Part 15

1.8K 196 4
                                    

Part 15

"Kau tu yang tak malu! Taehyung tu tak kenal pun kau siapa! Kau tak layak masuk campur urusan peribadi aku atau dia!" Tengking Jihyo dengan nada tinggi.

"Song Ji Hyo!" Teriak Taehyung dari jauh.

Jihyo, Nana dan Irene terkejut. Tiba² sahaja Taehyung tampil diiringi Jungkook. Wajah Taehyung kelihatan amat marah sekali.

Jungkook terus berjalan mendapatkan Irene yang masih terduduk di atas lantai.

Manakala Taehyung meluru kearah dua gadis itu. Pergelangan tangan Jihyo yang menggenggam baju gadis tadi di tolak kasar oleh Taehyung. Mereka semua terkejut dengan tindakan Taehyung.

"Kau buat apa ni hah?!" Taehyung meninggikan suaranya pada Jihyo.

Jihyo tersentak apabila ditengking oleh Taehyung. Sepanjang dia berkenalan dengan lelaki ini, lelaki ini tidak pernah meninggikan suara terhadapnya. Hari ini, dia meninggikan suara terhadapnya demi seorang gadis yang entah dari mana usulnya.

"Aku buat apa? Dia siapa?" Jihyo tetap mencekalkan hatinya untuk berlagak tabah. Dia menyoal penuh yakin.

"Aku kenal dia. Dia jauh lebih baik daripada DEVIL macam kau. Baik kau pergi je lah." Tajam kata² yang dilemparkan oleh Taehyung.

Jihyo terpana. Ini adalah satu tamparan buatnya. Tak sangka Taehyung melepaskan kata² itu.

Jungkook bengang. Dia terus meluru kearah Taehyung. Satu tumbukan padu dihantar tepat pada pipi Taehyung. Tubuh Taehyung tercampak ke lantai dan bibirnya pecah.

"Tergamak kau cakap macam tu?" Soal Jungkook pada Taehyung.

Jihyo, Irene dan Nana terkaku melihat situasi tersebut. Mereka hanya mampu membisu tanpa sepatah kata.

Jungkook menggenggam kolar baju Taehyung dan ditarik tubuh Taehyung sehingga kembali berdiri. Tubuh Taehyung dihempas ke lokar besi di situ. Remuk lokar besi itu dikerjakan mereka.

"Aku tanya kau!! Macam mana kau tergamak cakap macam tu?!" Jungkook meninggikan suaranya. Suara Jungkook yang lantang itu mampu menggemakan seluruh koridor yang kosong itu.

Taehyung tetap membisu. Dia menolak kasar tubuh Jungkook. Anak mata Jungkook di renung tajam. "Aku tahu apa yang aku cakap." Ujar Taehyung sebelum menarik lengan Nana berlalu pergi dari situ.

"Yaa!! Taehyung!!" Teriak Jungkook.

Taehyung tidak mengendahkan suara Jungkook. Sebaliknya, terus berlalu tanpa berpaling walau sedikit.

Jihyo masih lagi kaku. Jihyo terduduk lemah di lantai koridor itu. Irene dan Jungkook yang memerhati buntu. Mereka dapat merasa tamparan yang diterima oleh Jihyo.

Jihyo tertawa kecil. Air matanya jatuh ke pipi. "Aku dah kalah." Bisik Jihyo sambil tersenyum. Namun begitu, air matanya tetap mengalir tanpa henti.

Jungkook dan Irene terdiam. Mereka hanya mampu memerhati. Mereka sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Bersambung...

Pabo Namja VS Devil YeojaWhere stories live. Discover now