Last part
Taehyung terdiam. Sebentar kemudian dia tersengih kecil. "Jadi dia masih sayangkan aku lah kan?"
Petang itu.
Jihyo duduk sendirian di atas buaian dalam kawasan taman permainan yang luas itu. Jihyo terus menghayunkan buaian itu sendirian. Laju sahaja buaian itu berbuai, angin yang kuat terhasil.
Tiba² tali buaian itu ditarik oleh seseorang. Serta merta Jihyo jatuh tersungkur dari buaian tersebut. Mujur sahaja rumput, tidak lah sakit sangat.
"Ops. Tak sengaja." Taehyung tersengih kecil.
Jihyo mencuka. Dia bangkit dari tempat dia tersembam tadi dan meluru kearah Taehyung.
"Kau ni kenapa?" Soal Jihyo sinis.
Taehyung duduk melutut dihadapan Jihyo. Sekuntum mawar putih dikeluarkan dari belakang badannya. "Patik datang untuk menarik balik kata²." Ujar Taehyung.
Jihyo masih lagi blur. Dia terus merenung wajah Taehyung.
"Maafkan saya?" Taehyung menarik muka comel. Matanya dibesarkan seperti sugar glider yang comel itu.
Jihyo terus menarik muka. "Kau mengarut apa ni pabo?" Soal Jihyo.
Taehyung geram. 'Lembabnya perempuan ni!' Getus hati Taehyung. Taehyung terus bangun dari tempat dia melutut tadi.
Taehyung meluru kearah Jihyo. Mawar putih itu disumbat kedalam mulut Jihyo agar tidak bersuara. Tubuh Jihyo terus di dakap kuat sekali. "Aku mintak maaf. Aku tak berniat nak lukakan hati kau. Aku masih sayangkan kau dan aku akan terus sayangkan kau. Aku tak dapat lupakan kau." Ujar Taehyung lemah.
Jihyo terpana. Mawar putih itu masih tidak dikeluarkan dari dalam mulutnya. Dia hanya mampu membisu.
Keesokan harinya di sekolah.
Hahaha! Hari ini sekolah mereka digemparkan dengan berita Taehyung dan Jihyo kembali bersama. Satu kejutan besar ini sahaja sudah menjadikan hampir keseluruhan pelajar perempuan di sekolah mereka pengsan berjemaah.
Empat sahabat baik ini pergi bercuti bersama di sebuah pantai.
"Korang still couple ke?" Soal Jihyo pada Irene dan Jungkook.
Jungkook mengangguk laju. Irene pula tersenyum kecil. "Mestilah. Aku takkan biar perempuan gila macam diorang tu dapat Jungkook aku. Biar lah aku yang sengal ni je bersama dia." Ujar Irene.
Jungkook tertawa besar mendengar kata² Irene tadi.
"Elok lah tu. Pasangan sengal." Sampuk Taehyung pula.
Taehyung dan Jihyo berjalan beriringan menuju ke tepi pantai.
"Please be mine..Devil Yeoja." Luah Taehyung.
Jihyo tertawa. "I love you Pabo Namja."
Taehyung memeluk bahu Jihyo kuat. Tiba² pandangan Taehyung teralih ke salah satu bahagian di tepi pantai itu.
"Ah, situ kan tempat kau jatuh dulu? Sedap makan pasir?" Soal Taehyung seraya menunding jari ke salah satu sudut. Ya, sini lah pantai tempat mereka berpisah dulu.
"Yaaa!! Pabo Namja!!" Jihyo terus memukul tubuh Taehyung kuat.
Taehyung dan Jihyo berlari-lari anak di tepi pantai dan bermain bergembira. Hurm, sweet lah kononnya.
Irene dan Jungkook yang memerhati tertawa sebelum berlari menuju kearah mereka berdua.
-tamat-
Eh! Kejap... Nana? Oh... Nana macam biasalah... dia tu kan playgirl... Dia dah pergi carik lelaki lain pulak, nak ubat kan hati dia yang dah pecah disebabkan Taehyung.
-the end-
![](https://img.wattpad.com/cover/57388158-288-k896713.jpg)
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja
AcakAduh! Pening! Bising! Teruk betul diorang berdua ni! "Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?" - Jihyo "Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi l...