Eunji tersedar dari tidur nyenyaknya. Entah pukul berapa dia bangun, dia sendiri tidak ambil tahu. Yang dia tahu, sudah dua kali dia menutup jam yang dikunci pada telefonnya. Eunji, The Sleepy Head !
Dalam keadaan separuh sedar, dia bangun dari katil dan menapak ke arah pintu biliknya. Tombol pintu dipulas kemudian dia melangkah keluar dari bilik terus ke ruang dapur. Pintu peti sejuk di buka, sebotol air sejuk dikeluarkan dan pintu peti sejuk ditutup semula. Matanya dibesarkan sedikit apabila terlihat ada satu nota kecil yang dilekatkan pada pintu peti sejuk itu.
Yo ! Harini aku ada schedule and mungkin balik lambat. Aku ada belikan kau sarapan, aku letak kat atas meja. So, selamat menjamu selera.
Eunji meneguk air sejuk yang sudahpun di tuang ke dalam cawan semasa dia membaca nota tadi. Badannya di pusingkan menghadap meja makan kemudian bibirnya mengukir senyuman terharu.
" Wow ! " dia tergelak sinis. Dia terus duduk di meja makan untuk menikmati sarapan yang dibelikan oleh Mingyu itu.
--
Eunji duduk bersila di atas sofa sambil menghirup airnya. Butang 'on' pada alat kawalan jauh ditekan. Dia terpandang telefon di sebelahnya dan terus mencapai telefon itu. Jarinya mula menekan-nekan nombor pada skrin telefon.
Tut tut .. tut tut ..
Selepas beberapa saat menunggu, panggilan itu diangkat. Eunji mula tersenyum kecil.
" Yeoboseyo ? " kedengaran suara budak lelaki di hujung talian.
" Nae, Manse-ah. Mana omma ? " Eunji mula menyoal sebaik sahaja Manse menjawab panggilan itu.
" Omma tengah masak. Noona kenapa call ? Rindu Manse eh ? " Manse tergelak kecil. Eunji tersenyum kecil mendengar soalan Manse.
" Haah, noona rindu Manse, rindu gila-gila. Bila balik sini ? Tak seronoklah takde Manse. " Eunji mencebik, walaupun dia tahu yang Manse tidak akan nampak cebikkannya itu. Terdengar suara mengekek di hujung talian, membuatkan Eunji tersenyum kecil.
" Mollayo, omma tak cakap lagi. Mingyu hyung ada buat jahat dengan noona ke ? Nak Manse pukul dia ? " Eunji tergelak kecil mendengar celoteh Manse itu.
" Ani. Mingyu hyung takde buat jahat pun dekat noona. Manse dekat sana elok-elok okay. Nanti bagitahu omma yang noona call ni. " pesan Eunji.
" Nae, arraseo. Annyeong, noona. Muah saranghae. "
" Nae, nado saranghae. " sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, dia menamatkan panggilan tersebut. Telefon dicampak ke tepi dan badannya disandar pada sofa. Dia menghela nafas bosan. Rancangan yang disiarkan di kaca tv langsung tidak menarik minatnya.
Ku-ku-ka-ka
Dia memandang ke arah telefonnya. Sebelah keningnya terangkat. Telefon dicapai dan mesej yang baru sahaja diterimanya tadi, dibuka.
Kihyojung : ssup, my babyboo ! mentang-mentang dah kawin, terus lupa aku kan ?
Eunji tergelak membaca mesej yang baru dihantar oleh Hyojung itu. Tangannya mula menari-nari di atas papan kekunci untuk membalas mesej tersebut.
EunjiEun : yo, babe ! mana ada aku lupa kau. Okay lah, lupa sikit. Heuheu xD aku busy lah, well, pindah rumah baru katakan.
Kihyojung : wuu, rumah baru. Dekat mana ?
EunjiEun : kenapa ? kau nak datang ke ?
Kihyojung : boleh ke ?
YOU ARE READING
[C] ❝ mingyu in love ❞
Fanfiction▫ Seventeen ▫ [ MIL ; SECRET MARRIAGED ] Cinta tidak selalunya indah. Eh, apa kaitan ? Cinta memang selalunya indah. Jung Eunji, seorang gadis yang baru sahaja menamatkan zaman sekolahnya dan telah berkahwin dengan seorang jejaka yang tidak dikenali...