Eunji membawa keluar bagasinya dari bonet kereta, begitu juga dengan Mingyu. Mereka mula melangkah ke bahagian lif dan Mingyu menekan butang berbentuk segi tiga di tepi pintu lif tersebut. Dia berdiri bersebelahan dengan Eunji.
" Rumah kita ni tingkat berapa ? " Eunji mula menyoal apabila terlihatkan bangunan kondo yang tinggi di hadapannya ini. Dia takut akan ketinggian, naya juga kalau rumahnya ini akan berada di tingkat yang paling tinggi.
" Tingkat 7. Wae ? " Mingyu pula menyoal. Eunji tersenyum tawar mendengar kata-kata Mingyu tadi. Air liur yang ditelan perit. Kecut perutnya apabila mengenangkan nasibnya yang akan tinggal di rumah yang berada di TINGKAT 7 !
" Ani. Aku takut tinggi. " beritahu Eunji. Mingyu mengangkat keningnya kemudian tersenyum.
" Gwaenchana, aku kan ada. Aku akan jaga kau. " Eunji terkedu tatkala mendengar kata-kata Mingyu itu. Dia hanya tersenyum janggal memandang Mingyu yang masih tersenyum ke arahnya. Pipinya terasa berbahang apabila melihat Mingyu dengan jarak sebegitu. Dia mengambil keputusan untuk menjarakkan sedikit dirinya dengan Mingyu sementara Mingyu hanya buat tak endah.
Pintu lif mula terbuka. Mingyu dan Eunji melangkah masuk ke dalam lif. Mujurlah cuma mereka yang menggunakan lif itu, tiadalah sempit sangat disebabkan bagasi mereka yang besar-besar ini. Mingyu menekan butang dengan nombor 7 di atasnya. Mereka hanya diam tanpa suara.
Selepas kurang dari seminit berada di dalam perut lif, pintu lif terbuka semula dan Mingyu melangkah keluar dari perut lif, diikuti oleh Eunji. Mingyu memegang bahu Eunji.
" Jangan pandang bawah. " pesan Mingyu. Eunji sekadar mengangguk kecil dan kepalanya di pusingkan sedikit memandang tangan Mingyu yang terpaut kemas di atas bahunya. Mereka berjalan ke pintu rumah mereka. Mingyu menekan kata laluan pada pintu rumahnya dan pintu rumah dibuka. Eunji melangkah masuk ke dalam rumah diikuti oleh Mingyu.
" Wow ! Besar jugak en rumah ni ? " ujar Eunji. Mingyu sekadar mengangguk mengiakan. Pintu rumah ditutup semula dan bagasinya diletakkan ke tepi sofa. Eunji meninjau seluruh bahagian dalam rumah. Cantik. Matanya tertumpu ke satu laluan untuk ke bilik. Ada poster Mingyu dan kawan-kawannya tertampal di dinding. Besar.
Mingyu menghampiri Eunji yang sedang memerhati poster Seventeen yang terlekat pada dinding itu. Kepala Eunji ditolak menggunakan jari telunjuknya membuatkan Eunji mencebik.
" Kau suka siapa dalam Seventeen ni ? " Mingyu mula bertanya sambil tangannya disilangkan ke dada. Eunji melihat muka setiap seorang dalam poster kumpulan Seventeen itu.
" Igeo .. " Eunji menudingkan jarinya ke arah salah seorang member Seventeen. Mingyu membeliakkan matanya memandang Eunji yang sedang tersengih.
" Aku ? " Mingyu menyoal seakan tidak percaya. Eunji tersentak. Dia kembali memandang ke arah jari telunjuknya.
" Eh, salah salah. I mean, this. " Eunji mengalihkan jarinya ke lelaki di sebelah Mingyu. Boleh pula tersalah tunjuk. Mingyu mencebik seraya memandang member yang ditunjukkan oleh Eunji itu.
" Tu Wonwoo hyung. " kata Mingyu. Eunji menganggukkan kepalanya perlahan dan mula tersenyum sinis.
" So, nilah girlfriend kau tu eh ? " sindirnya. Mingyu membuat muka tenuknya dan terus berlalu ke sofa untuk mengambil bagasinya. Eunji turut mengikut Mingyu ke sofa.
" Tapi kenapa poster Seventeen tu ada dalam rumah ni ? Bukan ke ni rumah baru ? " Eunji bertanya. Mingyu menggelengkan kepalanya.
" Ani. Rumah ni memang dah lama mummy belikan untuk aku. Kadang-kadang aku datang lepak sini dengan member lain kalau kitorang bosan dekat dorm. " jelas Mingyu.
YOU ARE READING
[C] ❝ mingyu in love ❞
Fanfiction▫ Seventeen ▫ [ MIL ; SECRET MARRIAGED ] Cinta tidak selalunya indah. Eh, apa kaitan ? Cinta memang selalunya indah. Jung Eunji, seorang gadis yang baru sahaja menamatkan zaman sekolahnya dan telah berkahwin dengan seorang jejaka yang tidak dikenali...