Part 18
Jihyo hanya mampu memerhati. 'Aku kah punca semua ini?' Persoalan itu bermain diminda gadis itu. Dia langsung tidak berani untuk bersuara.
Ketika berada di dalam kelas. Jihyo terduduk lemah di tempat duduknya. Wajahnya dihempas keatas meja.
Seperti biasa kata² maki dan cacian akan kedengaran berbisik-bisik ke telinga gadis itu.
Tiba² Taehyung melangkah masuk ke dalam kelas. Suasana yang bising dan hingar-bingar tadi serta merta menjadi senyap sunyi.
Apabila berdepan situasi begitu, Jihyo terus bangun dari tempat duduknya. Gadis itu terus mengatur langkah untuk menuju ke luar kelas. Menyampah apabila terkenangkan bahawa mereka adalah rakan sekelas.
Taehyung terus tegak membisu. Sepatah suara pun tidak keluar dari mulutnya. Pandangannya tajam sahaja.
Jungkook juga begitu. Dia terus meluru keluar dari kelas apabila terlihat wajah Taehyung. Terasa geram apabila melihat wajah lelaki itu. Risau tidak tentu fasal tiba² jadi pergaduhan pula nanti. Justeru Jungkook memilih untuk keluar dari kelas.
Tetapi, tidak bagi Irene. Irene masih lagi melapangkan kepalanya diatas meja. Perit rasanya apabila kata² kejam gadis² tadi terngiang-ngiang ditelinganya.
Jihyo yang sudah melangkah keluar dari kelas tadi, berjalan tanpa hala tuju. Dia duduk sendirian di taman sains sekolah bagi menenangkan fikirannya.
"Ah, kesiannya. Duduk sensorang je?" Nada suara ini amat dikenali. Alahai, kalau sudah segedik ini suaranya siapa lagi kalau bukan Nana?
Jihyo berpaling kearah Nana dengan pandangan tajam. Dia bangun dari tempat dia duduk dan berjalan menghampiri gadis itu.
"Sekarang ni. Apa lagi yang kau nak?" Soal Jihyo sambil melemparkan jelingan mautnya.
"Takde apa pun yang aku nak mintak. Cuma aku nak tumpang bersimpati je buat kau. Tak sangka pulak Taehyung betul² bencikan kau." Ujar Nana sambil tersenyum sinis.
"Untuk pengetahuan kau, aku tak perlukan simpati dari kau. Dan aku takkan perlukan." Tegas Jihyo sebelum berlalu.
"Aku tak peduli kau nak atau pun tak. Yang penting aku akan pastikan hidup kau sengsara. Aku akan rampas Taehyung kesayangan kau tu." Nana bermonolog.
Keesokan harinya. Di sekolah. Di bahagian kaki lima sekolah, Nana dan Taehyung bertemu.
"Kenapa?" Soal Taehyung.
"Saya nak cakap terima kasih dekat awak." Ujar Nana sambil tersenyum manis.
"Untuk apa?"
"Yalah, sebab awak tolong saya hari tu. Kalau awak takde mesti saya dah kena pukul teruk dengan Jihyo." Gadis itu bernada manja.
"Oh? Tak pe lah. Lagipun Jihyo tu memang panas baran. Nasib baik lah kebetulan aku lalu situ " Ujar Taehyung pula sambil anak matanya menjeling entah ke mana.
Nana hanya tersenyum manis mendengar kata² Taehyung tadi.
"Dah takde apa kan?" Soal Taehyung.
"Ah?"
"Dah takde apa nak cakap kan? Kalau macam tu aku masuk kelas dulu." Ujar Taehyung seraya berpaling untuk melangkah masuk ke dalam kelas.
Tiba² sahaja lengan Taehyung di tarik oleh Nana. Tubuh lelaki itu di dakap kuat dari arah belakang. Terbuntang anak mata Taehyung kerana terkejut dengan tindakan Nana, lelaki itu terus tergamam.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja
AcakAduh! Pening! Bising! Teruk betul diorang berdua ni! "Putus?! Owh... jadi memang tu lah yang kau teringin nak sebut selama ni?" - Jihyo "Ya! Aku memang dah tak tahan lagi dengan kau! Ego! Panas baran! Suka memerintah! Cerewet! Ish... banyak lagi l...