[MIL] : TWENTY

2.4K 216 14
                                    

Mingyu menatang semangkuk bubur ayam buatan Puan Jung dengan satu gelas air suam ke arah bilik Eunji. Daun pintu yang tidak tertutup rapat itu ditolak perlahan. Tubuh Eunji yang sedang berselubung di atas katil mula didekati.

Mangkuk bubur ayam dan gelas air itu diletakkan ke atas meja  kecil di tepi katil. Punggungnya dilabuhkan ke birai katil. Mingyu merenung lama muka Eunji yang kelihatan sedikit pucat. Tangan besar milik Mingyu mula mendarat di atas dahi Eunji. Panas, sangat panas.

" Macam mana boleh demam mendadak macam ni? Apalah yang budak ni buat kat rumah. " Mingyu mula membebel sambil kakinya dihayun keluar dari bilik Eunji dan berlalu ke dapur.

Mingyu kembali dengan semangkuk air sejuk dan sehelai tuala kecil. Dia mula membasahkan tuala tersebut kemudian dituamkan di atas dahi Eunji. Badan Eunji mula bergerak sebelum matanya perlahan-lahan terbuka. Senyuman kecil terukir di bibir mungilnya tatkala terlihat Mingyu yang sedang memandang ke arahnya.

" Mingyu-ssi .. " ujarnya lemah. Mingyu mengeluh. Demam-demam pun masih nak sebut nama aku, getusnya. Mingyu mengusap lembut rambut Eunji.

" Gwaenchana? " Mingyu menyoal lembut. Wajah pucat Eunji ditenung lama. Terbit rasa simpati melihat keadaan si isteri yang lemah macamni. Eunji tersenyum kecil.

" Hm .. " balasnya. Mingyu mengangguk kecil sebelum kembali menyoal, " Lapar? "

Eunji mengangguk lemah. Mingyu membantu Eunji untuk duduk dengan bersandar pada kepala katil. Kemudian Mingyu mencapai mangkuk bubur itu dan menyuakan sesudu bubur ke arah mulut Eunji.

" Gwaenchana, aku boleh makan sendiri. " Eunji cuba mengambil mangkuk bubur itu dari Mingyu, namun dihalang.

" Jangan nak mengada. Biar aku suap. Say aaaaaaaa. " Mingyu kembali menyuakan sudu itu ke hadapan mulut Eunji. Pada mulanya Eunji hanya mencebik, namun apabila melihat muka serius Mingyu, dia jadi gerun dan mengangakan mulutnya.

" Good girl. " Mingyu mengusap lembut rambut Eunji.

" Kau ingat aku ni budak kecik ke? " Eunji mencebik sambil memeluk tubuh. Mingyu sekadar menjongket bahu dan kembali meletakkan mangkuk bubur itu ke atas meja kecil di tepi katil. Eunji merenung wajah kacak Mingyu lama sehingga mengundang kerutan di dahi Mingyu.

" Wae? " soalnya. Eunji menunduk.

" Kau .. okay? " Eunji menyoal perlahan. Mingyu tersentak. Dia menghela nafas berat sebelum menarik Eunji ke dalam pelukannya. Sesungguhnya dia rindu akan Eunji. Ya, selama seminggu dia tidak melayan Eunji dengan baik. Kejamkah dia?

Eunji yang tersentak dengan tindakan Mingyu sekadar membiarkan. Mingyu mengusap lembut rambut Eunji yang mengurai sehingga ke bahu.

" Mianhae, jeongmal mianhae. Aku cemburu. Ya, cemburu buta. Dekat cafe haritu kau asyik berkepit dengan Jimin je sampai abaikan aku. And that moment when aku tahu yang Jimin tu sebenarnya cousin kau, aku rasa macam kejam pulak sebab cemburu dengan cousin sendiri. " Eunji tersenyum kecil. Dia sudah dapat mengagak, itulah punca sebenar Mingyu berkelakuan pelik sebegitu. Eunji membalas pelukan hangat Mingyu.

" Gwaenchana. Aku faham. Means, kau sayang aku lah kan? Cemburu sampai macam tu sekali. " Eunji tergelak kecil.

" Gila tak sayang. So, kau sayang aku tak? " Mingyu pula menyoal. Dalam keadaan masih berpelukan, Eunji mengangguk.

--

Eunji menyarung seliparnya untuk membuang sampah di tingkat bawah. Tombol pintu dipulas dan matanya terbuntang tatkala melihat ada banyak kepala yang sedang berdiri di hadapan pintu kondonya.

" Annyeong, Eun! " seorang manusia menyapa Eunji dengan mesra. Eunji yang masih terpinga-pinga sekadar tersenyum pendek. Dia menarik lengan Mingyu yang berdiri di barisan hadapan.

" Apa diaorang buat kat sini? " soalnya separuh berbisik. Mingyu memandang sekilas kawan-kawannya sebelum kembali merenung tepat wajah manis Eunji.

" Lepak? " balas Mingyu yang lebih kepada satu soalan. Eunji mengeluh. Dia baru berniat nak bersantai di hadapan tv sambil makan snek. Nampaknya niat itu perlu dibatalkan kerana dia memang tidak akan dapat melakukan itu.

" Noona nak pergi mana dengan plastik sampah tu? " Dino si maknae menyoal dengan muka innocent. Ergh! Kalau Eunji diberi pilihan, dengan siapa dia paling taknak jumpa, Dino lah jawapannya. Sebab? Budak ni boleh buat jantung, hati dan paru-paru Eunji tercabut.

" Nak pergi buang sampahlah. Takkan nak makan pulak. " Seungkwan si banyak mulut menjawab sebelum sempat Eunji membalas. Dino sudahpun mencebik. Eunji tersenyum kecil lalu berjalan mendekati Dino.

" Nak teman noona buang sampah ni? " ajak Eunji kemudian Dino mengangguk laju. Mereka mula berjalan meninggalkan manusia lain yang sedang ralit memerhati mereka.

" Eun-ah! Aku nak ikut jugak! " Seungkwan menjerit. Dino menoleh sambil menggoyangkan jari telunjuknya tanda tak boleh. Giliran Seungkwan pula mencebik.

" Dahlah, jom kita masuk dulu. Buang sampah je pun. " Mingyu menggelengkan kepala lalu masuk ke dalam kondonya diikuti dengan yang lain. Hoshi dan Seungkwan merupakan yang terakhir masuk.

" Sabarlah, Seungkwan. Aku faham perasaan kau. " Hoshi menepuk lembut bahu Seungkwan sebelum berlalu masuk ke dalam kondo milik Mingyu. Seungkwan sekadar membuat muka beruk makan jeruk.

--

Eunji mencampak plastik hitam ke dalam tong sampah besar di hadapannya itu. Kesan kotoran pada tapak tangannya dibuang kemudian memusingkan badannya memandang Dino di sisi.

" Khaja, dah siap. " Eunji memulakan langkahnya untuk ke lif, namun terhenti tatkala pergelangan tangannya dipegang oleh seseorang. Dia menoleh.

" Wae? " soalnya apabila melihat tangan Dino terletak kemas di pergelangan tangannya. Dino tersengih.

" Belanja aiskrim, boleh? " pinta Dino. Eunji mengangkat sebelah keningnya sebelum menjongket bahu.

" Okay. "

Mereka mula mengatur langkah ke sebuah kedai serbaneka yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Mujur dekat.

--

Eunji sekadar memerhati Dino yang sedang khusyuk menikmati aiskrim coklatnya. Gaya dia macam dah lama sangat tak makan aiskrim. Dino mendongakkan kepalanya memandang Eunji.

Eunji tersentak dan kembali menyuap aiskrimnya ke dalam mulut. Dino tergelak.

Semakin laju Eunji menyuap aiskrimnya ke dalam mulut. Ya, dia mahu cepat pulang ke kondo sebab dia dah tak sanggup berduaan dengan Dino dekat sini.

Dino mendekatkan tangan kanannya ke muka Eunji, membuatkan Eunji terdiam. Dino mengelap kesan aiskrim yang telah mencomotkan muka Eunji dengan ibu jarinya sendiri.

Muka Eunji mula berona merah. Bahu Dino dipukul kasar.

" Dino-yah, haish jinjja! " Eunji mengelap hujung mulutnya di mana ibu jari Dino mendarat tadi. Dino tergelak kecil melihat Eunji yang sudah tidak keruan itu.

" Dahlah, noona nak naik dulu. Ergh! " Eunji berlalu pergi meninggalkan Dino yang masih ingin menikmati aiskrimnya. Dino mencebik dan terus berlari mengejar Eunji yang sudah jauh ke hadapan.

" Noona! Tunggulah! " teriaknya, namun Eunji hanya buat tak endah.

--

TO BE CONTINUE

[ hiatus ]

[C] ❝ mingyu in love ❞Where stories live. Discover now