" I'm home ! " Eunji berteriak kecil sambil menyusun kasut yang digunanya tadi ke atas rak kasut. Kakinya dihayun terus ke ruang tamu, di mana Mingyu sedang bersantai sambil menonton televisyen.
" Annyeong, Mingu .. " lengannya dilagakan dengan lengan sasa Mingyu sebaik sahaja punggungnya selamat dilabuhkan di atas sofa empuk itu. Mingyu tidak mengendahkan Eunji dan matanya masih difokuskan ke arah skrin televisyen.
Sebelah kening Eunji terangkat. Dia duduk menghadap Mingyu yang langsung tidak memandangnya.
" Yah ! Wae irae? " Eunji menyoal dengan cebikan. Lengan sasa Mingyu digoncang perlahan bagi menarik perhatian si suami.
Eunji sedikit tersentak tatkala Mingyu tiba-tiba sahaja berdiri sambil menunduk memandang Eunji. Sebelah kening Eunji terangkat sedikit, hairan dengan perilaku Mingyu pada malam itu.
" Ak-aku .. mengantuk .. " Mingyu berkata perlahan dan terus mengatur langkah untuk ke biliknya.
" Tapi aku ada belikan kau vanilla latte. " beritahu Eunji yang masih statik ditempatnya duduk tadi. Langkah Mingyu terhenti.
Tanpa menoleh ke arah Eunji, dia berkata, " Ak-aku .. tak suka vanilla latte. " Sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, dia kembali melangkah ke arah biliknya.
Eunji terdiam sejenak. Pelbagai persoalan yang bermain dimindanya.
First, sejak bila Mingyu tak suka vanilla latte? Setahunya, vanilla latte adalah antara minuman kegemarannya. Atau Eunji yang salah tafsir?
Second, kenapa Mingyu pelik malam ni? Dia tak pernah bersikap dingin macam ni walaupun Eunji ini sedikit menyakitkan hati. Adakah Mingyu sakit?
And lastly, sejak bila Mingyu gagap? Eunji perasan, semasa dia bercakap tadi, suaranya terlalu perlahan mengalahkan perempuan ayu dan perkataan yang keluar dari mulutnya tersekat-sekat. Dia kena sumpah ke?
Eunji melempang kasar pipinya sehingga meninggalkan kesan pada pipi putihnya. Dia bangun dari sofa dan menapak ke arah bilik Mingyu.
Dia kini berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik si suami. Mahu diketuk, takut mengganggu pula. Jadi, dia ambil kesempatan untuk masuk terus ke biliknya. Memandangkan dia juga sudah penat melayan kerenah Jimin yang mengada-ngada itu seharian.
--
Mingyu tersedar dari tidur sekejapnya apabila perutnya mula berkeroncong kuat. Ya, dia lupa yang dia belum makan malam.
Dia mula bangun dari katil dan berjalan ke pintu biliknya dengan mata separuh sedar. Tombol pintu dipulas dan kakinya tiba-tiba berhenti tatkala terlihat satu cawan vanilla latte di atas meja bulat di antara biliknya dan Eunji. Dia tersenyum pendek sebelum menghela nafas berat.
" Kenapalah kau ni dungu sangat, Eunji? " dia menggeleng kecil sebelum mencapai cawan itu lalu melangkah ke ruang dapur.
--
" Kau nak pergi mana? " Eunji yang ternampak susuk tubuh Mingyu yang sedang berjalan keluar biliknya mula menegur. Bahu Mingyu sedikit terhinjut akibat disergah pagi-pagi begini.
" Buang tebiat apa kau bangun awal pagi ni? Matahari belum tegak lagi. " perli Mingyu sementara Eunji memuncungkan mulutnya. Dia menghampiri Mingyu yang sedang menuang air ke dalam cawan di ruang dapur.
" Aku nak ikut kau pergi dorm boleh? " Eunji tersengih. Mingyu menghabiskan tegukan terakhirnya lalu meletakkan cawan itu ke dalam sinki.
" Tak boleh. " jawab Mingyu pendek. Eunji sedikit tersentak. Mingyu tidak pernah se-strict begini sebelum ni.
" Tapi aku- " belum sempat Eunji menghabiskan kata-katanya, Mingyu sudah terlebih dahulu mengangkat kaki ke arah pintu utama kondo mereka. Eunji tersentak lagi. Mingyu tidak pernah melayannya begitu.
" Kenapa dengan dia? " Eunji bermonolog sendiri. Mindanya sedaya upaya mencari punca kesalahannya yang menyebabkan Mingyu berubah sekelip mata.
Jimin.
Nama sepupu kesayangan itu mula bermain di minda. Adakah sebab Jimin, Mingyu berubah?
" Mingyu-ah, please dont do this to me .. " Eunji menyembamkan mukanya ke atas permukaan meja makan. Wajah ceria Mingyu yang dulu mula bermain di minda. Setiap senyuman manis itu, Eunji rindukannya.
--
" Kim Mingyu ahjusshi ! Focus please ! " arah Hoshi. Masuk kali ini, sudah sepuluh kali mereka ulang tarian yang sama, hanya disebabkan Mingyu tersilap langkah. Mingyu tercungap-cungap mengambil nafas sambil membongkok memegang lutut.
Scoups mendekati Hoshi lalu menepuk lembut bahunya.
" Kita rehat kejap lah. Kesian hyung tengok diorang. " rayu Scoups. Hoshi yang turut mengah sekadar mengangguk kecil.
Mingyu terus berjalan ke sudut bilik practice tersebut lalu duduk bersandar pada dinding. Peluh yang mengalir di dahi dilap dengan hujung t-shirt yang dipakainya.
" Nah .. " Seungkwan menghulurkan sebotol air mineral kepada Mingyu sebelum melabuhkan punggungnya di sisi Mingyu.
" Gumawo .. " Mingyu mencapai botol itu lalu meneguknya rakus. Jelas menunjukkan yang dia betul-betul letih.
" Kau ada masalah ke? " Seungkwan menyoal, prihatin. Mingyu sekadar menggeleng perlahan.
" Betul ni? " Seungkwan menyoal lagi. Dan kali ini, Mingyu mengangguk pula. Keluhan berat keluar dari mulut Mingyu.
--
TO BE CONTINUE
Seperti yang saya sudah janjikan, here it is. Enjoyyyy ♡
YOU ARE READING
[C] ❝ mingyu in love ❞
Fanfiction▫ Seventeen ▫ [ MIL ; SECRET MARRIAGED ] Cinta tidak selalunya indah. Eh, apa kaitan ? Cinta memang selalunya indah. Jung Eunji, seorang gadis yang baru sahaja menamatkan zaman sekolahnya dan telah berkahwin dengan seorang jejaka yang tidak dikenali...