Part 11
"Yaa!! Korang dah gila ke?!" Teriak Taehyung lantang. Aduh! Sekarang siapa yang gila?! Gila! Gila! Gila! Tak sangka Jungkook dan Irene pun boleh buat Taehyung ni gila? Ingat Taehyung saja boleh buat orang lain gila.
"Apsal korang ni?" Dingin sahaja Jihyo menghampiri mereka semua. Entah dari ceruk mana lah si Jihyo ni. Tiba² dah terpacul sahaja.
Taehyung mengusutkan rambutnya yang sudah kusut. "Kau tengok lah kawan kau ni! Dah gila! Diorang kata aku nak bunuh kau!" Adu Taehyung yang kian berserabut dan kusut fikiran disebabkan dua sahabatnya yang lurus bendul.
Jihyo tertawa kecil apabila mendengar aduan Taehyung tadi. "Memang kau nak bunuh aku pun kan?" Soal Jihyo pada Taehyung.
"Yaa~!! Kau pun nak aniaya aku ke?! Kau ni memang devil lah!" Teriak Taehyung lantang.
"Diam lah! Kau tu yang pabo! Dasar pabo namja semula jadi! Tak boleh nak ubah dah tahap pabo kau tu!" Bentak Jihyo.
Taehyung mengetap giginya geram. "Korang ni kan... teruk betul!" Taehyung menghentak kakinya kuat sebelum berlalu.
Sebaik sahaja kelibat Taehyung hilang, Irene terus berjalan menghampiri Jihyo. "Kata berdarah-darah? Luka sikit je aku tengok?" Soal Irene pada Jungkook.
Jungkook tersengih kecil. "Saja nak bagi gempak..." Jawab Jungkook sambil tersenyum kambing.
"Haish... dah berjangkit pabo Taehyung dengan kau ni." Keluh Jihyo pada Jungkook.
"Menipu je!" Irene mengetuk laju kepala Jungkook. Sakit pulak hati rasa dipermainkan.
"Huhu... Irene pun dah berjangkit perangai devil dari Jihyo." Bisik Jungkook.
"Yarsh! Kau nak kena ke?!" Serentak Irene dan Jihyo bersuara sambil menunjukkan 'buku lima' masing².
"Tak nak, tak nak, tak nak." Laju sahaja Jungkook memberikan jawapan. Takut agaknya.
Jihyo dan Irene terus menyusun langkah menuju ke kelas.
"Kenapa dengan luka kau tu sebenarnya?" Soal Irene apabila terlihat kesan berbalut pada bahagian siku dan lutut Jihyo.
"Pabo namja tu lah. Dia tolak aku sampai berguling-guling dekat atas jalan. Dah macam roda je aku berpusing! Dah lah tu! Dia tarik rambut aku ni... macam nak terkeluar otak aku dia tarik! Sakit tau!" Cerita Jihyo dengan bersungguh-sungguh.
Irene juga beria-ia mendengar cerita Jihyo. Aduh, bukan main bersemangat lagi Jihyo tu bercerita.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja
RandomAduh! Pening! Bising! Teruk betul diorang berdua ni! "Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?" - Jihyo "Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi l...