Part 1
Angin pantai bertiup lembut. Suasana sungguh tenang. Diiringi lagi oleh pukulan ombak yang amat indah. Tapi, dari sudut indah itu ada juga terselit cebisan guruh.
"Kau nak salahkan aku lah?!"
"Ya! Memang salah kau pun! Dah lah aku dah tak tahan dengan kau ni! Kita putus je lah!"
"Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?"
"Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi lah!"
"Okay! Kalau tu yang kau nak... mulai sekarang kita dah takde hubungan lagi!" Teriak gadis itu sebelum melangkah pergi dengan perasaan geram.
"Aku memang dah lama harap kita putus! Kenal kau adalah perkara yang paling malang dalam hidup aku!" Teriak lelaki itu pula dari jauh.
Gedebuk! Tiba-tiba gadis itu jatuh tergolek akibat tersadung batu. Pasir pantai menjadi makanannya.
"Padan muka~! Ahahahaha~!" Lelaki itu tertawa dengan besar melihat situasi tersebut.
Gadis yang sangat marah bercampur malu itu terus bangun dari tempatnya terjatuh dan meluru kearah lelaki tadi. Dush! Satu tumbukan padu dihantar khas buat lelaki itu.
Serta merta tubuh lelaki itu pula menyembah tanah.
"Sakitlah~! Waaa~! Omma~!" Lelaki yang tidak sedar usia itu merengek seperti kanak-kanak kecil sambil menghentak-hentakkan kakinya.
"Menangis lah kau! Kau lupa aku siapa? Ini Song Ji Hyo lah!" Teriak gadis itu sebelum menunjal kepala lelaki tadi.
"Jahat~! Devil Yeoja~!" Teriak lelaki itu dengan kuat sekali.
Jihyo terkejut apabila digelar sebegitu rupa. Wajahnya merah marah. "Kau ni~!" Baru sahaja gadis itu ingin melayangkan penumbuknya, tiba-tiba datang seorang gadis menggenggam lengannya.
Jihyo menoleh kearah gadis tersebut. "Yaaa Irene-shii...!" Marah Jihyo pada gadis yang menggenggam lengannya itu.
"Devil Yeoja!" Teriak lelaki itu sebelum menolak kuat tubuh Jihyo dan berlari dengan pantas sekali.
"Pabo!"
"Kenapa kau buat macam tu dekat Taehyung... kesian lah dia." Irene mula menegur rakannya itu.
"Dia tu yang mulakan dulu! Dia tu memang tak guna!" Getus Jihyo.
"Dah lah jom balik..."
"Tak nak!"
"Kau melawan cakap aku?!" Irene menarik cuping telinga Jihyo lalu diheret gadis itu pergi dari situ. Jihyo hanya mampu mengaduh kesakitan.
Keesokan harinya...
Ketika makan tengahari di kantin suasana menjadi riuh dengan gosip yang menyatakan hubungan Taehyung dan Jihyo telah berakhir.
"Dah putus? Wah... baguslah, Jihyo tu pun memang tak sesuai langsung dengan Taehyung tu..."
"Jihyo memang tak layak langsung... memang patut pun diorang putus."
"Oh akhirnya... diorang putus jugak..."
"Aku memang dah agak hubungan diorang tu akan berakhir."
Jihyo dan Irene hanya mampu menahan telinga mendengar kritikan yang berleluasa.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja
SonstigesAduh! Pening! Bising! Teruk betul diorang berdua ni! "Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?" - Jihyo "Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi l...