[MIL] : SIXTEEN

2.2K 231 15
                                    

Eunji menghampiri bilik Mingyu yang terbuka sedikit. Kepalanya dijengahkan ke dalam, mengintai ke arah Mingyu yang sedang membelek diri di hadapan cermin.

" Boleh aku masuk? " Eunji meminta izin sambil tersengih. Mingyu yang sedikit tersentak mengalihkan pandangannya ke arah pintu bilik.

" Eo? Masuk jelah. " jawab Mingyu ringkas dan kembali membelek dirinya di hadapan cermin. Eunji tersenyum kecil dan menolak daun pintu lalu masuk ke dalam bilik Mingyu. Punggungnya dilabuh ke atas birai katil.

" Kau nak apa? " tangannya disilang ke dada dan berdiri dengan gaya badboy memandang ke arah Eunji.

" Boleh tolong hantar aku dengan Changkyun pergi cafe Hyojung? " soal Eunji yang masih tersengih. Mingyu menaikkan sebelah keningnya. 

" Sejak bila Hyojung ada cafe? " Mingyu pula menyoal. Eunji menghulurkan sehelai kertas kecil berwarna merah jambu kepada Mingyu lalu Mingyu menyambutnya.

" Harini hari pelancaran cafe tu. So, aku nak pergilah daripada duk terperuk dalam rumah SORANG-SORANG. " sengaja ditekan perkataan 'sorang-sorang' di hujung ayat. Mingyu yang perasan akan perlian Eunji itu membuat muka tenuk.

" Hek eleh. Aku dah ajak ikut aku pergi dorm, kau yang taknak. " Eunji sekadar buat tak dengar dan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Mingyu menghulurkan semula kertas itu kepada Eunji.

" Ha, jomlah. Boleh aku lepak sekali. " Mingyu mula mengatur langkah ke pintu biliknya. Eunji turut bangun dan mengekori Mingyu dari belakang.

" Eish, sebuk je. " gumam Eunji. Walapun Mingyu dengar, namun dia sengaja buat tak dengar sebab dia tahu yang Eunji sebenarnya suka jika dia ikut bersama. (lol)

--

" Mana Changkyun? " soal Mingyu sambil meletakkan kedua tangannya ke atas stereng kereta. Eunji yang duduk di tempat duduk pemandu menjongketkan bahunya.

" Molla. Kejap, aku call. " Mingyu sekadar mengangguk kecil. Eunji mula mendail nombor telefon Changkyun dan skrin telefonnya dilekapkan ke telinga. Selepas beberapa deringan, panggilan itu berjawab.

" Yeoboseyo? Changkyun-ah. Dah siap belum? Ah, nae. Cepat sikit tau. Noona tunggu dekat bawah. Nae. " panggilan dimatikan dan Eunji menoleh memandang Mingyu di sisi.

" Dia baru bangun. Dia suruh tunggu kejap. " Eunji memberitahu apa yang diberitahu oleh Changkyun tadi. Mingyu menggeleng kecil.

" Perangai dia sebiji macam kau. Teruk betul. " Eunji menjeling tajam ke arah Mingyu sebelum mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. 

Keadaan di dalam kereta mula menjadi janggal dan sepi. Mingyu mengeluarkan telefonnya dan diangkat sedikit ke udara. Lengan Eunji dicuit.

" Eunji, senyum. " suruh Mingyu. Eunji menoleh ke arah Mingyu dan membuat muka pelik tatkala melihat telefon Mingyu yang diangkat ke udara. KLIK !

" Yah ! Padam gambar tu ! Aku tak ready lagi. " Eunji cuba merampas telefon Mingyu namun gagal. Mingyu tergelak mengekek melihat muka derp Eunji sementara Eunji sudahpun menebik sambil berpeluk tubuh. Mingyu menghabiskan sisa tawanya sebelum menoleh semula memandang Eunji.

" Kali ni ready tau. Palli. " telefonnya kembali diangkat ke udara. Eunji mendekatkan sedikit badannya dengan Mingyu sambil tersenyum ke arah kamera dan KLIK !

" Wow ! Hensem do mamat depan ni. " puji Mingyu sambil merenung gambar yang ditangkap tadi. Eunji memandang Mingyu dengan muka beruk sebelum menggulingkan bebola matanya.

" Perasan gila. " gumam Eunji. Mingyu sekadar buat tak endah dan masih ralit merenung gambar tadi. Senyuman bahagia terukir di bibir mungilnya. 

" Jung Eunji, saranghae. " ujar Mingyu perlahan. Gambar tadi dibuat sebagai wallpaper telefonnya.

" Nado saranghae .. " Mingyu tersentak tatkala terdengar satu suara berbisik manja di sebelah telinganya. Dia menoleh dan terlihat Eunji sedang tersengih ke arahnya. Mingyu tergelak kecil sambil menggelengkan kepala.

--

Seorang lelaki 20-an melangkah masuk ke dalam Diamond Cafe dengan senyuman manis yang terukir di bibir. Kakinya dihayun terus ke kaunter. 

" Yes? May I take your order? " tanpa melihat ke empunya badan, Hyojung menyoal. Lelaki itu tersenyum kecil.

" Can I have you? " lelaki itu berkata. Hyojung tersentak. Dah kenapa pula dengan pelanggannya yang seorang ini? 

" Sorry? " kepalanya diangkat bagi melihat empunya suara dan sejurus itu mulutnya yang sudah ternganga ditekup dengan tapak tangan. Lengan sasa lelaki itu ditumbuk kasar.

" Yah, Jimin-ah. Park Jimin? " Hyojung menyoal teruja. Jimin tergelak kecil sebelum mengangguk mengiakan. Hyojung menekup mulutnya sekali lagi sambil menggelengkan kepalanya, tidak percaya.

" Omaigad ! Tak sangka dapat jumpa kau balik. " Hyojung tersenyum penuh teruja. Maklumlah, lepas sahaja mereka habis sekolah, hanya dia dan Eunji yang masih berhubung. Yang lain? Hilang entah ke mana, termasuklah Jimin.

--

" So, kau duduk mana sekarang? " soal Hyojung sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan ke atas sebuah kerusi di satu sudut cafe tersebut. Jimin menghirup perlahan vanilla latte yang dihidang Hyojung tadi.

" Aku duduk dengan omma aku lah. Sebelum ni aku pergi Busan, tolong pakcik aku dekat sana. Lepas anak dia balik, aku pun baliklah sini nak jaga omma aku. " terang Jimin panjang lebar. Hyojung mengangguk mengerti.

" Macam mana kau tahu yang aku buka cafe ni? " Hyojung menyoal, hairan. 

" Ah, Changkyun yang bagitahu. Tu yang aku datang ni. Rindu gila beb dekat kau. " ujar Jimin. Hyojung menumbuk lagi lengan sasa milik Jimin.

" Aku pun do. Tapi aku rasa, ada lagi yang akan jerit bila nampak kau nanti. " Hyojung menaikkan keningnya berulang kali. Jimin mengerutkan dahi seraya menyoal, "Siapa? "

" Tu .. " Hyojung memuncungkan mulutnya ke arah pintu masuk cafe tersebut. Jimin menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Hyojung. Dia mula berdiri.

Seorang perempuan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam cafe tersebut mematikan langkah. Matanya jatuh ke arah Jimin yang sedang tersenyum ke arahnya. 

" Jimin-ie ! " perempuan itu menjerit sambil berlari anak mendekati Jimin.

" Eunji-ah ! " Jimin turut memanggil nama si kawan yang sudah lama tidak bersua muka. Maka, terciptalah drama murahan yang dilakonkan oleh Park Jimin dan Jung Eunji di dalam Diamond Cafe milik Hyojung.

Mingyu dan Changkyun yang masih tercegat di pintu masuk itu hanya memandang pelik ke arah mereka berdua. Salah makan ubat ke manusia dua orang ni? Hyojung yang menyaksikan drama pendek itu turut merasa malu tatkala mereka kini menjadi tumpuan seisi cafe.

--

TO BE CONTINUE

Yohoo it's holiday gais. Tapi tak macam holiday pun since hw melambak nakmatey. 

So, how? Saya tak tahu nak buat ff ni sampai berapa chapter cause actually saya cadang nak buat sampai chapter 17 tu. Amacam kalau buat Season 2 huh huh? Eottae-yo? 

[C] ❝ mingyu in love ❞Where stories live. Discover now