Eunji sedang bersandar pada kepala katil di dalam bilik tidurnya. Tangannya ligat menyumbat snek yang di'curi' dari dapur sambil matanya melekat pada skrin laptop. Sesekali dia ketawa. Sesekali dia terdiam tanpa sebarang suara. Dan sesekali juga dia menjerit macam orang gila. Snek masih lagi di sumbat masuk ke dalam mulutnya tanpa henti.
Ya, inilah rutin hariannya selepas dua bulan menamatkan zaman persekolahannya. Jujur dia kata, dia rindu akan suasana bersekolah. Pelajar-pelajar lelaki yang sering menjadi mangsanya, cikgu-cikgu yang menjengkelkan dan yang paling dia rindu ialah koridor di hadapan kelasnya. Ya, koridor itu sudah menjadi seperti kelasnya sendiri kerana selalu tiba lewat ke sekolah.
Siapa yang tidak kenal dengan Jung Eunji ? Pelajar perempuan yang sering ditahan di pintu pagar kerana masuk lewat dan sering juga didenda di dalam kelas. Tetapi, siapa juga yang percaya, pelajar pemalas sepertinya ini ialah salah seorang pelajar cemerlang dalam sekolahnya ? Tiada siapa yang percaya. Namun, itulah hakikatnya. Jadi silalah percaya !
Pintu biliknya di ketuk bertalu-talu membuatkan Eunji tersentak. Dia mula mendengus dan dia sudah tahu siapa manusia yang mengganggunya itu. Laptop diletakkan ke tepi dan bungkusan snek yang sudah kosong itu di buang ke dalam tong sampah. Dengan malas, dia mula menapak ke arah pintu biliknya. Tombol pintu dipulas dan muka comel Manse tersembul di muka pintu.
" Noona, omma suruh turun. Makanan dah siap. " ujar Manse dengan suara comelnya. Eunji hampir tercair dengan kecomelan dan kepetahan adiknya itu namun cepat-cepat dia menyedarkan dirinya daripada terus mencair.
" Nae, jom turun. " Eunji membalas seraya memaut bahu Manse dan turun ke bawah seiringan. Mereka berjalan terus ke ruang makan dan duduk di meja.
Eunji mencapai mangkuk nasi yang dihulurkan oleh Puan Jung dan terus memulakan sesi makannya. Manse juga menyuap nasi goreng yang sudah dihidangkan oleh Puan Jung tadi. Puan Jung duduk menghadap Eunji.
" Eun-ah, kamu taknak pergi cari kerja ke ? Asyik terperap je dalam bilik tu. Tak bosan ? " Puan Jung memulakan bicara. Eunji mendongak memandang Puan Jung.
" Tak. Alah, omma jelah kerja. Biar Eun jaga Manse. " Eunji tersengih sambil tangannya memeluk bahu Manse. Puan Jung hanya mampu menggelengkan kepala melihat anak perempuannya yang pemalas terlampau ini.
--
" Manse, nak ikut noona ? " tanya Eunji seraya melabuhkan punggungnya ke atas sofa di sebelah Manse. Manse mengalihkan pandangannya ke arah Eunji.
" Pergi mana ? " Manse menyoal. Eunji hanya tersengih dan terus menarik lengan Manse ke garaj kereta. Manse didudukkan di seat sebelah pemandu. Manse mencebik sambil tangannya disilangkan ke dada. Eunji sekadar tersengih sumbing melihat telatah Manse. Dia memang sengaja nak menghalangnya dari terus tonton cerita kartun yang sudah berulang kali ditayangkan itu.
Enjin kereta dihidupkan dan kereta yang dipandu Eunji itu mula meninggalkan perkarangan rumah. Manse disebelahnya masih lagi mencebik. Eunji tersenyum melihat telatah comel Manse itu. Eunji memusingkan stering keretanya untuk ke supermarket. Kereta diparkir dan mereka mula melangkah ke arah pintu utama supermarket itu.
" Manse-ah, macam biasa okay ? "Eunji memandang Manse di sisinya. Manse sekadar tersengih seraya menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Eunji melangkah menghampiri tempat-tempat troli diletakkan dan dia menarik keluar satu troli.
" Manse, khaja ! " ajak Eunji dan mereka mula melangkah masuk ke dalam supermarket itu. Eunji mengeluarkan telefonnya dari poket seluar dan mula membuka pesanan ringkas yang dihantar oleh Puan Jung tadi.
" Manse, kentang. " kata Eunji. Manse menganggukkan kepalanya dan terus berlari ke arah tempat kentang diletakkan. Eunji hanya mengikutnya dari belakang sambil menolak troli. Manse memasukkan satu plastik kentang ke dalam troli dan Eunji mengangkat ibu jarinya kepada Manse sebagai tanda 'good job'. Manse tersengih.
YOU ARE READING
[C] ❝ mingyu in love ❞
Fanfiction▫ Seventeen ▫ [ MIL ; SECRET MARRIAGED ] Cinta tidak selalunya indah. Eh, apa kaitan ? Cinta memang selalunya indah. Jung Eunji, seorang gadis yang baru sahaja menamatkan zaman sekolahnya dan telah berkahwin dengan seorang jejaka yang tidak dikenali...