Dino melabuhkan punggungnya di sebelah Eunji yang sedang sibuk berborak dengan Hoshi dan Dk. Eunji menoleh memandang Dino kemudian sebelah keningnya diangkat.
" Wae? " soalnya hairan. Dino sekadar tersengih seraya menggeleng kecil. Fuh! Ingatkan Eunji marah lagi sebab kejadian dekat bawah tadi.
" Mana Mingyu? " Scoups yang sedang terbaring di atas sofa sambil menonton tv mula menyoal. Dia memandang Eunji dengan pandangan ingin tahu. Seperti faham dengan apa yang Scoups maksudkan, Eunji mula berdiri.
" Biar saya pergi tengok. " dia mula melangkah ke arah bilik Mingyu.
Hoshi dan Dk mengalihkan pandangannya ke arah Scoups dengan jelingan. Scoups membuat muka tidak bersalah.
" Mwo? Hyung tak suruh pun. Dia yang nak pergi tengok. " ujarnya selamba sebelum kembali khusyuk menonton drama yang ditayangkan di kaca tv.
Hoshi mencuit bahu Dk, mengundang ekspresi tenuk di wajah Dk. Dino yang duduk berdekatan turut menoleh memandang Hoshi.
" Korang perasan tak, tiap kali kita datang sini mesti Eunji ada. Dia tak balik rumah ke? " Hoshi mengurut dagunya. Pelbagai persoalan yang bermain di benak fikirannya sekarang ini. Seungkwan yang terdengar kata-kata Hoshi itu terus menerpa ke arah mereka.
" Kan? Kan? Aku pun perasan sebenarnya, cuma taknaklah buruk sangka. " beritahunya seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Joshua. Kini semua member mula berkumpul untuk membincangkan mengenai isu misteri ini.
" Wonwoo, kau kan rapat dengan Mingyu. Cuba kau tanya. " cadang Woozi. Scoups turut bersetuju dengan cadangan agak bernas dari Woozi itu. Tak sangka isu ini nampak sangat serius buat mereka.
" Nantilah aku try tanya. Tapi kalau dia taknak bagitahu macam mana? " tanya Wonwoo. Yelah, sejak dua menjak ni, Mingyu jarang berkongsi apa-apa cerita dengan Wonwoo. Semuanya didiamkan sahaja.
" Bagitahu apa? " Mingyu yang baru muncul entah dari mana mula menyoal. Dia duduk di sisi Scoups kemudian memandang setiap muka member yang turut memandang ke arahnya.
" Mana Eunji noona? " soal Vernon.
" Ah, dia kemas bilik. Korang bincang pasal apa ni? Macam serius sangat je. " soal Mingyu ingin tahu. Semua member kecuali Mingyu mula berpandangan sesama sendiri.
Jeonghan mengangkat keningnya. Hoshi membalas dengan menjongketkan bahu. Seungkwan pula menggulingkan bebola matanya kemudian menepuk-nepuk dadanya. Mingyu menaikkan sebelah kening, hairan melihat perilaku pelik kawan-kawannya ini.
" Kitorang tanya ni, kau kena jawab dengan jujur tau. " Seungkwan memulakan bicara setelah semua member kelihatan berat mulut untuk menyoal. Jadi, dia mengambil alih tugas mudah ini memandangkan cita-citanya semasa di tadika dulu adalah untuk menjadi seorang penyiasat.
Mingyu mengangguk perlahan, " Okay. "
Seungkwan memandang member yang lain, meminta kebenaran untuk memulakan sesi temu bual ini. Mereka sekadar mengangguk kemudian Seungkwan menepuk tangannya.
" Okay. First, apa hubungan kau dengan Eunji? Jujur tau. " soalan pertama diajukan. Mingyu menelan liur. Tak tahu apa yang perlu dia jawab sekarang. Ingatkan sebab apalah kawan-kawannya ini serius sangat. Rupa-rupanya, sebab dia dan Eunji.
" Em .. cousin? " jawabnya yang lebih kepada menyoal. Scoups memaut lembut bahu Mingyu sambil tersenyum.
" Mingyu-ah, jujur please. " pinta Scoups lembut. Mingyu memuncungkan mulutnya. Hatinya berbelah bahagi untuk memberitahu hal yang sebenar.
Apa reaksi mereka kalau mereka tahu yang sebenarnya Mingyu dan Eunji bukan saudara? Adakah Mingyu akan disisihkan? Atau adakah Mingyu akan diejek atau diperkata? Mingyu menghela nafas berat. Terlalu berat dugaannya ketika ini.
" We're married .. "
" WHUUAATTT?!!!!! "
--
Eunji dan Dino sedang duduk di atas buaian di taman berdekatan dengan kawasan kondo. Mujurlah sudah larut malam, jadi tak perlulah risau dengan sasaeng atau fans yang lain.
" Kenapa noona tak bagitahu kitorang? " Dino menyoal. Eunji mengerutkan dahi, tidak faham dengan apa yang dimaksudkan Dino itu.
" Bagitahu apa? " Eunji menjawab dengan soalan juga. Dino menolak buaiannya perlahan-lahan ke hadapan dengan kaki. Begitu juga dengan Eunji.
" Bagitahu yang korang dah kawin? " suatu suara menjawab dari arah belakang. Eunji segera menoleh, dan terlihat Seungkwan, Hoshi dan Woozi sedang berjalan menghampiri mereka. Mereka duduk di bangku menghadap Eunji dan Dino.
" Mana korang tahu? " soal Eunji perlahan. Dia menoleh memandang Dino kemudian mereka bertiga.
" Mingyu hyung bagitahu .. " balas Dino. Eunji terdiam. Maknanya, tiada lagi lakonan dan penipuan. Semuanya sudah terbongkar.
" Kenapa tak bagitahu? " tanya Hoshi sambil merenung ke muka manis milik Eunji.
" Mingyu yang suruh rahsiakan. Saya ikut jelah. " beritahu Eunji. Angin tenang yang menampar lembut kulit mereka sungguh mendamaikan. Entah mengapa, hati Eunji berasa tenang walaupun rahsia yang selama ini cuba disimpan sudahpun terbongkar.
" Sejak bila? " giliran Woozi pula menyoal. Eunji terasa dirinya macam artis pula bila ditemu ramah begini. Dia memandang langit, cuba mengingat semula tarikh dimana dia bergelar isteri kepada seorang penyanyi dari kumpulan Seventeen, Kim Mingyu.
" 6 bulan lepas .. " jawabnya. Mata mereka terbuntang.
" Wow, pandai korang simpan rahsia, kan? " Seungkwan tersenyum memuji. Eunji sekadar tersenyum kelat. Mujurlah mereka tidak marah dengan tindakannya dan Mingyu yang merahsiakan perkahwinan ini dari pengetahuan mereka. Eunji menoleh memandang Dino, dia tersenyum. Eunji turut membalas senyumannya.
Walaupun dia sudah bergelar isteri kepada Kim Mingyu, namun tidak salahkan kalau dia mahu berfangirling?
--
TO BE CONTINUE
This ff is getting bored, ikr. And saya akan habiskan ff ni secepat yang mungkin, In Shaa Allah :')
Piqaboo_
YOU ARE READING
[C] ❝ mingyu in love ❞
Fanfiction▫ Seventeen ▫ [ MIL ; SECRET MARRIAGED ] Cinta tidak selalunya indah. Eh, apa kaitan ? Cinta memang selalunya indah. Jung Eunji, seorang gadis yang baru sahaja menamatkan zaman sekolahnya dan telah berkahwin dengan seorang jejaka yang tidak dikenali...