Mingyu menghirup perlahan kopi panasnya sambil memerhati gelagat dua manusia yang dari tadi tidak berhenti berborak. Tak kering ke air liur?
" Kau duduk mana sekarang? " Eunji menaikkan sebelah keningnya sambil memandang tepat ke muka Jimin. Mingyu yang dari tadi memerhatikannya langsung tidak diendahkan.
" Ah, aku tinggal dengan omma aku lah. Kenapa? Nak datang melawat ke? Ha datanglah. Pintu rumahku sentiasa tertutup untukmu. " Jimin ketawa mengejek. Eunji membuat muka tenuk dan lengan sasa Jimin ditumbuk kasar. Jimin tergelak kecil sambil mengusap lengannya yang sedikit pedih.
" Kau free tak harini? " Jimin menyoal. Eunji terdiam sejenak lalu menoleh ke arah Mingyu di sisinya.
" Ah, geureom. Waeyo? " Jimin tersenyum penuh teruja.
" Teman aku jalan-jalan. Nak? " Jimin menaikkan keningnya berulang kali. Eunji mengalihkan semula pandangannya ke arah Mingyu.
" Kau balik dengan Changkyun je eh? Aku nak teman Jimin. " Keningnya diangkat kemudian tersenyum kecil ke arah Mingyu.
" Tapi- " belum sempat Mingyu menghabiskan kata-katanya, Eunji dan Jimin sudahpun berdiri.
" Kitorang pergi dulu. Annyeong ! " Eunji dan Jimin mula berjalan seiringan ke pintu utama cafe tersebut. Mingyu hanya memerhati mereka sehingga bayangan mereka hilang dari pandangan.
Hyojung yang perasan dengan sikap Mingyu yang kurang bercakap sejak mereka tiba di cafe tadi mula menegur.
" Mingyu-ssi, gwaenchana? " soalnya. Mingyu yang sedikit tersentak terus mengalihkan pandangannya ke arah Hyojung.
" Eo? Ah nae, gwaenchana. " Mingyu tersenyum kecil.
--
Eunji menekan-nekan butang pada permainan itu dengan penuh teruja. Dia menepuk tangannya sambil tergelak kecil.
" Yes ! Aku menang lagi. " sorak Eunji sambil mengusap rambut Jimin yang sudahpun mencebik.
" Kau expert game ni, bolehlah cakap. " Jimin mula bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari pusat permainan tersebut. Eunji tergelak kecil lalu berlari anak mengejar Jimin.
" Alah, chill la bruh. " lengannya dilagakan dengan lengan sasa Jimin sementara Jimin mengeluh kecil.
" Kau tak bagitahu pun yang laki kau tu idol? " Jimin membuat muka tenuk. Taguna betul Eunji ini. Eunji menoleh ke sisi, memandang tepat ke wajah manis kawan merangkap sepupunya sendiri itu.
" Eo? Ah, aku ingatkan kau dah tahu. Hensem kan dia? " Eunji tersengih sumbing. Jimin turut mengangguk, mengiakan.
" Aku nak je mintak autograph dia tadi, tapi .. malu. " Jimin menutup matanya dengan kedua tapak tangan. Eunji menaikkan hujung mulutnya tanda geli melihat perilaku gedik Jimin itu.
" Kalau kau nak, aku boleh mintakkan. " Mata Jimin terus bersinar. Badannya dipusingkan ke arah Eunji dan lengan Eunji digenggam erat.
" Jinjjayo? Kau boleh mintakkan? Auw, you're such a good cousin, evah. " Jimin acah-acah memuncungkan mulutnya di hadapan Eunji.
Eunji menolak ke belakang badan Jimin seraya mendengus, " Geli lah gila. " Jimin hanya menggaru belakang tengkuknya sambil tersengih.
" Anyway, dia tahu yang kita ni cousin? " Jimin menyoal. Eunji sekadar menggelengkan kepalanya. Mata Jimin terbuntang luas.
" WHAT THE- kenapa kau tak bagitahu? Nanti dia fikir bukan-bukan pulak. " kepala Eunji diluku perlahan sementara Eunji sekadar tersengih sumbing.
" Chill, dia okay. "
--
Mingyu memandu keretanya dengan penuh cermat. Changkyun yang setia duduk di tempat sebelah pemandu mengalihkan pandangannya ke arah Mingyu yang kelihatan muram dari tadi.
" Hyung, gwaenchana? " Changkyun menyoal, prihatin. Mingyu menoleh sekilas ke arah Changkyun di sisi sebelum kembali fokus ke hadapan.
" Hyung okay lah. Waeyo? " Mingyu pula menyoal, hairan. Tadi di cafe, Hyojung turut bertanyakan yang sama dan kini, Changkyun pula.
Changkyun menggeleng kecil seraya berkata, " Aniya. Hyung nampak monyok dari tadi. Tu yang saya tanya. Betul hyung okay? "
Mingyu menganggukkan kepala, mengiakan. Keadaan di dalam kereta kembali sepi, hanya lagu dendangan Monsta X - Honestly yang kedengaran dari corong radio.
" Hm .. Changkyun-ah .. "
Changkyun menoleh memandang Mingyu, " Nae? "
" Jimin tu memang rapat dengan Eunji eh? " Mingyu bertanya perlahan. Changkyun mengalihkan pandangannya ke hadapan, melihat kereta-kereta yang turut menggunakan jalan yang sama untuk ke destinasi.
" Haah. Yang saya tahu, dulu diorang selalu gaduh, macam anjing dengan kucing. Tapi lepastu, mesti okay balik. " cerita Changkyun. Mingyu sekadar mengangguk faham.
Patutlah ..
--
TO BE CONTINUE
so, hye heuheu. Sorry sebab part ni sedikit pendek, maafkan saya huhu. Nanti saya buat double update, okay? Tapi tak janji lah lel
Today is Lee Chan's birthday woot woot
Dino ; hadiah mana hadiah?
Me ; auw sorry la. Hadiah hilang.
Dino ; kejam T.T dah lah Dino yang comel lagi kebaboom ni tak banyak muncul dalam ff ni sobs
Me ; hek eleh, ni ff mingyu bukannya ff kau. Ff kau tu ha, dinomon tu. Tak cukup lagi?
Dino ; saya redha T^T
Okay, apabila syafiqa merapu ^ sorry heuheu. So, please wait for my next part ha ily
11th February ; Lee Chan's birthday ♡
17th February ; my birthday, eh hahahaha wish lah lol
YOU ARE READING
[C] ❝ mingyu in love ❞
Fanfiction▫ Seventeen ▫ [ MIL ; SECRET MARRIAGED ] Cinta tidak selalunya indah. Eh, apa kaitan ? Cinta memang selalunya indah. Jung Eunji, seorang gadis yang baru sahaja menamatkan zaman sekolahnya dan telah berkahwin dengan seorang jejaka yang tidak dikenali...