Part 12
Irene juga beria-ia mendengar cerita Jihyo. Aduh, bukan main bersemangat lagi Jihyo tu bercerita.
"Jahatnya! Tergamak dia tarik rambut kau! Lepas tu tolak kau sampai berguling! Lepas tu biar kau pergi klinik sorang²! Lepas tu habis duit kau bayar duit ubat!" Irene membuat kesimpulan sesuka hati.
"Erm... takde lah macam tu sekali." Jihyo bersuara perlahan.
"Habis tu?"
"Dia lah yang hantar aku pergi klinik. Then, dia bayar duit ubat." Eh, jujur pulak Jihyo ni.
Irene terdiam seketika. "Ha! Tu lah... dia tu sebenarnya baik. Dia tak sengaja buat kau jatuh tu. Dia sanggup bersusah payah hantar kau pergi klinik semata-mata untuk luka kecil." Dah kenapa pulak Irene ni? Baru tadi dia memaki si Taehyung tu, tiba² dia puji pulak? Aish... cepat betul berubah hati.
"Luka kecil kau kata? Kau tak rasa sakit dia." Getus Jihyo.
"Eleh, sakit sikit pun tak boleh tahan. Sejak bila jadik perempuan ni?" Irene mula mengusik.
"Yarsh! Aku memang perempuan lah!"
"Yeke? Bahagian mana yang nampak macam perempuan tu?" Tambah Irene lagi sambil tertawa.
"Huh, suka hati kau lah." Jihyo mendengus geram. Sabar sahaja dengan sikap kawannya itu.
Bukan main galak lagi Irene mentertawakan rakannya Jihyo.
Jihyo mencebik sebelum berlalu masuk ke dalam kelas. Irene dengan sisa tawanya terus menyusul langkah Jihyo dari arah belakang.
Waktu pembelajaran berlangsung seperti biasa. Jihyo terus tertumpu pada papan tulis. Begitu juga Taehyung. Sedikit pun pandangan mereka tidak teralih.
Tamat sahaja waktu pembelajaran mereka terus mengemaskan buku masing² untuk menuju ke kantin. Taehyung, Jungkook dan Irene sudah berlalu lebih awal.
Jihyo laju sahaja mengemas bukunya. Lantas gadis itu melangkah untuk menuju ke luar dari kelas. Bam! Benjol dahi Jihyo apabila dihentam oleh pintu kelasnya sendiri.
Jihyo terus terduduk menahan sakit. Dahinya yang benjol itu di tahan dengan tangannya sendiri.
"Huh? Ingat bunyi apa lah yang kuat sangat tadi. Kepala batu rupanya. Patut lah bunyik dia begema." Ujar Taehyung tanpa rasa bersalah. Sempat lagi menyindir pulak tu.
"Kau carik pasal ke hah?!" Jihyo terus berdiri tegak di hadapan Taehyung. Anak matanya merenung tajam wajah Taehyung.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja
RandomAduh! Pening! Bising! Teruk betul diorang berdua ni! "Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?" - Jihyo "Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi l...