-masing berpeluk tubuh dan menjegilkan mata. Adam? dia terus memakukan diri. Dia sudah lali dengan keadaan ini. Solusi terbaik yang boleh difikirnya adalah angkat kaki dari situ.

"Abang ! kahwin dengan Lucy." Kata Ecah. Kali ni dia nekad. Biar Nina tahu siapa wanita yang layak berkahwin dengan Adam.

Adam terkejut. Dia tidak menjangkakan hal ini. Langkahnya kaku, wajah pucat Ecah ditenung lama.
_________________________________

"Aku dah cakap...perempuan tu takkan lepaskan suami dia untuk orang macam kau ni"

Nina menjeling lelaki yang duduk disebelahnya , Faiz.

"Kau tak payah sibuk hal aku. Sebab kaulah aku jadi macam ni. Menagih cinta dan sayang dari lelaki lain." Balas Nina

"Ye, aku salah. Aku tak patut paksa kau hancurkan rumah tangga dia orang. Tapi...aku dah berubah."

Nina mencebik. Dia menyampah. Sakit hatinya masih ada.

"Kau dah berubah? Jadi? Kau nak ajak aku berubah juga? Ke nak aku kembali dalam hidup kau?."soal Nina

Faiz tersenyum. Matanya memandang ke arah Nina yang dari tadi berpeluk tubuh. Dia dapat rasakan aura kemarahan di mata Nina.

"Kalau aku boleh putar balik masa dulu...memang aku tak kan ceraikan kau.

"Sesal kau tu cukuplah kau tanggung sorang. Aku? Biar aku dengan hidup aku. Lepasni kau jangan nak tegur aku macam ni. Aku tak suka." Kata Nina lalu dia beredar dari situ. Air matanya mengalir. Bukan dia tidak sayang dengan Faiz, namun dendam dan amarahnya pada lelaki itu lebih tinggi berbanding rasa kasih dan sayangnya. Dia juga teringin seperti wanita lain, di sayang dan bahagia disamping lelaki yang digelar SUAMI.

-----------------------------------------

"Lucy?"

Ecah menganggukkan kepalanya. Dia memang benar-benar mahu Adam bernikah dengan Lucy, teman rapatnya ketika di Universiti dulu. Ecah kenal benar dengan hati budi temannya itu. Hatinya menjadi lebih tekad mahu Adam menikahi Lucy, kerana ingin suaminya itu membantu Lucy mengenali dan mendalami Islam. 

"kenapa? Ecah dah tak sayang abang?" tanya Adam.

"sayang tapi tak bahagia, tak guna juga abang. Ada sebab Ecah nak abang kahwin dengan dia. Dia calon terbaik untuk jadi isteri dan madu Ecah. Lagipun dia muallaf dan perlukan bimbingan dari orang terdekat." balas Ecah. Dia memalingkan wajah ke arah jendela, sayu namun dia merasakan ini cara terbaik untuk membahagikan suaminya.

Adam mengeluh. 

"tak sangka tadir kita berdua macam ni. Abang ingat ada sinar bahagia untuk kita, tapi...abang redha. Kalau ini yang Aishah nak, abang tunaikan. Tapi sumpah, abang sayang Aishah sampai mati" kata Adam. Dia berlalu keluar, air matanya sudah tidak tertahan lagi. 

"Ecah pun, sayang abang sampai mati" bisik Ecah.

----------------------------------------------

Halu, setelah sekian lama tak update. Sorry ya reader reader sekalian. Actually, banyak benda yang berlaku dalam hidup author sepanjang 2 tahun tak update nih, yang pahit..manis semua ada. Nak putus asa pun ada ni, huhu. Aplikasi wattpad dalam smartphone pun author dah buang sebenarnya...hahaha. Tapi harini tiba-tiba rindu nak buka wattpad balik. Dah buka tu mulalah mengimbau kenangan zaman-zaman semangat nak update cerita ni.  Dan... terhasil lah Bab 44 ni. Author tak menjanjikan akan sentiasa update lepas ni, hehe tapi akan diusahakan sebaik mungkin ya teman teman. Apa-apa pun jangan lupa like dan teruskan support cerita ni. Thank you.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

"OH ENCIK SUAMI" [HOLD]Where stories live. Discover now