[MIL] : TWENTY-TWO

2.8K 240 47
                                    

Eunji meletakkan secawan milo panas di atas meja kecil di ruang tamu. Mingyu membetulkan duduknya apabila kaki panjangnya ditolak ke bawah oleh Eunji. Mingyu memandang cawan milo panas di atas meja dan cawan milo panas di tangan Eunji silih berganti.

" Fuh! Tamak. Air sampai dua. " perlinya. Eunji menaikkan kening kanan sambil menghirup perlahan milo panasnya.

" Tu kau punya lah. Taknak ke? Taknak takpe, biar aku habiskan. " baru sahaja Eunji mahu mencapai cawan di atas meja, Mingyu cepat-cepat menghalang. Lengan putih Eunji ditolak perlahan.

" Gomawo. " ujar Mingyu kemudian menghirup milo panasnya sambil mengerling sekilas ke arah Eunji, Eunji tersenyum kecil.

" Kenapa kau bagitahu diaorang? " soal Eunji. Yelah, pelik juga. Dulu bukan main lagi suruh rahsiakan, tapi sekarang dia juga yang bocorkan. Mingyu menghirup milo panasnya perlahan-lahan sebelum berpaling ke arah Eunji di sisi.

" Kalau aku tak bagitahu pun diaorang akan tahu jugak. " Mingyu membalas. Eunji mengangguk kecil, mengiakan apa yang Mingyu katakan tadi. Member Seventeen yang lain tu memang penuh dengan misteri, ada je yang mereka kaji selidik.

Eunji meletakkan cawannya di atas meja kemudian menepuk paha Mingyu, membuatkan sebelah kening Mingyu terangkat.

" Aku baring eh? " Eunji meminta izin dengan sengihan di bibir. Mingyu menggeleng, membuatkan Eunji mencebik. Dia kembali duduk bersandar pada sofa sambil memeluk tubuh. Mingyu tergelak kecil.

" Yelah, yelah. Baringlah. " Mingyu menarik bahu Eunji lalu meletakkan kepala Eunji dia atas pahanya. Eunji terkekek halus. Mingyu bermain dengan rambut Eunji yang dibiarkan terlepas.

" Eunji-ah, memandangkan semua orang dah tahu yang kita ni dah married, apa kata kita mulakan balik? " Mingyu menyoal. Eunji mendongak memandang wajah manis Mingyu yang sedang tersenyum ke arahnya.

" Mulakan balik? Maksudnya? " si naif Eunji menyoal. Mingyu tergelak kecil seraya mencuit hidung Eunji.

" Malam ni, kita tidur dalam bilik aku. " Mingyu tersenyum nakal. Eunji yang mula faham dengan apa yang Mingyu cuba sampaikan mula menggigit bibir. Pipi gebu Mingyu dicubit perlahan.

" Byuntae .. " Eunji membalas. Mingyu tersenyum lalu mendekatkan mukanya dengan muka Eunji, Eunji terdiam.

Ccup!

Ciuman dua saat dari Mingyu tadi benar-benar membuatkan Eunji terkaku. Tangannya segera menekup mulutnya. Teringat kembali ciuman yang pernah diberikan oleh Mingyu semasa dalam mimpi tempoh hari. Dan kini, ianya benar-benar terjadi. Omaigad!

--

Mingyu menghampiri Doogi PD yang sedang duduk di sudut Practice Room itu. Bahu Doogi PD dicuit kemudian Mingyu mendekatkan mulutnya ke telinga Doogi PD.

" Hyung, nak on Twitter kejap. " pinta Mingyu. Doogi PD menyerahkan telefon kepada Mingyu, membuatkan Mingyu tersenyum.

" Gomawo. "

Mingyu menghenyakkan punggungnya di atas sofa di dalam bilik itu lalu aplikasi Twitter mula dibuka.

세븐틴 ( SEVENTEEN )
@pledis_17

[민규] I'm married!

( photo )

Mingyu tersenyum kecil. Gambarnya dan Eunji yang baru sahaja dipost tadi ditenung lama. Wajah manis Eunji di gambar itu membuatkan senyumannya semakin melebar.

Komen-komen daripada peminatnya dibaca sepintas lalu.

@mingyuslave
OPPA CHUKAHAE ! (ಥ_ಥ)

@meanieforever
poor wonwoo oppa ~

@gyugyu_0604
your wife is so pretty!

Sengihannya melebar tatkala membaca komen-komen dari peminatnya. Tangannya mula menari-nari di atas papan kekunci.

세븐틴 ( SEVENTEEN )
@pledis_17

[민규] Thankyou for the support, carats. I LOVE YOU! ♡

--

2 years later ..

" Junu-yah! " Eunji meneroka setiap perosok rumahnya, mencari anak lelakinya yang hilang entah ke mana.

" Kim Junu! " Eunji memanggil lagi, namun masih tiada sahutan. Tombol pintu biliknya dan Mingyu dipulas, lalu sebuah senyuman terukir dibibirnya.

Junu sedang tidur di sisi Mingyu dengan berbantalkan lengan sasa appanya. Patutlah senyap je, rupanya dah tertidur.

Eunji berjalan mendekati katilnya. Pipi gebu Junu dicium lembut lalu anak matanya jatuh pada Mingyu yang turut terlena. Rambut Mingyu diusap lembut, pipi Mingyu dikucup perlahan.

" I love you! " Eunji tersentak tatkala Mingyu tiba-tiba sahaja bersuara. Eunji tergelak kecil lalu lengan Mingyu dipukul manja.

--

Selama 3 tahun kami menjalinkan hubungan suami isteri, terlalu banyak drama yang kami telah lalui. Ada kalanya manis dan pahit. Peristiwa aku merajuk dengan Eunji sebab Jimin dulu pun masih segar dalam ingatan.

Kini, kami still gaduh tapi gaduh-gaduh manjalah. Junu pun dah semakin membesar. Jadi tak baiklah gaduh depan anak, kan?

Siapa kata Eunji si gadis brutal yang dulunya aku anggap ketinggalan zaman sebab tak kenal Seventeen, tak boleh jatuh cinta? Kini terbukti yang dia cintakan aku. Well, semua orang mesti cair bila tengok aku yang seksi lagi menggoda ni.

Mingyu In Love and always in love with Eunji! Eunji, Junu, saranghaeyo!

--

THE END

Alhamdulillah habis jugak ff ni T^T thankyou to my lovely saengie qtpie cewah, yoon-bingsu sebab sudi sedekahkan idea haha. sememangnya syafiqa tak reti tulis ending.

thankyou for uolls yang support ff ni till the end even makin merapu sebenarnya. and sorry if ending ni tak menepati cita rasa korang hahak.

nak season2 tak? HAHAHHA NO WAY! malas nak buat.

yoreobun, saranghaeyo! again, thankyou for supporting Mingyu In Love. Yeah, Mingyu loves you ♡

[C] ❝ mingyu in love ❞Where stories live. Discover now