[MIL] : TWELVE

2.2K 238 33
                                    

Eunji duduk kaku di sisi Mingyu sambil memerhati wajah setiap member Seventeen yang turut memandang ke arahnya. Hoshi dan DK yang sememangnya terkenal dengan mulut becoknya turut terdiam. Entah kenapa suasana di ruang tamu menjadi sepi. Scoups menggaru belakang tengkuknya.

" Kenapa senyap sangat ni? Korang okay ke? " Scoups mula memecahkan kesunyian yang sudah menyelubungi mereka sejak seminit yang lalu. Eunji menyiku Mingyu di sisinya.

" Korang memang senyap macamni ke dekat dorm? " bisik Eunji.

" Aniya.. kitorang lah manusia paling kecoh dekat kawasan tu, kalau kau nak tahu. " Mingyu melihat sekeliling.

" Tapi tak tahulah kenapa, harini diorang macam salah ambil ubat. Dah insaf kut. " sambung Mingyu lagi. Eunji membuat muka hairan dan kembali melihat ke hadapan.

--

" Yah, Eunji-ah. Palli ! " sorak Seungkwan dengan penuh teruja. Eunji mengangkat tangan kanannya ke hadapan muka Seungkwan.

" Sabar, sabar. " Eunji cuba menenangkan. Botol plastik itu kembali berpusing bagi mencari mangsa seterusnya.

Sejak sepuluh minit yang lalu, suasana sepi bertukar riuh setelah Hoshi tersedar dari kesan 'ubat' yang diambilnya. Entah ubat apa yang diambil mereka, Eunji sendiri tidak tahu. Permainan Truth or Dare ini sudah semestinya idea dari otak bernas si mata 10:10 itu.

" Yes ! " bagai sudah lama kenal, Eunji bersorak teruja. Wonwoo mengeluh. Penutup botol plastik itu berhenti tepat di hadapannya. Apalah nasib.

" Truth or dare? " soal Jun. Wonwoo menoleh ke arah Mingyu sekilas sebelum menjawab, " Truth. "

Eunji tersenyum sinis. Tapak tangannya digosok berulang kali. Sudah lama dia simpan soalan ini dan hanya tunggu masa untuk diajukan. Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba !

" Kau pilih aku or Eunji? " belum sempat Eunji mengajukan soalannya, seseorang telah terlebih dahulu memintas. Eunji menoleh ke kiri dan muka Mingyu direnung tajam. Kurang asam punya Mingyu.

" Soalan apa kau tanya ni..? Eish. " Wonwoo mendengus. Mingyu mengangkat keningnya berulang kali.

" Jawab jelah, hak alah. " Woozi mula menyampuk. Wonwoo mengalihkan pandangannya ke arah Eunji.

" Sorry, Eunji. Tapi oppa pilih Mingyu. " jawab Wonwoo, jujur? Ya, mungkin jujur. Eunji hanya tersenyum sinis. Walaupun soalannya tidak dapat diajukan, namun dia pasti, jawapannya adalah sama dengan soalan yang hendak diajukannya tadi.

Mingyu menekup mulutnya menahan 'gelak terharu'nya tatkala mendengar jawapan Wonwoo itu. Wonwoo mencapai botol plastik di hadapannya dan memusingkan botol tersebut.

Botol itu berpusing dan terus berpusing. Semua mata tekun memerhati pergerakan botol itu.

" Aha ! " Dino bersorak keriangan sambil menepuk-nepuk tangannya. Vernon mengeluh kecil.

" Truth or dare? " soal The8. Vernon mengurut dagunya seperti sedang berfikir. Kalau dia pilih truth, entah soalan apalah yang mereka akan tanya. Kalau dia pilih dare pula, takut-takut dikenakan denda yang bukan-bukan. Vernon dalam dilemma.

" Yah, palli ! " rungut Jeonghan. Vernon tersentak dan belakang tengkuknya digaru.

" Em.. dare? " jawabnya kurang pasti. Dino sudahpun tersenyum sinis.

" Aku dare kau pakai baju perempuan sambil dance lagu Apink sunbae-nim Nonono. Keol? " Dino tergelak sinis. Mata Eunji terbeliak tatkala mendengar denda kejam dari si maknae. Hoshi menepuk kasar bahu Dino.

" Good job. Na dongsaeng-ie ah. " puji Hoshi. Vernon menghadiahkan muka tenuk lepas beraknya kepada Dino.

" What the hell tho .. " Vernon mula merungut. Menyesal pula kerana memilih untuk di denda tadi.

" Watch your mouth, man. " Joshua memberi amaran. Vernon sekadar buat tak endah dan jelingan maut dihadiahkan kepada Joshua kemudian Dino.

" Tapi mana ada baju perempuan. So, tak payah pakai baju perempuan lah, kan? " baru teringat akan ketiadaan baju perempuan di situ, Vernon menghela nafas lega.

Namun, pernyataan Vernon itu ditidakkan oleh Dino. Dia menggelengkan kepalanya dengan jari telunjuk yang turut digerakkan.

" Nonono. Eunji noona kan perempuan. So, no excuses, Hansol-ssi. " Dino tersenyum kecil. Pandangannya dialihkan ke arah Eunji.

" Noona, nak pinjam baju boleh? " soal Dino lembut dengan senyuman manis yang terukir dibibir mungilnya. Eunji bagaikan terpaku seketika.

Belum sempat Eunji menjawab, Mingyu sudah terlebih dahulu mencelah.

" Budak ni mana ada baju perempuan. Semua baju dia lebih kurang macam kita je. Dia tak pandang blouse semua tu. " beritahu Mingyu. Eunji mengetap bibir sebelum menjeling tajam ke arah Mingyu yang sedang memandangnya dengan muka tidak bersalah.

" Aku ada lah blouse semua tu. Cuma aku tak suka pakai. Dino khaja, kita pergi pilih baju. " Eunji mula bangun dan menapak ke biliknya. Dino turut bangun dari duduknya kemudian menarik lengan Vernon untuk mengikutnya. Mereka bertiga mula menyelongkar almari bagi mencari baju yang sesuai untuk si Vernon.

" Eunji tu cantik, kan? " Hoshi menyoal pendapat DK tentang Eunji yang merangkap 'sepupu' kepada Mingyu itu. DK mengangguk laju.

" Yea, cantik gila. " pandangannya dialihkan pula ke arah Mingyu.

" Mingyu-ah, Eunji tu dah ada namchin ke? Kalau takde, aku still ada chance lah kan? " DK tersengih sendiri. Hoshi disebelahnya pantas menyiku kasar lengan DK.

" No way, man. She's mine. " Hoshi merenung tajam ke dalam mata DK sementara Mingyu menggulingkan bebola matanya.

" Dia dah ada namchin. " beritahu Mingyu senada.

Perebutan Hoshi dan DK tadi terhenti serta merta. Semua mata memandang ke arah Mingyu, meminta penjelasan.

" Nugu? " soal Scoups yang turut ingin tahu. Mingyu menjongketkan bahunya.

" Molla. Tapi dia kata namchin dia tu tinggi, hensem pun boleh tahan. Lepastu dia cakap lagi, yang namchin dia tu .. " Mingyu terdiam seketika sebelum menyambung dalam nada separuh berbisik, " .. sekshi. "

Hoshi dan DK menggenggam bajunya pada bahagian dada, dan meraung bersama.

" Andwae ! Kita terlepas ! " raung mereka. Mingyu sekadar tergelak mengejek melihat reaksi gedik Hoshi dan DK itu.

--

Nanananana nonono ~
Nanananana nonono ~

Walaupun malu, Vernon tetap melaksanakan dendanya. Eunji dan Dino tidak berhenti mentertawakan Vernon si badut.

Gaun merah jambu paras lutut, headband merah jambu, blusher merah jambu, gincu merah jambu pekat. Semuanya merah jambu dan siapa lagi kalau bukan Eunji dan Dino punya kerja.

" Daebaklah korang. " puji Jun dengan sisa tawanya. Dino tersenyum bangga dan Eunji turut mengikut senyuman bangga yang diukir dibibir Dino.

Vernon berlari semula ke dalam bilik Eunji dan pintu bilik dihempas kuat. Habis jatuh maruahnya di hadapan Eunji. Mujurlah cuma Eunji seorang.

--

TO BE CONTINUE

sorry for my late published :') im busy this day urgh. nevermind, and sorry again sebab chapter ni sumpah hambar gila. maafin saya ;')

CONGRATS TO SVT OPPA FOR THE ROOKIES AWARD ♥ IM SO TERHARU AF T^T #세븐틴신인상축하해

[C] ❝ mingyu in love ❞Where stories live. Discover now