[MIL] : FIVE

2.7K 265 39
                                    

Mingyu dan Eunji duduk menghadap di meja makan. Pandangan mereka dialihkan ke arah sepinggan makanan di hadapan mereka. Mingyu mendongakkan kepalanya, memandang Eunji.

" Apa benda ni ? " soal Mingyu keliru. Dia tidak pernah nampak makanan ni dan dia sendiri tidak tahu akan rasa makanan di hadapannya itu. Eunji menjongketkan bahunya.

" Molla. Jiran kita bagi. Tak silap aku, aunty tu orang Malaysia. And apa benda entah aunty tu cakap tadi. Kari .. eh, ce .. entahlah, aku tak ingat. " Eunji merengus. Mingyu mengangkat sebelah keningnya dan kembali merenung lama makanan itu.

Eunji mencapai satu ketul makanan itu. Mingyu memandangnya dengan pandangan orang baru nampak hantu. Tersembul gigi taring menggodanya.

" Kau nak makan benda ni ? " Mingyu bertanya, inginkan kepastian. Eunji memandangnya dengan pandangan pelik.

" Wae ? Bukan mati pun. " sebaik sahaja Eunji menghabiskan kata-katanya, makanan itu disuap ke dalam mulut. Mingyu sekadar merenung Eunji dengan penuh perasaan. Terliur juga apabila melihat Eunji makan benda tu.

Tiba-tiba Eunji memegang lehernya dan matanya dibeliakkan. Mingyu mula panik.

" Wae ? Wae ? " soal Mingyu kalut. Tangan kanan Eunji masih melekat pada lehernya. Dia menunjukkan ke arah botol air. Mingyu yang faham terus mencapai botol itu dan airnya dituang ke dalam gelas. Eunji mencapai kasar gelas itu dan airnya diteguk rakus. Mingyu menelan liur. Panik ada, gerun pun ada. Panik sebab Eunji tiba-tiba berkelakuan seperti itu, dan dia gerun melihat Eunji yang kehausan tahap orang duduk dekat gurun tanpa setitis air. Eunji menghela nafas lega.

" Kau kenapa do tadi ? " Mingyu mula bertanya apabila keadaan Eunji sudah pulih.

" Kenapa apa ? Aku haus je pun. " ujar Eunji dengan selamba badaknya. Selang beberapa saat, dia tergelak mengejek. Yalah, mana tak gelak bila terlihat reaksi kalut Mingyu tadi. Sebenarnya dia sengaja nak kenakan Mingyu. Mingyu mengecilkan matanya tanda menyampah.

" Blah lah kau. " rengus Mingyu. Eunji yang masih ketawa menghulurkan seketul makanan itu kepada Mingyu.

" Kau rasa lah. Sedap. " Mingyu memandang Eunji sekilas, kemudian makanan itu diambil dan disuapkan ke dalam mulut. Dia membuang semula makanan itu ke atas meja dan mukanya mula berubah.

" Ada kentang ke dalam ni ? " soal Mingyu dengan suara yang sedikit menurun. Dahinya dikerutkan. Eunji memandangnya pelik.

" Macam ada. Wae ? " mata Mingyu terbeliak tatkala mendengar kata-kata Eunji. Makanan yang baru digigit sedikit itu diletak semula ke dalam pinggan.

" Aku .. aku alah dengan kentang. " beritahunya dan tidak semena-mena, kepalanya terlentok di atas meja makan. Matanya tertutup rapat. Eunji mengerutkan dahinya.

" Ada jugak eh orang alah dengan kentang ? " sindir Eunji. Dia mengetuk kepala Mingyu.

" Dahlah, tak payah nak balas dendam sangat. " ujar Eunji tanpa perasaan. Makanan itu disuapkan ke dalam mulutnya. Dia mengintai Mingyu masih diam tanpa suara. Eunji mula risau. Telinga Mingyu ditarik.

" Mingyu-ah .. " panggilnya. Dia panik apabila Mingyu hanya diam tatkala dia memanggilnya. Dia bangun dan berjalan menghampiri Mingyu. Bahu Mingyu digoncang kasar.

" Mingyu-ah, bangunlah ! Jangan main-main. " serunya. Mingyu masih diam. Tubuhnya kaku, langsung tidak bergerak. Eunji menumbuk-numbuk bahu Mingyu.

" Mingyu, bangunlah ! Jangan tinggal aku ! " suaranya mula menurun, resah. Dia mencapai telefonnya dan tangannya ligat menaip sesuatu di atas papan kekunci.

Tiba-tiba, Mingyu tergelak. Eunji menghentikan perlakuannya dan telefonnya kembali diletakkan di atas meja makan. Mingyu mengangkat kepalanya memandang Eunji. Rambutnya yang sedikit serabai dikerjakan Eunji tadi hanya dibiarkan. Eunji membuat muka cemberut.

[C] ❝ mingyu in love ❞Where stories live. Discover now