Part 6
"Jihyo! Kamu berangan apa tu?!" Tengking Seosaengnim menyebabkan Jihyo terus berdiri tegak.
"Aaa..."
"Apa yang kamu berangan tadi?!"
"Kena ceritakan ke apa yang saya berangan tadi?"
Seosaengnim menepuk dahinya sendiri. Dia menggelengkan kepalanya lemah. "Keputusan awak dah lah teruk sejak kebelakangan ni... sekarang awak berangan pulak dalam kelas saya. Pergi berdiri kat luar sekarang." Arah seosaengnim yang sudah berpasrah itu.
Jihyo akur. Dia terus membuka langkah menuju keluar kelas.
❤❤❤
Jihyo terkenang lagi peristiwa lama.
"Jihyo! Taehyung! Berdiri dekat luar kelas sekarang! Tak habis² berbual!"
"Dae seosaengnim~" ceria sahaja wajah pasangan itu walaupun sedang didenda.
Meskipun sedang berdiri di luar kelas, mereka tetap tertawa girang. Degil sungguh pasangan ini.
"Senyap lah! Dah kena denda pun bising lagi?!" Tengking seosaengnim yang berada didalam kelas.
❤❤❤
"Dah kena denda pun nak mengelamun lagi?!" Tinggi nada suara seosaengnim yang garang itu menyebabkan lamunan Jihyo termati.
"Ann... aniya.."
Di kantin.
"Yaa~ Jihyo... kau kenapa?" Soal Irene sahabatnya itu.
"Takde apalah." Nafi Jihyo.
"Tipu lah."
"Ya, takde apalah."
"Aku bukan baru kenal kau semalam." Irene menarik muka.
"Ish kau ni... aku cakap aku okay je lah." Ujar Jihyo sambil mencubit pipi Irene sebelum berlalu.
Sedang Jihyo berjalan laju, tiba² dia terjatuh akibat tersadung pada kaki seseorang. Apabila Jihyo menoleh kearah pemilik kaki, alahai... Taehyung rupanya.
"Aduh! Yaa! Kau buta ke?!" Bentak Jihyo.
"Buta? Kau tu jalan tak pandang depan." Lancar sahaja Taehyung menjawab sambil tangan kanannya memegang sebatang ais krim vanila.
Tiba² anak mata Jihyo tertumpu pada aiskrim ditangan Taehyung. "Jam.. jamkkanman..." Jihyo memerhati ais krim yang dimakan oleh Taehyung itu. Kemudian Jihyo merenung wajah Taehyung sebelum bersuara lagi. "Kau bukan tak suka makan ais krim vanila ke?"
Taehyung terus mencampakkan ais krim nya jauh. "Suka hati aku lah! Kau sibuk apa?!"
Jihyo menarik muka penuh curiga sebelum berlalu. Sebaik sahaja Jihyo telah berlalu Taehyung merungut sendiri. "Memang ais krim vanila tak sedap pun, baik aku makan ais krim coklat." Omel Taehyung.
Tiba² Jungkook menghampiri Taehyung yang asyik merenung aiskrim vanila nya yang sudah bersantai diatas tanah.
"Dah kenapa tenung aiskrim tu?" Soal Jungkook.
"Ah? Mane ade."
"Aiskrim siapa tu? Takkan lah kau punya. Kau kan tak suka vanila. Kalau nak aiskrim pergi lah beli."
"Entah lah. Siapa entah yang buang aiskrim bersepah-sepah tu." Taehyung terus memijak aiskrim tersebut sebelum berlalu.
"Ish, dia pijak pulak. Kotor lah kasut tu!"
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja
RandomAduh! Pening! Bising! Teruk betul diorang berdua ni! "Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?" - Jihyo "Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi l...