Part 9

1.9K 198 8
                                    

Part 9

Skrett!! Bas itu berhenti secara mengejut. Sedar² dua pelajar ini sudah pun berada di luar bas. Bas tersebut terus meluncur laju selepas meninggalkan mereka berdua.

Jihyo menjeling tajam kearah Taehyung. Begitu juga Taehyung. Mereka saling membalas renungan tajam.

"Kau punya pasal lah ni!" Bentak Jihyo geram.

"Aku pulak?! Kau yang bising macam mak nenek!"

"Kau lah! Kau yang carik pasal dulu!"

"Kau lah! Devil yeoja! Tak guna!"

"Kau salahkan aku lagi?!"

"Ya! Kau memang sentiasa bersalah!"

"Kau ni... carik masalah betul." Jihyo mengetap giginya geram.

Taehyung tetap dengan pendiriannya. Tidak bersalah! Dia yang jauh lebih tinggi daripada Jihyo merenung tajam wajah Jihyo.

Tang! Berpinar kepala Taehyung apabila dihempuk dengan beg sekolah Jihyo secara tiba². Langsung tiada belas kasihan.

Anak mata Taehyung berkaca menahan kesakitan. Satu suara pun tak dapat diluahkan kerana terlalu sakit.

"Teksi!" Teriak Jihyo lantang memanggil teksi yang kebetulan tiba di tepi jalan itu.

Taehyung geram. Pantas dia berlari kearah Jihyo. Kaki Jihyo disepak sehingga jatuh tergolek. Huh, Taehyung ni pun langsung takde belas kasihan rupanya.

Taehyung terus berlari masuk kedalam teksi tersebut tanpa mempedulikan Jihyo yang sudah berguling-guling diatas jalan.

"Jalan pak cik!" Arah Taehyung lalu meninggalkan Jihyo yang sudah menjadi santapan jalan.

Jihyo terus terduduk di tepi jalan itu. Kakinya sakit sekali. Air mata Jihyo jatuh ke pipi kerana kesakitan yang teramat. Siku dan lututnya terluka apabila bergesek dengan jalan yang sudah sah keras dan berbatu.

"Jahatnya. Tergamak betul dia buat macam ni. Tahu lah nasib dia satu hari nanti." Getus Jihyo geram.

Selang beberapa minit, teksi yang dinaiki Taehyung tadi kembali. Teksi itu berhenti betul² dihadapan Jihyo. Taehyung keluar dari teksi tersebut dan menghampiri Jihyo.

Jihyo tergamam apabila melihat wajah Taehyung. 'Kenapa patah balik? Nak gelakkan aku lah tu!' Bisik hati kecil Jihyo.

Tanpa sebarang isyarat, tubuh Jihyo terus diangkat oleh Taehyung.

"Yayaya! Apa ni?!" Jihyo meronta-ronta mahu melepaskan diri.

Taehyung hanya mampu melepaskan keluhan beratnya. Tubuh Jihyo terus diangkat sehingga ke dalam teksi. "Masih berat macam dulu..." Ujar Taehyung selamba.

"Mwo?!" Jihyo bengang. Berani dia kata aku berat?! Jihyo menggenggam sahaja penumbuknya.

"Pakcik, pergi klinik." Arah Taehyung lagi selepas menaiki teksi tersebut dan duduk disebelah Jihyo.

Jihyo terdiam. 'Hurm... ada perikemanusiaan jugak rupanya.' Bisik hati Jihyo sendiri.

Teksi itu terus meluncur laju sehingga tiba ke sebuah klinik berhampiran.

Usai berurusan di klinik. Taehyung dan Jihyo terus melangkah keluar dari klinik. Jihyo terus berjalan menaiki teksi tadi dalam keadaan terhincut-hincut.

Taehyung hanya mendiamkan diri sebelum melangkah untuk mencari teksi yang lain.

"Wei."

Taehyung terus berpaling apabila terdengar suara Jihyo.

Bersambung...

Pabo Namja VS Devil YeojaWhere stories live. Discover now