[MIL] : ELEVEN

2.2K 240 15
                                    

Eunji menjinjing plastik hitam yang dipenuhi dengan sampah ke pintu rumah. Selipar disarung dan dia mula menapak ke arah lif dan butang di tepi pintu lif ditekan.

" Noona.. " panggil seseorang dari arah belakang. Eunji menoleh dan senyuman manis mula terukir dibibir tatkala melihat si empunya suara.

" Ah, Changkyun-ah .. " Changkyun menghampiri Eunji dan plastik sampahnya. Buku yang dipeluk kemas di dada Changkyun menjadi tumpuan Eunji.

" Saeng dari mana? Study group? " Eunji menyoal. Changkyun menggelengkan kepalanya.

" Aniya. Saeng pergi rumah kawan ambik buku yang dia pinjam. " terangnya. Eunji sekadar mengangguk faham.

Kini, plastik hitam di tangan Eunji pula yang menjadi tumpuan Changkyun.

" Noona nak pergi buang sampah? " giliran Changkyun pula menyoal. Eunji mengangguk mengiakan.

Pintu lif mula terbuka dan mereka melangkah masuk ke dalam perut lif. Eunji menoleh memandang Changkyun di sisi.

" Dah lama tak nampak saeng. Pergi mana? " soalnya. Changkyun yang sedang mengelamun tersentak seraya tersengih sumbing.

" Ah, minggu lepas saeng pergi camping. Noona tahu, Jimin hyung yang jadi jurupandu masa kitorang masuk hutan. Dia dah sado sekarang. " Eunji tersenyum kecil melihat gaya Changkyun bercerita yang terlebih teruja itu.

Muka Jimin merangkap kawan gaduhnya dulu mula menerjah minda. Terlalu banyak kenangan semasa bersekolah yang tidak boleh dilupakan. Precious.

" Noona, taknak keluar ke? " soal Changkyun yang sudahpun melangkah keluar dari perut lif. Eunji tersengih seperti kerang busuk dan turut melangkah keluar.

" Noona, saeng pergi dulu eh. Noona hati-hati tau. " ujar Changkyun.

" Nak pergi mana? " soal Eunji sambil membetulkan genggaman plastik hitam ditangannya.

" Dating dengan Hyojung noona. Hahahahaha annyeong. " sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, dia terus berlari meninggalkan Eunji tanpa sempat Eunji memerli. Kepalanya digelengkan. Perangai tak pernah berubah.

Eunji mengatur langkah ke arah tempat pembuangan sampai di belakang blok kondonya. Plastik hitam tersebut dimasukkan ke dalam tempat yang disediakan. Done!

Tangannya dilagakan bagi menghilangkan habuk-habuk yang terlekat di tapak tangan. Badannya dipusingkan ke belakang untuk pulang ke rumahnya.

" Ah.. " dia mengaduh kecil tatkala mukanya terlanggar dada seseorang. Kepalanya didongakkan bagi melihat empunya badan. Mingyu!

" Eh, kau buat apa dekat sini? Bukan kau dah pergi kerja ke? " Eunji menyoal. Dia mengundur setapak ke belakang bagi menjauhi tubuh Mingyu yang hanya seinci dari mukanya.

" Harini takde schedule, lepastu tadi Coups hyung bagitahu yang diorang nak lepak sini. " mata Eunji terbeliak tatkala mendengar penjelasan Mingyu itu.

" Seriously? Habistu aku macam mana? " Eunji menyoal. Mereka mula melangkah seiringan ke arah blok mereka.

" Chill. Kan aku dah bagitahu diorang yang kau ni cousin aku.. " Mingyu mula menenangkan Eunji. Eunji menipiskan bibirnya.

Matilah kau Eunji. Haritu baru jumpa tiga orang pun kau dah nak histeria, ni tambah lagi sembilan. You will die, Jung Eunji!

--

" Nak keluar ke taknak? Nak keluar ke taknak? " Eunji dalam dilemma.

Seventeen sudahpun sampai lebih kurang 10 minit yang lalu. Namun, Eunji masih lagi tidak menunjukkan diri. Dia lebih rela terperap di dalam bilik daripada terpaksa bersemuka dengan mereka di luar.

Tuk tuk tuk !

Eunji tersentak. Pintu biliknya dipandang kosong. Perlahan-lahan kakinya dibawa ke pintu dan tombol dipulas.

Hampir gugur jantungnya di situ. Matanya tidak berkelip memandang empunya diri yang sedang tersenyum manis dengan lesung pipit di pipi.

" Annyeong, Scoups imnida. " lelaki dengan lesung pipit itu memperkenalkan diri. Eunji tersenyum sendiri sebelum kepalanya ditundukkan sedikit.

" Eunji. " beritahunya, ringkas. Scoups tersenyum.

" Saya tahu. " jawabnya. Eunji tertunduk malu. Tangannya yang sudah mula membeku digenggam erat.

" Taknak join kitorang borak sekali ke? " Scoups bertanya. Eunji cuba mengintai ke ruang tamu, sebelum kepalanya ditarik semula masuk ke dalam bilik. Semua mata sedang memandangnya, mana tak malu.

" Hm, takpelah. Korang borak je, lagipun saya ada kerja sikit nak kena buat. " Eunji mula berdalih. Dia tidak sanggup untuk berdepan dengan semua jejaka di ruang tamu itu. Dia lemah.

" Alah, kerja tu boleh buat nanti. Kitorang ni bukannya selalu boleh jumpa. Khaja ! " Scoups menarik lengan Eunji dan dibawa ke ruang tamu. Dengan penuh terpaksa, Eunji akur walaupun hatinya kuat mengatakan yang dia akan pengsan sekejap lagi.

TO BE CONTINUE

-- 644 words

[C] ❝ mingyu in love ❞Where stories live. Discover now