MINGYU IN LOVE

3.2K 247 14
                                    

Mingyu melangkah masuk ke dalam practice room malam itu dengan langkah perlahan. Suis lampu dan air-cond di buka sebelum dia duduk memeluk lutut di penjuru bilik tersebut.

Keluhan berat dilepaskan. Mahu sahaja dia pulang ke dorm Seventeen yang tidak jauh dari bangunan ini, namun dia takut. Takut jika disoal bermacam-macam oleh member-member yang sememangnya terlalu mengambil berat antara satu sama lain. Dia mahu bersendiri, jadi di sinilah tempat yang sesuai.

Pelukan pada lututnya di eratkan. Dagunya disembamkan ke lutut. Hatinya yang masih sebak dibiarkan pulih dengan sendiri. Sememangnya Mingyu seorang yang mempunyai hati lembut, cepat merajuk. Namun hanya bila bersama Eunji.

Kejadian di kondominium miliknya tadi kembali menerjah otak. Hatinya masih sebak dan perlahan-lahan matanya terpejam dalam keadaan memeluk lutut itu ; tertidur.

Eunji sedang leka bermain dengan Junu di ruang tamu. Mingyu yang baru selesai membersihkan diri melabuhkan punggung di sebelah Eunji. Junu berhenti bermain, dan mengalihkan pandangannya ke arah Mingyu dengan senyuman sehingga menampakkan dua batang gigi atasnya yang baru tumbuh. Mingyu tersenyum kecil melihat muka Junu ketika itu.

" Appa .. " Junu berkata perlahan. Mingyu mendekatkan dirinya dengan Junu sebelum mencium pipi lembut Junu.

" Nae, Junu-yah .. " Mingyu menggeletek perut Junu sehingga membuatkan kanak-kanak kecil itu tertawa halus.

Mingyu menyiku perlahan lengan Eunji. Eunji menoleh.

" Merajuk lagi ke? " Mingyu menyoal. Eunji menjeling tajam ke arah Eunji sebelum kembali bermain dengan Junu.

" Junu-yah, khaja. Kita tidur dulu. " Eunji segera mengangkat Junu lalu dibawa masuk ke dalam bilik, tanpa menghiraukan Mingyu yang terdiam. Mingyu mencebik. Dia tak sangka Eunji akan merajuk sampai macamtu, hanya sebab dia tak ingat belikan snek kegemaran Eunji siang tadi.

Mingyu bangun, kunci keretanya dicapai lalu keluar dari kondo mereka. Ya, dia tahu. Eunji yang sepatutnya terasa hati dengan Mingyu sebab dia tak tunaikan janjinya. Namun ini terbalik. Hati Mingyu pula yang sebak bila Eunji tidak melayannya begitu. Hatinya pilu dan dia sunyi. Seharian Eunji tidak melayannya.

Mingyu memandu keretanya terus ke satu-satunya tempat yang boleh buat dia tenang, practice room.

Tidur Mingyu terganggu apabila tubuhnya terasa seperti ada sesuatu yang menghimpap tubuhnya. Perlahan-lahan matanya dibuka. Sebuah selimut berada di atas tubuhnya, membalut kemas tubuhnya yang sejuk akibat air-cond yang dipasang. Dia memerhati sekeliling bilik itu. Tiada sesiapa.

Tiba-tiba, lampu di dalam bilik itu terpadam. Suasana menjadi gelap dan sunyi. Mingyu kaku. Ya, dia takut.

" Appa .. " terdengar suara Junu memanggilnya. Dalam suasana gelap di dalam bilik itu, dia dapat rasakan seperti ada sesuatu berjalan melintasinya. Jantungnya mula berdegup kencang.

" Siapa tu? " soalnya takut-takut. Sepi. Tidak sesiapa yang menyahut.

" Mingyu-ah .. " kini, suara garau Wonwoo pula bergema di sekeliling bilik itu. Suara siapakah? Jika nak cakap yang dia rindu akan Wonwoo, mustahil. Dia cuma teringatkan Eunji dan Junu sahaja dari tadi.

Lampu kembali terbuka. Mata Mingyu automatik tertutup akibat cahaya terang yang tiba-tiba menerjah kornea matanya.

Saengil chuka hamnida~

Saengil chuka hamnida~

Saranghneun uri Mingyu~

Saengil chuka hamnida~

Bunyi tepukan mula bergema di segenap ruang. Mingyu terdiam. Dia tak tahu apa yang harus dilakukan sekarang. Macam mana diaorang tahu Mingyu ada di sini?

Muka setiap member Seventeen dipandang silih berganti. Pandangnnya terhenti pada Eunji dan Junu yang sedang tersengih ke arahnya.

" Kau- kau tak merajuk lagi? " Mingyu menyoal. Eunji tergelak kemudian menggeleng.

" Ani .. Aku berlakon je tadi. " Eunji senyum. Dia mengambil kek dari tangan Scoups kemudian berjalan mendekati Mingyu yang masih kaku di tempatnya duduk tadi. Eunji duduk bersila di hadapan Mingyu sambil menyuakan kek dengan enam lilin di atasnya, ke hadapan muka Mingyu.

" Tiuplah. " suruh Eunji. Mingyu mencebik, wajah Eunji dipandang lama. Air matanya perlahan-lahan mengalir membasahi pipi gebunya.

" Laaaa .. dah kenapa nangis? " Eunji menyoal, cemas. Mingyu menggeleng. Lilinnya ditiup dan sekali lagi bunyi tepukan memenuhi ruang. Mingyu menghulurkan kek itu kepada The8 yang berdiri di sisinya, sebelum menerpa ke arah Eunji yang masih duduk bersila di hadapannya. Eunjiterkedu.

" Ka-kau ni dah kenapa? " Eunji menyoal, perlahan. Belakang Mingyu ditepuk lembut. Mingyu sudah pun tersendu menangis di bahu Eunji.

" Bogoshippeo. Satu hari kau tak layan aku. Kejam! " Mingyu mengaduh. Eunji tersenyum sambil mengusap lembut rambut Mingyu.

" Kau ni tak malu depan diaorang? " Eunji mendongak memandang member Seventeen yang khusyuk menyaksikan drama Mingyu itu. Mingyu segera meleraikan pelukannya lalu mengesat air matanya yang bersisa di pipi.

" Macam budak kecik lah hyung ni. " kata Dino sambil bermain dengan rambut Junu. Mingyu mencebik.

" Dah, jomlah makan. Aku dah terliur tengok kek ni. " Seungkwan merampas kek coklat itu dari The8 lalu berjalan ke tengah-tengah bilik itu, diikuti dengan yang lain. Eunji dan Mingyu tergelak kecil. Mingyu memeluk pinggang Eunji lalu berjalan mendekati mereka yang sudah pun memulakan adegan makan mereka.

--

THE END

act just nak wish happy birthday to mingyu, tapi tiba2 ada idea so buat jelah en hahak. SO, SAENGIL CHUKAHAEYO KIM MINGYU OPPA ! IHATEYOU HEH BIAS WRECKER PALING SHIEYT AKU PERNAH JUMPA. OKAY, ILOVEYOU CIACIA.

stay cool, sexy, handsome, tall, macho, fab, cute, smart, healthy, funny, like always. we, carats, love you muahmuah. pls stop make my heart goes tonggang terbalik. saya tak kuat.

6th April ; Kim Mingyu's Day

[C] ❝ mingyu in love ❞Where stories live. Discover now