" Chagiya ! "
" Chagi? Yah chagiya ! "
" Eunji-ah ! Chagiya ! "
Eunji merengus geram. Apalah yang suaminya nak sampai terpekik terlolong malam-malam buta macam ni?
Dengan langkah malas, dia mula keluar dari bilik dan terus mencari kelibat Mingyu yang bagai nak beranak je bunyinya.
" Mingyu-ah, kau kat mana? " Eunji masih melilau mencari kelibat Mingyu di ruang tamu. Kosong. Mana pula Mingyu pergi? Tadi bukan main menjerit macam nak beranak.
Tiba-tiba, mulut Eunji ditekup dan tubuh kecilnya ditarik ke belakang. Eunji mula panik dan sedaya upaya cuba untuk melepaskan diri, namun gagal.
Tubuhnya didudukkan di atas sebuah kerusi di ruang makan. Eunji menarik nafas sedalam-dalamnya setelah mulutnya tidak lagi ditekup.
" Yah ! Kau ni dah kenapa? " tengking Eunji sebaik sahaja Mingyu melabuhkan punggung di hadapannya. Mingyu sekadar buat tak endah dan menceduk nasi goreng ke dalam mangkuk Eunji.
" Aku just nak ajak kau supper. " dengan muka tidak bersalahnya, Mingyu menghulurkan mangkuk berisi nasi goreng itu kepada Eunji.
" Macam ni ke kau ajak orang makan? Dah macam penculik pun ada. " Eunji mendengus. Tak romantik langsung suaminya ini.
" Salah ke kalau aku nak culik bini sendiri? " Mingyu menyoal. Eunji mengetap bibir dan menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.
" Sedap? " Mingyu memerhati Eunji yang tidak henti-henti menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Eunji mengangguk kecil.
" Sedap. Kau beli dekat mana? " soal Eunji ingin tahu. Nanti bolehlah dia beli untuk diri sendiri kalau lapar. Mingyu mencebik.
" Aku yang masaklah. " beritahunya. Hampir tersedak Eunji dibuatnya. Pantas dia mencapai botol mineral di sisi meja dan meneguknya rakus.
" Seriously? " seakan tidak percaya, Eunji membeliakkan matanya merenung Mingyu.
" Yeah. " Mingyu tersenyum bangga. Eunji tergelak dengan muka-tidak-sangkanya.
" Wow, daebak. Aku tak tahu pun yang kau pandai masak. So lepasni, bolehlah kau masak untuk breakfast, lunch and dinner, kan? " Eunji menaikkan keningnya berulang kali. Mingyu mencebik. Tak pasal-pasal dia pula yang kena jadi bibik.
--
Mingyu tersedar dari tidur tatkala jam locengnya berbunyi tepat jam 7 pagi. Matanya digosok berulang kali sebelum dia duduk bersila di atas katil empuknya.
" Hahahahahaha ! "
Mingyu tersentak. Pontianak mana pula yang mengilai pagi-pagi macam ni?
Dia turun dari katil dan berjalan perlahan-lahan ke pintu bilik. Dia mengintai ke luar. Kosong. Tiada sesiapa di situ. Dari mana pula datangnya ngilaian tu?
" Wth hahahahaha ! "
Mingyu terpandang ke arah pintu bilik Eunji. Suaranya seperti datang dari bilik itu. Takkanlah Eunji bela pontianak?
Pintu bilik Eunji dikuak kasar membuatkan Eunji tersentak. Laptopnya segera ditutup dan pandangannya dialihkan ke arah pintu biliknya. Tersembul muka-baru-bangun-tidur Mingyu di muka pintu.
" Kau ni dah kenapa sergah bilik orang pagi-pagi macam ni? Ingat ni 'bangbangboom' ke hape? " tengking Eunji.
Mingyu sekadar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bangbangboom? Apa teruk sangat nama tu?
" Kau lah, dah kenapa? Pagi-pagi duk mengilai macam pontianak. Aku yang seram tahu tak? " Mingyu membalas herdikan. Eunji kemudiannya tersengih sumbing tatkala teringatkan kesalahannya sendiri. Belakang tengkuk digaru.
" Hehehe, mian. Aku buat video call dengan Hyojung tadi. Well, girls. " Eunji masih lagi tersengih.
Mingyu berjalan mendekati katil Eunji dan punggungnya dilabuhkan di sebelah Eunji.
" Awal kau bangun? " Mingyu menyoal, hairan. Selalunya Eunji lah yang paling liat nak bangun. Selagi matahari tak terik, memang tak nampak batang hidung. Eunji hanya tersengih.
" Aku tak boleh tidur, tu yang aku decide nak bangun awal. Lepastu, Hyojung ajak video call, aku on jelah. " beritahu Eunji. Mingyu sekadar mengangguk kecil.
" Kau nak teman aku pergi jogging? " Mingyu bertanya.
" Boleh je. " laju sahaja Eunji menjawab.
--
" Kau dah lama kenal Seungkwan ke? Rapat gila aku tengok korang. " Mingyu mengelap peluhnya yang sudah membasahi dahi dengan tuala kecil yang tergantung di leher.
" Aniya. Kitorang kenal since dia datang rumah haritu lah. Aku pun tak tahu macam mana kitorang boleh rapat macam tu. I like him. " Eunji menayangkan barisan giginya yang putih kepada Mingyu. Mingyu memberhentikan lariannya dan hanya berjalan seiringan dengan Eunji.
" Ceh, dengan diorang bukan main lagi kau gelak sakan. Dengan laki kau ni ha, buat macam tunggul je. " Mingyu mula mencebik. Eunji menoleh merenung Mingyu di sisi.
" La, aku ingatkan kau tak suka aku. Sebab tulah aku tak layan kau. Hehehe, sorry. " bahu Mingyu ditepuk kasar. Mingyu masih lagi dengan muka cemberutnya.
" Kau sayang aku tak? " Mingyu tiba-tiba memberhentikan langkahnya. Eunji yang sudah terlebih selangkah turut berhenti.
" Apa kau cakap? " Eunji menyoal. Muka Mingyu ditenung lama. Kini mereka berdiri menghadap satu sama lain.
" Kau sayang aku? " Mingyu mengulangi soalannya tadi. Eunji tersenyum kecil dengan muka tenangnya.
" Sayang. " kepalanya dianggukkan. Mingyu menekup mulutnya seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya.
" Jinjjayo? " Eunji sekadar menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Mingyu mula menepuk tangannya bagai orang terencat akal.
" Finally ! " Mingyu menjerit kecil. Eunji mengerutkan dahinya. Apa yang finally? Namun persoalan itu hanya disimpan di dalam mindanya. Biarlah apa pun, janji Mingyu gembira. (pft)
Mingyu dan Eunji kembali berlari anak setelah kepenatan sebentar tadi mulai hilang. Mingyu tidak lekang dengan sengihan di bibir sementara Eunji hanya dengan muka no expression dia. Well, she's Eunji _^_
Disebabkan terlalu khusyuk berjogging, Eunji tersadung seketul batu membuatkan dia jatuh terduduk di atas jalan. Pergelangan kakinya terasa perit.
" Mingyu-ah ! " Mingyu yang sudah berlari ke hadapan memberhentikan langkahnya. Kepalanya ditoleh ke arah Eunji yang sudahpun mengalirkan air mata, menahan sakit.
Mingyu terus berlari mendekati Eunji. Pergelangan kaki Eunji yang sudah mula memerah menjadi tumpuan utama Mingyu.
" Kau okay? Lari tu tengok mana? Eish lain kali hati-hati lah sikit. Tengok sekarang, siapa yang sakit? Kau jugak. " bebel Mingyu. Tangannya masih lagi membelek pergelangan kaki Eunji. Eunji mengetap bibirnya.
" Sakit. " adu Eunji. Mingyu mengeluh sebelum mengangkat Eunji di belakang ; piggyback. Eunji meletakkan lengannya dileher Mingyu. Walaupun berat, Mingyu masih gagahkan kakinya untuk berjalan.
--
TO BE CONTINUE
sakai af part ni hahaha. adegan semanis gula-gula mungkin akan menyusul. tunggulahh ~
Vote ✔
Comment ✔
YOU ARE READING
[C] ❝ mingyu in love ❞
Fanfiction▫ Seventeen ▫ [ MIL ; SECRET MARRIAGED ] Cinta tidak selalunya indah. Eh, apa kaitan ? Cinta memang selalunya indah. Jung Eunji, seorang gadis yang baru sahaja menamatkan zaman sekolahnya dan telah berkahwin dengan seorang jejaka yang tidak dikenali...