[MIL] : SEVEN

2.5K 259 20
                                    

Jaket tebalnya disarung ke tubuh. Dirinya yang serba hitam itu dibelek di hadapan cermin. Perfect. Senyuman paling manis terukir di bibir tatkala melihat dirinya yang terlalu kacak lagi comel untuk seorang lelaki berumur 20 tahun sepertinya.

" Hoshi hyung nak pergi mana? " soal Dino yang baru muncul dari muka pintu bilik mereka. Hoshi memandang sekilas muka 'kurang kacak' milik Dino sebelum kembali membelek dirinya di hadapan cermin di sudut bilik.

" Nak keluar beli coffee. Nak ikut? " pelawa Hoshi. Dino mengangguk laju sebaik sahaja mendengar pelawaan Hoshi itu dan terus meluru masuk ke bilik untuk bersiap.

Mereka berjalan keluar dari bilik terus ke pintu utama dorm mereka. Member yang lain sudahpun dibuai mimpi. Barangkali terlalu penat selepas seharian berlatih.

Hoshi mencapai sepasang kasut untuk Dino kemudian Dino mula menyarungnya ke kaki. Baru sahaja Hoshi memegang tombol pintu, dia dan Dino dikejutkan dengan satu teguran dari belakang. Pantas mereka menoleh bagi melihat empunya suara.

" Korang nak pergi mana pagi buta macam ni? " soal Woozi, si empunya suara. Sweater tebal sudahpun disarung ke tubuh kecilnya, mungkin kerana terlalu sejuk.

" Coffee shop. Nak ikut ke? " Dino bertanya. Woozi sekadar mengangguk tanda mahu dan kasutnya segera disarung ke kaki.

--

" Nak pergi naik kereta ke jalan kaki? " soal Mingyu sebaik sahaja butang untuk ke tingkat bawah ditekan. Pintu lif mula tertutup dan lif itu mula bergerak laju ke bawah.

Eunji menjongketkan bahunya tanda dia sendiri tidak tahu. Dia mendongak memandang Mingyu yang sudah semestinya lebih tinggi daripada dirinya yang rendah.

" Jauh ke coffee shop tu? Kalau dekat, kita jalan kaki jelah. " Eunji menyoal.

Pintu lif kembali terbuka, dan mereka mula melangkah keluar dari perut lif.

" Takdelah jauh mana pun. Dalam 17 minit sampailah. Kau boleh ke jalan jauh? Nanti merungut penatlah, itulah, inilah. " bebel Mingyu. Eunji menggulingkan bebola matanya tanda menyampah.

" Aku bukan OKU yang tak boleh jalan jauh. Khaja. Kita jalan kaki jelah. Lagipun pagi-pagi macam ni lagi tenang kalau jalan kaki. " cadang Eunji. Mingyu hanya mengangguk akur.

Mereka mula berjalan seiringan untuk ke coffee shop. Mereka menggunakan jalan pejalan kaki yang sememang sudah disediakan oleh pihak kerajaan untuk keselamatan para pejalan kaki.

Eunji memusingkan kepalanya memandang Mingyu di sebelah.

" Kau selalu ke pergi coffee shop ni? " Eunji menyoal. Mingyu memasukkan kedua tangannya ke dalam poket jaket tebal yang dipakai.

" Selalulah jugak. Since coffee shop tu bukak, aku dengan Wonu hyung selalu pergi situ. " beritahu Mingyu. Senyuman sinis mula terukir di bibir mungil Eunji.

" Dating? " Eunji menjongketkan sebelah keningnya berulang kali. Mingyu membuat muka tenuknya sebelum kembali mengalihkan pandangan ke depan.

" Haah, dating. Wae? Kau jealous? " Mingyu bertanya sinis. Eunji menggulingkan bebola matanya.

" Please, absolutely NO ! " sengaja Eunji tekankan perkataan NO di hujung ayat. Mingyu masih lagi dengan muka nakalnya, yang kuat mengatakan Eunji cemburu dengan Wonwoo, ahli Seventeen merangkap kawan rapatnya sendiri. Eunji menoleh memandang Mingyu di sisi.

" What?! Aku tak jealous lah. Hoshi lagi hensem dari kau tahu tak? " terasa seperti baru sahaja batu seberat 100kg menghempap hati Mingyu sehingga berkecai. Mingyu memegang dadanya.

" Omaigad, my heart, already broke. Omona ! " adu Mingyu. Eunji memandangnya dengan pandangan tajam bak pisau yang baru diasah, dan terus berjalan meninggalkan Mingyu yang masih lagi dengan drama hindusetannya.

Apabila melihat lakonannya yang langsung tidak menarik perhatian si isteri, Mingyu mula mencebik. Dia mengeluh. Apalah nasib dapat isteri heartless macam Eunji ni, adunya. Dia berlari anak mengejar Eunji yang sudahpun jauh ke depan.

" Tapi kan, macam mana kau kenal Hoshi hyung? Aku baru kenalkan Wonu hyung je, kan? Kau ni serious ke tak kenal kitorang? Ke kau berlakon je tak kenal Seventeen, ha? Baik ngaku. " jari telunjuknya ditayangkan ke hadapan muka Eunji. Eunji mendengus seraya menolak kasar jari Mingyu.

" Zaman sekarang dah majulah. Mr Google ada, Atok Youtube pun ada. Kau tak tahu ke apa yang aku buat masa kau pergi kerja? " Eunji menyoal. Mingyu menggelengkan kepalanya.

" Manalah aku tahu, dah aku pergi kerja. So, apa yang kau buat masa aku takde? " soal Mingyu ingin tahu. Senyuman bangga mula terukir di bibir Eunji.

" Stalk korang dekat youtube. " ujarnya, teruja? Ya, dia teruja. Mingyu menekup mulutnya tanda tidak percaya dengan apa yang baru disampaikan oleh Eunji.

" Wow, tak sangkanya. " ujar Mingyu dengan sisa ketawa-terujanya. Eunji sekadar tersengih sumbing.

" Aku ada tengok video korang main basketball dengan MonstaX haritu. Seriously, muka I.M tu sebijik macam Changkyun. " Eunji memberitahu dengan penuh keterujaan. Lengan Mingyu menjadi mangsa pukulan Eunji yang bagai sasaeng fan itu.

" Long lost brother, maybe? " komen Mingyu, ringkas. Eunji mengurut bawah dagunya seperti seorang makcik yang sedang berfikir, sama ada mahu beli daging atau ikan untuk lauk makan malam. Kemudian kepalanya dianggukkan tanda setuju dengan pendapat Mingyu itu.

" So, boleh bawak aku jumpa dengan I.M tu? " Eunji tersenyum gedik. Lengan Mingyu disiku membuatkan Mingyu menghadiahkan muka tenuknya kepada Eunji.

" NO-WAY-SIS ! " satu-satu perkataan disebut dengan jelas agar Eunji dapat mendengarnya dengan baik. Eunji tersenyum seraya mengalihkan pandangannya ke depan.

" Jealous lah tu. " sindir Eunji. Mingyu sekadar mencebik dan tubuhnya dipeluk. Dah tahu cemburu, kenapa tanya lagi, getus hati kecil Mingyu.

Keadaan mula terasa hening. Hanya dihiasi dengan bunyi kereta yang lalu lalang. Balik kampung mungkin.

Kaki dihayun ke hadapan tanpa henti. Mingyu menoleh memandang Eunji di sisi. Kepala Eunji tegak memandang ke hadapan, sesekali batu-batu kecil di atas jalan disepak. Namun langsung dia tidak menoleh memandang Mingyu.

Eunji menunduk memandang tangan kanannya, kemudian kepalanya didongakkan pula memandang Mingyu yang sedang tersengih.

" Aku sejuk. Pinjam tangan eh? " Mingyu meminta izin. Pegangan tangannya pada tapak tangan Eunji dikemaskan. Eunji mengeluh.

" Masukkanlah dalam poket jaket kau tu. Aku gelilah pegang-pegang ni. " rungut Eunji. Mingyu menggelengkan kepalanya laju-laju tanda tidak mahu. Gayanya persis seorang kanak-kanak lelaki yang tidak mahu makan sayur. Eunji menghela nafas menyampah.

Tangan Mingyu yang sedikit sejuk dibiarkan terlekap pada tangannya. Tanpa Eunji sedari, dia turut membalas genggaman tangan Mingyu dan senyuman manis perlahan-lahan terukir di bibir mungil milik Mingyu.

--

TO BE CONTINUE

Actually, part dekat kedai coffee ni ada lagi satu scene. Disebabkan chap ni dah terasa macam panjang sangat, saiya akan sambung dekat next chap, okay? xD

Thanks for reading this ff, ily T.T

[C] ❝ mingyu in love ❞Where stories live. Discover now