Part 4
Mereka saling melemparkan jelingan maut antara satu sama lain.
"Korang..." tiba-tiba Irene bersuara lemah. "Korang janganlah asyik ikut kitorang..." rungut Irene.
"A.. ak.. aku ikut kau orang sebab aku nak pastikan Irene ni selamat je..." kata Jihyo seraya menjeling tajam kearah Taehyung.
"Mengarut... aku ikut korang sebab aku tengok devil yeoja ni ikut korang... entah apa yang dia nak buat kat korang kalau aku tak ada.." kata Taehyung pula.
Jihyo terasa tercabar apabila digelar 'devil yeoja'. "Kau jangan nak mengarutlah... kau tu pabo namja... kau tu cuma menyusahkan je nanti..!" Tengking Jihyo.
"Mwo?! Pa... pa... pabo namja?! Melampaunya kau ni devil yeoja!"
"Kau panggil aku devil yeoja?! Kau tu lah nenek segala devil!"
"Korang janganlah gaduh dekat sini!" Teriak Jungkook geram sehingga menyebabkan mereka semua terdiam kaku termasuklah orang yang sedang lalu lalang di sekitar mereka.
Di kafe berdekatan
Irene memuncungkan bibirnya panjang. Kopi dihadapannya tidak di teguk walaupun sedikit. Begitu juga dengan Jihyo dan Taehyung.
Jihyo dan Taehyung tetap dengan wajah ketat masing-masing.
Tiba-tiba Jungkook bersuara. "Apa yang buat korang gaduh ni?" Soalnya.
"Aiskrim..." Jihyo dan Taehyung bersuara serentak.
"Aiskrim?"Jungkook dan Irene kurang berpuas hati dengan jawapan mereka.
"Dia ni lah!" Sekali lagi mereka bersuara serentak. Mereka saling menunding jari.
"Dia ni yang salah beli aiskrim! Aku suruh beli aiskrim vanila!" Marah Jihyo.
"Apa pulak?! Makan je lah apa yang dah beli... takkan nak membazir?!" Marah Taehyung pula.
"Korang putus sebab aiskrim je?!" Jungkook menyoal dengan nada tak berpuas hati.
"Mana ada! Aku memang dah lama sabar dengan devil yeoja ni!"
"Mengarut! Aku ni yang dah lama sabar dengan pabo namja ni!"
Irene dan Jungkook hanya mampu menggelengkan kepala sahaja memerhati pertelingkahan tersebut.
Malam itu...
Jihyo duduk di sebuah buaian yang berhampiran rumahnya. Lampu yang kecil di tepi jalan cukup meneranginya.
Tiba-tiba Jihyo teringat saat pertemuannya dan Taehyung pada kali pertama.
❤❤❤
Jihyo dan Irene berjalan di sebuah pusat beli belah sambil tertawa dengan perbualan bodoh mereka.
Buk! Tiba-tiba seseorang melanggar mereka.
"Mianhe..." Taehyung yang melanggar mereka. Itulah saat kali pertama mereka mula bertemu.
Jihyo asalnya mahu marah, tetapi niatnya terbantut sebaik sahaja Irene sudah bersuara. "Gwenchana..."
Taehyung terus berlalu selepas membongkokkan badannya.
"Handsome lah pulak..." Irene bersuara selamba.
"Kau tu semua handsome..." Jihyo menyiku lengan Irene sebelum turut berlalu.
...
"Annyeong! Kim Taehyung imnida!"
"Annyeong... Jeon Jungkook imnida..."
Jihyo dan Irene terpaku melihat susuk tubuh Taehyung di hadapan kelas mereka.
Dua jejaka kacak inilah yang telah menjadikan gadis-gadis di sekolah mereka histeria sepanjang masa.
...
"Taehyung tu comel lah kan?" Soal Irene pada Jihyo.
"Erk? Bolehlah..." Jihyo seakan berat mahu melepaskan jawapannya.
"Kau suka dia kan?" Soal Irene lagi.
"Mengarut lah!" Muka Jihyo tiba-tiba berubah merah padam.
"Eleh, aku tahu kau suka dia~" Irene menjelir lidah kearah Jihyo sebelum berlari meninggalkan Jihyo.
"Yaa~!!! Jangan nak mengarut lah!" Marah Jihyo sambil turut berlari mengejar Irene.
...
"Jihyo suka awak." Kata Irene pada Taehyung yang sedang rancak berbual dengan para sahabatnya.
Taehyung terkedu mendengar kata² yang keluar dari mulut Irene. Begitu juga rakan² Taehyung yang lain.
Jihyo yang kebetulan melewati kawasan itu terdengar perbualan Irene dan Taehyung.
"Mana ada!" Jihyo berlari kearah mereka dengan wajah merah padam. "Irene ni mengarut je lah." Tambah Jihyo lagi.
Taehyung tersenyum manis. "Apa kata kita couple?" Soal Taehyung pada Jihyo.
"What?" Jihyo terkejut, begitu juga Irene dan rakan² Taehyung yang lain.
❤❤❤
Lamunan Jihyo termati. Jihyo terus melangkah masuk kedalam rumah. Yalah, malam semakin larut dan dia juga malas mahu mengenang kisah lelaki itu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja
RandomAduh! Pening! Bising! Teruk betul diorang berdua ni! "Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?" - Jihyo "Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi l...