Part 10

1.9K 220 12
                                    

Part 10

Taehyung terus berpaling apabila terdengar suara Jihyo.

"Thanks lah sebab bayar duit ubat tadi. Nanti aku bayar balik." Ujar Jihyo dingin.

"Tak payah lah. Memang salah aku pun."

"Bagus lah kalau sedar tu memang salah kau!" Jihyo terus menjelirkan lidahnya sebelum menghempas pintu teksi itu dan berlalu. Cepat sahaja fikiran gadis ini berubah.

"Urgh~! Sabar je lah." Getus Taehyung sebelum berlalu.

Keesokan harinya. Jihyo melangkah ke sekolah seperti biasa.

"Eh? Kau kenapa Jihyo? 'Bertampal' sana sini badan kau? Dah macam teddy bear adik aku je?" Tiba² sahaja Jungkook datang menyoal. Sudah lah tu, dia samakan pula Jihyo dengan teddy bear adik dia yang banyak koyak tu.

"Kau nak kena ke?" Dingin sahaja nada suara Jihyo.

"Eh, tak payah lah marah. Aku tanya je."

"Bising lah kau. Pergi lah tanya kawan baik kau tu." Sinis Jihyo sebelum berlalu.

"Hah?! Apa yang Taehyung buat?" Jungkook menyoal dengan suara lantang.

Jungkook terus berlari mencari Taehyung. Betul² nak tahu budak ni nampaknya. Asyik dia berlari tiba² dia merempuh tubuh kekasihnya Irene.

"Yaa~ Jungkook! Kenapa je lari² ni?!" Irene mengusap dahinya yang sakit akibat merempuh tubuh Jungkook tadi.

"Saya nak carik Taehyung. Apa dia buat dekat Jihyo sampai berdarah-darah badan Jihyo tu?" Cemas sahaja suara Jungkook. Bila masa pulak berdarah-darah? Aduhai~ dapat kawan mulut puaka. Suka hati je besar² kan pekara.

"Berdarah-darah?! Seriously?! Dia pukul Jihyo ke?!" Soal Irene cuak.

"Tu lah saya nak tanya dia."

"Mesti dia dera Jihyo ni!"

"Dia sengaja nak siksa Jihyo!" Tambah Jungkook.

"Kita kena hubungi polis!"

"Betul tu! Kalau tak teruk jadinya nanti!"

"Kalau kita tak buat laporan polis awal²... mati lah Jihyo kena bunuh dengan dia!"

"Alamak! Kita kena buat buat laporan polis cepat!" Jungkook sudah semakin cemas.

"Jom! Kita pergi sekarang jugak!"

Wah, melampau imaginasi pasangan kekasih ni. Sampai macam tu sekali diorang menilai kawan sendiri?

"Pergi mana?" Tiba² Taehyung menghampiri mereka sambil menghirup susu kotak yang berada di dalam genggamannya.

Jungkook dan Irene terkejut apabila terlihat susuk tubuh Taehyung. Pantas Jungkook berlari kebelakang Irene untuk bersembunyi.

Mimik muka Irene berubah. Dah kenapa je lelaki yang nak menyorok belakang perempuan?

"Apasal dengan korang ni?" Taehyung masih lagi blur.

"Ki... ki... kitorang nak buat laporan polis!" Tegas Irene walaupun dalam keadaan terketar-ketar.

"Laporan polis?" Taehyung blur.

"Ya! Kitorang nak buat aduan kau dera Jihyo!" Tegas Irene lagi.

Pufft! Menyembur keluar semua susu yang berada dalam mulut Taehyung tadi. Mujur Irene sempat menundukkan wajahnya. Habis lencun wajah Jungkook yang berdiri di belakang Irene tadi.

"Ko... korang mengarut apa je ni?!" Bentak Taehyung terkejut.

"Bukti dah ada depan mata! Kitorang takkan biar kau bunuh Jihyo!" Tegas Jungkook pula sambil mengesat susu dipermukaan wajahnya.

"Bu... bunuh Jihyo?" Taehyung membulatkan matanya seakan tidak percaya. "Yaa!! Korang dah gila ke?!" Teriak Taehyung lantang.

Bersambung...

*thanks reading^^ thanks vote^^ hope enjoy this story^^*

Pabo Namja VS Devil YeojaWhere stories live. Discover now