[MIL] : NINE

2.3K 239 27
                                    

Cahaya matahari yang terpancar dari tingkap bilik mengganggu tidurnya yang terlalu lena pagi itu. Matanya dibuka perlahan-lahan dan jam loceng di tepi bantal dijeling. Baru pukul 9 pagi. Terlalu awal untuk dia bangun.

Selepas beberapa cubaan tidur semulanya yang tidak membuahkan hasil, dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila di atas katil dengan selimut menyelubungi tubuh kecilnya. Rambut depannya yang terjuntai menutupi mata ditiup beberapa kali. Mulutnya terbuka luas, menguap.

Telefon yang diletakkan di tepi bantal dicapai. Ada satu mesej LINE yang diterimanya pagi tadi.

Minniongyu : mummy dengan omma balik harini. Pukul 3 nanti siap-siap, kita pergi jemput diorang dekat airport. Arraseo?

Eunji menggulingkan matanya ke atas. Sejak peristiwa di coffee shop malam tadi, mereka langsung tidak bertegur sapa. Masing-masing dengan ego sendiri.

Matanya terpandang sehelai kertas kecil yang terletak kemas di atas buku diarinya. Id Hoshi. Patutkah dia menegur Hoshi?

Kertas tersebut dicapai. Bibirnya dinipiskan dan tangannya mula bermain-main di atas skrin telefon. Main apa? Main kejar-kejar mungkin.

EunjiEun : annyeong, Hoshi oppa. Mian sebab semalam saya takde mood nak cakap banyak. Mianhaeyo.

Telefonnya kembali dicampak ke tepi bantal. Entah kenapa, senyuman manis mula terukir di bibir mungilnya.

--

" OMAIGAD ! " teriak Hoshi teruja. Dino yang duduk di sebelahnya pantas menumbuk kasar bahu Hoshi.

" Wae, hyung? Terkejut tahu tak. " rungut Dino geram. Habis hancur matlamatnya untuk dapatkan high score dalam permainan Piano Tiles ( lol ). Hoshi masih lagi tersenyum sumbing.

" Eunji, dia tegur aku. Omaigawd ! " bahu Dino dicengkam kuat dan digoncang-goncangkan. Dino merengus seraya bangun dari sofa dan duduk ke sebelah Vernon.

" Siapa Eunji? " soal Jeonghan, hairan. Sejak bila pula omma Hoshi tukar nama?

Dengan mata yang masih terlekat pada skrin telefon, Hoshi menjawab, " Cousin Mingyu. Kitorang jumpa dekat coffee shop semalam. "

Mingyu yang tadinya sedang sibuk menghadap telefonnya terus berlari ke arah Hoshi. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa.

" Dia tegur kau? Dia cakap apa? Mana dia dapat id kau? " bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Mingyu. Hoshi membuat muka tenuknya.

" Yang kau sibuk ni kenapa? " Hoshi menyoal dengan reaksi muka yang paling menjengkelkan. Mingyu memuncungkan mulutnya seraya berpeluk tubuh. Kurang asam punya Hoshi, sempat lagi dia ngorat bini orang.

--

" Yah, palli. " desak Mingyu sambil berpeluk tubuh.

" Aku dah cakap, pukul 3 siap-siap. Ni tak, sempat lagi tengok Running Man. Tengok, kan dah terkejar-kejar. " bebel Mingyu, kalah makcik-makcik jiran sebelah.

Eunji hanya buat tak dengar. Snapback-nya dicapai dan disarungkan ke kepala. Tanpa menghiraukan Mingyu yang sedang merenungnya tajam, dia terus mengatur langkah ke pintu utama. Pintu dibuka dan matanya serta-merta membuntang luas.

" Omma ! " teriak Eunji terkejut. Mingyu yang terdengar jeritan Eunji itu segera berlari ke pintu utama.

" Omma ! Kenapa tak tunggu kitorang dekat airport? Kitorang baru je nak pergi jemput omma dengan mummy kat sana. Eh, mana mummy? " selepas membebel panjang, barulah dia sedar akan ketiadaan Puan Kim. Anak apa macam ni? Puan Jung tersenyum seraya menggelengkan kepalanya tatkala melihat kerenah menantunya itu.

" Sebenarnya, kitorang dah balik dari minggu lepas lagi. Saje taknak kacau kamu berdua. Mummy ada meeting dengan klien, sebabtu omma datang sorang. " terang Puan Jung.

Eunji yang tadinya melutut, memeluk Manse, kembali berdiri menghadap Puan Jung.

" Sampai hati omma tak bagitahu, Eun. " rengek Eunji. Tangannya disilangkan ke dada sambil memuncungkan mulutnya sedepa ke hadapan. Puan Jung hanya tersengih dan melangkah masuk ke dalam rumah setelah dipelawa Mingyu.

--

" WHAT?! " hampir tersedak Puan Jung dibuatnya apabila mendengar jeritan Eunji dan Mingyu yang bergabung menjadi satu itu. Cawan milonya kembali diletak ke atas meja.

" Tapi omma, omma kan boleh tidur dengan Eun. Biarlah Manse tidur dengan Mingyu. " Eunji masih cuba memujuk.

Berita mengenai Puan Jung yang ingin bermalam di kondo mereka sememangnya menggembirakan. Namun, disebalik kegembiraan itu, terselit juga berita yang membuatkan Eunji dan Mingyu hampir diserang histeria. Mereka dipaksa tidur sebilik !

" Tapi Manse nak tidur dengan omma. " beritahu Manse. Eunji menjeling tajam ke arahnya.

" Goodboy, Manse. " Puan Jung mengusap lembut rambut Manse.

" Lagipun, kamu berdua ni dah kahwin. Memang patut pun tidur sebilik. Laki bini apa kalau tidur asing-asing. " bebel Puan Jung. Eunji dan Mingyu hanya menunduk.

" Eun ni ha, bila nak berisi? ---- " hampir terkeluar biji mata Eunji dibuatnya. " ---- Omma dah lama tak pegang baby. Manse ni pun dah besar. " sambung Puan Jung lagi.

" Omma ni, ke situ pulak. " Eunji merengus. Mingyu di sisinya sekadar tersenyum nakal.

" Omma, Manse dah ngantuk. " Manse menggosok matanya berulang kali tanda dia benar-benar sudah mengantuk.

" Kamu tidur bilik Mingyu, arachi? Biar omma dengan Manse tidur bilik kamu. " suruh Puan Jung kepada Eunji.

" Tapi omma ... " belum sempat Eunji menghabiskan kata-katanya, Puan Jung sudahpun bangun dari sofa. Lengan Manse ditarik.

" Manse, khaja. Omma pun macam dah ngantuk. Huwa ~ " Puan Jung pura-pura menguap dan terus hilang ke dalam bilik Eunji bersama Manse.

Mingyu mengalihkan pandangannya ke arah Eunji di sisi.

" Omma memang macamtu eh? " soal Mingyu. Eunji sekadar menjongketkan bahunya sebagai jawapan.

TO BE CONTINUE

So, this is the new chap for 2k16 xD happy new year gais ~ im getting old huhuhuhu T.T

[C] ❝ mingyu in love ❞Where stories live. Discover now